Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

31/12/2013

Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?

Salam,

Malam kelmarin...cuaca macam mendung je...aku bergegas keluar ofis..takut awan curahkan hujan lebih awal...

Sampai di simpang Aeon Big Ampang...hujan dah nak makin lebat..

Dah terasa titisan di lengan aku...biasala rempit beb...kalo naik kete...xder risau sangat kalo hujan...aku tak risaukan basah..cuma aku risaukan apa yang ada dalam beg galas aku je...

So aku ambik keputusan singgah pasaraya aeon big sekejap...lagipun weekend yang lepas miqdad duk sebut2 nakkan papan skateboard..yang dijual bertentangan dengan kfc dalam pasaraya berkenaan...masatu humaira bawak miqdad pergi ofis...kemudian singgah beli kfc..dia nampak papan skateboard apalagi...nak jadi macam jake batowski dalam citer kartun kat astro tu...

Humaira xbelikan ...so balik umah miqdad mintak aku belikan...

Aduhai aku pulak...kalo anak dah mintak...lembut hati giler...tapi masa aku bagi papan skateboard kat miqdad..

Miqdad kena buat beberapa janji...antaranya, tak buat jahat kat adik/tasnim, jadi anak yang baik dan dengar cakap ibu bapa..

Lepas tu aku pergi tingkat atas kat kedai majalah...usha majalah2 yang aku rasa berkenan nak beli...ternampak buku ' Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?, tentang buku ni aku ada baca promo dia dalam paper utusan...

Apalagi rembatla ..lagipun murah je rm 15.. dalam buku ini diceritakan tentang sains dan Al-Quran...

Artikel yang terdapat dalam buku ini merupakan komplikasi artikel yang diterbitkan dalam majalah infiniti sejak tahun 2009.

Kemudian diberikan nafas baru oleh penulis.

Ianya diterbitkan oleh utusan karya..dan xrugi jika korang beli.

Aku baca pun tak abis lagi..balik umah nanti sambung balik masa nak tido.

Wassalam.

30/12/2013

Super Sunday : Berkebun

Salam,

Aduhai hari ahad....pagi tu memang cerah...

Kul 8.30 aku dah start kereta pergi pasar pagi di persimpangan batu 14..berdekatan masjid hishamudin...parking kete dalam masjid..sebab kat luar memang dah penuh dengan kete yang datang ke pasar pagi...

Selalunya aku pergi pasar dengan tunggang moto yamaha lagenda je..tapi kali ni aku pergi dengan kete sebab humaira kirim beli anak pokok cabai...mana muat nak taruk dalam raga moto..

Kat pasar adala aku beli barang2 mentah sikit..antaranya ikan jaket, sayur pucuk paku pakis, pegaga , petai dan juga pisang goreng tanduk..

Setiap hari ahad aku rasa makcik gerai jual goreng pisang memang dah cam muka aku...dan setiap hari ahad jugak aku sekeluarga akan breakfast dengan pisang goreng tanduk sambil baca paper mingguan malaysia.

Then lepastu..humaira ajak berkebun sikit depan umah, basuh karpet dan cuci kereta....eemmmm layan je la...

Miqdad dan tasnim pun turut serta...ye la turut main air...bukan nak tolong sangat pun.

Wassalam.

Aku Beli Kerana Ben Ashaari

Salam,

Seingat aku kat xramai blogger di Malaysia yang kerap masuk TV dan majalah sebagaimana... blogger Ben Ashaari.

So untuk edisi bulan Januari 2014.. Ben Ashaari keluar lagi dalam Majalah Anis...tu yang aku rembat majalah ni.

Dan isunye adalah berkaitan...'machokah lelaki jika menjadi suri rumah'.

Dapatkan kulasan daripada saudara Ben Ashaari berkaitan isu ini..

Aku pulak bila nak masuk majalah...eeemmmmm...no komen.heee

Wassalam,

27/12/2013

Kesan Kadar Tol Baru 2014 Pada Hidup Aku

Salam,

Buat masa ni kesan tol xder la aku rasa sangat ..

sebab humaira pergi kerja naik kete pun x lalui tol ..

Aku pulak berulang kerja naik yamaha lagenda je .. lalu ikut AKLEH ..

Cadangan pada tahun depan tol AKLEH bagi kenderaan biasa akan naik daripada RM 1.50 kepada RM 2.50, kenaikan yang aku kira melampau giler beb ...

Kalo nak kasi naik pun bagi je la naik 20 sen ..memang cekik darah .. sape yang untung konsesi lebuhraya jugak yang untung .

Cuma sekali sekala aku balik kg humaira guna PLUS (Tol Plus x naik )... dan balik kg aku kat Ganu .. melalui lebuhraya Timur Barat ..

Yang aku kesian sangat adalah pada pemilik kereta-kereta tempatan buatan proton..

Sebab kebanyakan pemilik kenderaan ni golongan Bumiputra yang berpendapatan sederhana aku fikir begitu. why not kerajaan bagi diskaun tol sikit kat pemilik kenderaan buatan dalam negara. Bagila potongan 20 peratus setiap kali depa lalu tol . Baru la ramai yang beli kereta buatan proton.

Yang pakai kereta import tu lantak depa la..kebanyakan yang pakai kereta import pun ..faham2 sendiri je la ..

Wassalam.

26/12/2013

Super Wednesday

Salam,

Malam tu ... besok cuti sempena perayaan krismas...

Maklumla berbilang kaum agama dan bangsa kat Malaysia ni ...

So kerajaan bagila semua rakyat cuti..

"Kita nak pergi mana besok" tanya humaira pada malam tu..

" duk umah je", balas aku...

Dan memang aku duk umah je rabu tu...

Petang sikit baru pergi diner dan sebelum tu...shopping dulu bahan2 mentah kat pasaraya hyaat...ulu langat...

Then diner kat restoran yang bersebelahan...aku lupa nama kedai tu...

Makanan malam tu  ikan siakap masak 3 rasa, telur bungkus, hailam ikan masin dan sambal..

Air pulak teh tarik dengan air suam...total rm 36... masakan boleh tahan.

Wassalam.

24/12/2013

Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok

Salam,

Tak banyak buku yang aku ulang baca...

Ada buku yang aku xabis baca dan juga buku yang aku campak begitu saja...

Itula sebabnya aku duduk berjam2 belek buku di kedai2 buku seperti popular, mph dan kinokuniya klcc.

Antara buku yang aku ulang baca adalah buku travelog dakwah: meniti hari esok...karya Prof Muhd Kamil Ibrahim yang kini pensyarah akaun di Universiti Taibah , Madinah..

Koleksi buku2 Prof Kamil adalah antara buku2 yang aku simpan..kecuali buku2 karangan beliau yang aku xdpt cari seperti buku PHD kecil tapi signifikan dll.

Kenapa aku ulang baca sebab first baca ...kurang rasa feel...nak baca buku ni kena baca melalui hati..bukan sekadar angin lalu..

Sinopsis buku ni bermula daripada selepas prof kamil pulang daripada haji..

Kemudian bagaimana beliau berdakwah pada diri dan orang disekeliling..

Antara amal ibadat yang ditekankan dalam buku ini adalah.

1. Solat berjemaah di masjid atau surau.
2. Mengaji al-Quran beserta terjemahan
3. Puasa sunat isnin dan khamis atau puasa nabi daud.
4. Qiamulail atau solat malam.
5. Sucikan hati dengan zikirullah..
6. Solat Dhuha..

Semoga bermanfaat.

Wassalam.

23/12/2013

Super Sunday

Salam,

Yang, kan okay kalo basuh kete atau karpet yang belang tu...bisik humaira yang membisikan ayat2 cinta kat telinga aku yang sedang enak diulit intan pada pagi ahad yang indah itu...

Asal ari ahad ada je program...aku ni suka duk rumah...ye la kan.. 5 ari duk ulang alik pergi kerja...why not ...ari ahad duk umah je..heeee

Xpe la...keluar la umah jugak...humaira ajak pergi lunch dekat sup anis utara taman seri nanding...bersebelahan maidin..

Then pergi maidin nak beli barang2 katanya pada petang yang tenang itu...awan mendung je..malam nanti hujan la kot..hati kecik aku berbisik dengan otak aku...

So lepas makan sup ekor dan nasi ayam.semua rm 22.30..aku dengan tasnim dan miqdad riki playground...jalan kaki je dari tempat makan..

Humaira aku bagi kunci kete....

Lepas shopping nanti jangan lupa ambik kiteorang kat padang..

So petang sampai nak masuk maghrib diaorang main..

Nangis2 xnak balik...sabar je la.

Wassalam.

21/12/2013

Satu Hari Satu Helai

Salam,

Kadang2 aku merasakan yang ilmu dunia jika dikejar2 xabis2...

Sejak 6 tahun yang lalu aku begitu fanatik dengan buku-buku yang berkisar tentang perniagaan dan juga teknik2 pemasaran internet..

Keluar je buku berkenaan perniagaan internet memang aku sambar...

Itu belum lagi buku2 yang didownload melalui internet dan juga video serta mp3 daripada pakar perniagaan internet luar negara...

Siang malam aku duk mentelaah bahan2 nie...buku2 kat rak mini . Aku rasa separuh berkaitan perniagaan...1/3 adalah buku2 agama..

Aku respek dengan humaira...sabarje dengan hobi aku...heeee..

Kemudian aku tersedar apa yang aku baca, kalo aku x praktis xkan membawa aku kemana2..

Buku yang aku sempat tulis pun dah 3 tahun berlalu...korang boleh tengok di kontrakperjanjian.com.

Terdapat satu benda yang aku kesali adalah aku tidak konsisten dalam mengaji Al-Quran... duk sibuk dengan membaca buku2 lain...

Jika aku meninggal dunia tanpa mengenal inti pati Al-quran aku akan menyesal giler dalam kubur nanti...

So sekarang ni aku ambik inisiatif...setiap hari aku akan baca sehelai Al-Quran atau lebih, bersama terjemahan...seperti mana...disarankan oleh orang yang aku anggap sifu aku Prof Muhd Kamil.

Wassalam.

Ayah Nak Makan Apa Ni?

Salam,

Jumaat yang mendung...

Aku keluar ofis kira dah lewat...confirm xsempat sampai umah sebelum maghrib...

Ujan dah renyai2...xpe la belasah je la...

Sebelum tu humaira call bagitau dia balik lambat...

Ni nak kena tapau diner nie...

So on da way pulang singgah pasar malam ampang hilir...beli buah pulasan dengan anggur...nasik kerabu dan jugak tau fu fa serta apam balik...

Kemudian ambik miqdad dengan tasnim kat umah pegasus dah pukul 8 mlm...huhuhu...

Xpe ambik hati pegasuh dengan hadiahkan apam balik..hehehe..

Sampai umah...miqdad bersuara ...ayah nak makan apa nie...hehe dalam hati berkata nasib baik aku dah ready siap2...kalo x kebulur la diaorang nk tunggu humaira pulang..

Hah! Ini jawapannya...TAU FU FA!...

Tasnim dengan miqdad memang favourite diaorang..

Sambil diaorang makan...sempatla aku siapkan diri.

Wassalam..

20/12/2013

Aku Kena Tikam Dengan Pedang

Salam,

Satu mlm...aku baru pulang dari kerja...tetiba mesej berbunyi...mintak aku belikan susu anak dan buah-buahan..

Macam biasa aku riki pasar malam bandar baru ampang...

Sekarang kat pasar malam pun harga lebih kurang kedai biasa...

Cuma yang happening..mcm2 ada ..

Dalam hati berkata ..selain dragon fruit apa lg buah yang humaira suka...

Xpe beli anggur jela...aku rembat 5 hinggit...

Tetiba aku ternmpk pedang...kt umh..midad selalu jadikan raket badminton buat jadi pedang...sian pulak...

So aku rembatla 2 bilah pedang...satu untuk tasnim.

Mulanye nk beli barbie kt tasnim...eeemmmm..

Beli pedang je la...nt berebut dengan miqdad pulak...

Humaira selalu bagitau...kalo nk bg hadiah kat anak makesure...diaorang buat sesuatu yang boleh banggakan kita dulu...

Emmmm...tak pe...kira advance la nie...heeeee..

Balik rumah...hepi betul diaorang dapat pedang...

Tapi aku yang merana kena tikam...

Wassalam.

19/12/2013

Cerita The Ultimate Life 2013

Salam,

Aku sekarang nie begitu selective dalam menonton movie sejak setahun kebelakangan nie ..

Cerita-cerita yang aku anggap sampah aku tak tonton.. cerita-cerita melayu banyak yang aku rasa begitu .. tak abis-abis dengan kisah cinta dan gangster kemudian citer hantu
sebab diaorang tau yang pergi panggung wayang adalah golongan remaja2... kat situ diaorang boleh jana profit juta2.

Ceriter terbaru yang aku tonton adalah 'The Ultimate life" ianya antara movie favourite aku selain daripada citer seperti 'pursuit to happiness' dan juga 'Seven Day In Utopia' aku rasa korang patut tengok citer2 yang sebegini .. memang terbaik .. aku rekomen A+

Citer " The Ultimate Life " berkisar tentang seorang pemuda yang diberikan amanah oleh datuk dia yang seorang billionaire supaya jaga yayasan yang datuk dia tubuhkan.
kemudian berlaku konflik apabila teman wanita dia seorang nurse mintak bertukar ke Haiti selama 6 bulan.

Kemudian pemuda ni pergi kepada lawyer dia untuk luahkan perasaan tentang pemergian teman wanita dia nie.

Lawyer yang merupakan peguam datuk dia berikan sebuah jurnal tentang masa silam datuk dia ..

Bagaimana datuk dia menjadi seorang billionaire dan kisah kejayaan datuk dia yang lain serta apa yang datuk dia kesali dalam hidup selapas bergelar billionaire..

Sementara pakcik2 pemuda ni cuba untuk mendapatkan semula yayasan steven kepunyaan datuk dia ..

Memang layan abis .. dan apa yang penting dalam citer nie korang akan tau .. kenapa wang bukan segalanya..

korang boleh muat turun citer nie di http://dl.moviecenter.in/film/2013/ beserta cerita terbaru yang keluar pada tahun 2013 .. aku x jamin sampai bila link ni akan ada..

sebab mungkin admin web nie dah terminate link ni masa korang klik.. buat masa sekarang dan pada tarik 19.12.2013 link ni masih okay ..

wassalam.

18/12/2013

Jangan Putus Asa

Salam,


Kadang-kadang bila aku rasa begitu down sekali .aku akan berpatah balik, aku berundur kebelakang dan duduk termenung...

Bukan bermakna aku berputus asa... itu bermakna aku sedang berfikir kesan daripada tindakan dan keputusan yang dibuat ..

Ada keputusan yang dibuat memberikan efek jangka panjang ... ada yang kesannya hanya sementara saja..

Contohnya jika anda berhutang dengan bank kesannya adalah jangka panjang, 10 tahun tempoh maksimun yang ditetapkan oleh bank negara sekarang nie ..

Sedikit sebanyak ianya akan membuatkan kita termenung seketika .. kerana sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada perbelanjaan bulanan kita ..

Kesan jangka pendek xderla seteruk kesan jangka panjang .. masalah-masalah dunia ni hanya sementara saja ..heeeee


Tapi kita tidak boleh berputus asa... selagi kita hidup kena teruskan ... walaupun pelbagai ujian yang mendatang ...


Seandainya ada ujian yang maha hebat datang menyerbu kita , ingatlah akan ibu, isteri dan anak-anak. Sape yang akan jaga mereka jika kita sudah berputus asa dengan hidup ini ..

Hidup ini indah jika kita tau caranya ... dan pandai mengawal emosi serta perasaan supaya tidak terlalu memikirkan akan tekanan dan kesusahan ..

jangan kita inginkan sangat menjaga perasaan orang lain .. hinggakan perasaan sendiri terluka...

Disetiap kesusahan , insya-Allah akan ada kesenangan.

Jika kita tidak mahu berubah diri kita sape lagi .. hanya diri kita yang mampu mengubahnya.. bukan orang lain .

Wassalam,
Jangan Berputus Asa

16/12/2013

Super Sunday : Basuh Karpet

Salam,

Tengahari tu panas je ....tapi dalam hati dah agak dah...petang nanti mesti hujan...

Dah trend sekarang ni..petang je hujan....asal hujan je petang..

So aku ambik inisiatif basuh karpet sebelum hujan tiba...dengan dibantu oleh miqdad...

Dia nak bantu ke atau nak main...xperla janji ada jugak perkara dia nak buat...xder la dia nak tanya aku...."ayah apa nak buat nie"..

Tatkala dia xtau apa nak buat...

Kenala la aku create program untuk dia...

Wassalam.

Super Saturday

Salam,

Tengahari yang panas, seakan hujan akan turun xlama lagi...

Humaira bercadang nak pergi check baby dalam kandungan di klinik fauziah dekat kedai manjaku jalan ampang.katanya.

So lepas je solat zuhur...kiteorang riki klinik fauziah...first time nak riki ini tempat... tempat ni pun member humaira yang rekemen..untuk check baby okay tak...

Seminggu sebelum tu humaira dah check kat klinik ibu dan anak batu 14 ulu langat..tapi kat situ scanner 2D je...

Kiteorang pusing2 bandar baru ampang dekat giant cari klinik ni..tapi tak jumpa2...

Perut dah lapar giler.aku dari pagi xmakan ape..mcam puasa aku mengadu kat humaira...

Sampai dekat tapak pasar malam..humaira nampak satu restoran makanan..nasi ayam penyek...aku kira okay la tu...klinik tak jumpa lagi..xper janji perut kasi penuh dulu..

Aku order nasi kosong berlaukan ikan kembung penyek, manakala humaira nasi beriyani...miqdad pulak order sundae...

Makan kat sini okay la...walaupun humaira bagitau " indah gambar dari rasa"...

Aku pulak jenis xkutuk rezeki.. ada rezeki depan mata pun Alhamdulillah...sedap makan...xsedap jangan makan...order lain atau pergi makan tempat lain...

Lepas makan singgah kedai perabot bahagia ..humaira nak cari katil double decker untuk tasnim dan miqdad...xbeli pun..window shopping je..humaira nak fikir dulu..sebab ada lagi yang lebih baik.

Kemudian lalu depan kedai manjaku... hah! Baru nampak klinik fauziah.rupe2nye bertentangan dengan kedai manjaku..cuma seberang jalan..aku pun tak perasan..sedangkan boleh dikatakan hari2 aku lalu jalan tu..
Tapi orang ramai giler ...yang menunggu untuk scan 4D...humaira kena datang  malam nanti atau..pagi selasa...omg misi gagal...

Dalam kul 5.30 pulang rumah....

Wassalam.

13/12/2013

Keputusan Bolasepak Sukan Sea 2013 Malaysia Lawan Laos

Salam,

Tahniah menang 4-1, mengulangi sejarah sukan sea di indonesia..

Dimana Malaysia kalahkan Laos 4-1 pada 2011.

Tapi secara keseluruhan game...aku rasa bawah prestasi sebenar..

Nazmi Faiz terbaik...kawalan bola dan passing awesome..

Finishing separuh pertama hancur..

Nasib baik hazwan buat hatrik..kalo x aku dah kritik kaw2!..

Aku tunggu datuk ong kew swee masukan rozaimi...favourite aku tu..

Keeper terbaik...banyak bola save...

Wassalam.

Miqdad Dah Ada Tahi Lalat

Salam,

Satu malam yang nyaman...

Humaira baru pulang dari kerja...baju pun belum tukar lagi.

Sambil lepak depan TV layan Siaran Langsung Pencetus Ummah...

Kali ni giliran lawyer syarie yang tersingkir...

Favourite aku PU Yeop..heeee...

" yang, miqdad dah ada tahit lalat, ce tengok kat pipi dia", aku memulakan perbualan.

"Macam mana boleh tahit lalat yang", jawab humaira, sambil memangku miqdad di ribaan.

"Lalat berakla kot, masa dia tido", aku cuba loyar buruk..hehee

Kat muka miqdad ada dua tahit lalat satu dekat pipi kiri dan satu lagi dekat atas bibir belah kanan...

Normal je....sesape yang ada tahit lalat.jarang orang yang xder tahit lalat...

Tahit lalat terjadi disebabkan pengumpulan sel2 bernama melanocytes iaitu sel yang berada bawah kulit yang menghasilkan melanin...melanin ni la yang membuatkan tahit lalat ni jadi gelap.

Wassalam.

12/12/2013

Secangkir Teh Pengubat Letih

Salam,

Tatkala kita letih....

Tak kira la apa yang kita buat.

Yang sedang belajar, letaklah pen seketika...

Yang sedang bekerja, berhenti menaip seketika...

Yang sedang berfikir, tutup mata dan kosongkan fikiran seketika...

Yang sedang berlari, berjalan la seketika...

Berehat la seketika....pekena teh dulu seketika...

Kerna dunia sentiasa berputar...korang tak larat nak mengejarnya..heeee....

Wassalam.

Petua Hebat Tenangkan Hati

Salam,

Tip atau petua percuma untuk tenangkan hati korang tanpa perlu keluarkan duit sesen pun malah tak perlu jumpa pakar kaunseling..

Tip yang diamalkan oleh oleh alim ulama dan juga para nabi-nabi.

Ketika Nabi Ayub Alaihissalam ditimpa penyakit dengan ujian, tubuh badan baginda dimamahi ulat .

Nabi Ayub berdoa kepada Allah.. Supaya ulat2 tidak memakan lidah baginda..kerana itu satu-satunya lidah yang baginda ada untuk mengingati dan menyebut nama Allah..

Jika hati korang gelisah dan gulana ... berzikirla kepada Allah...insya-Allah hati akan tenang.. ini janji Allah.. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji...

Tetapi kebanyakkan kita tidak berasa yakin dengan berzikir akan menenangkan hati kita...

Ada yang lebih suka... tenangkan hati dengan membeli belah, pergi SPA atau melancong keluar negara...tak kurang juga yang xder agama mengambil jalan pintas dengan bunuh diri...

Zikir yang aku paling suka " lailahailallah "

Korang boleh berzikir masa pagi2 nak pergi kerja dan balik dari keje..sambil layan jem pun boleh....hehehee

Dalam kete boleh, atas motor pun boleh...

Insya-Allah hati korang akan tenang...

Wassalam.


11/12/2013

Disebabkan Katak Aku Bakal Masuk Neraka

Salam,

Lama tak kemas kawasan depan rumah....
Cuti 4 hari campur weekend terasa sia-sia....

Duduk dalam umah x buat apa2...dari minggu lepas lagi Humaira ajak aku potong rumput yang kat depan rumah.

" Yang, rumput dah naik sampai ke lutut" , ngomel humaira pada suatu malam.

" Mana ada sampai ke lutut, tadi ukur baru kat buku lali je", jawab aku,

Heheheee.... humaira cakap macam tu sebab nak bagi cerita rumput tu kedengaran menarik dan nak aku potong segera rumput2 tu.

So pagi keesokan aku pun dah ready dengan uniform dengan cangkul kecik...
Adam miqdad dan tasnim pun tolong sama...

Dalam sibuk duk susun batu bata...terpacul seekor anak katak kat bawah kat bawah batu bata, masa aku angkat salah satu bata batu yang dijadikan alas pasu bunga.

" Ayah, kesian katak ni takder mak", kata miqdad,
"Ayah x buat ape-ape pun", balas aku lagi,
" Ayah jangan bunuh katak ni tau, nanti ayah masuk NERAKA!, jawab Miqdad,

Hah!!!! Aku terkedu, tertelan air liur....

Humaira disebelah senyum je sambil cabut rumput yang tumbuh liar ditepi longkang.

"Kat dalam NERAKA ada api panas ayah",jawab miqdad lagi.

" Tak, ayah tak bunuh pun, hah! tu pun mak dia," balas aku lagi,.
Kelihatan ada seekor lagi katak bersaiz besar berdekatan dengan anak katak yang kecil tadi...

Tak sia-sia aku hantar miqdad ke sekolah little caliph...at least, dia tau.kalo buat jahat , walaupun buat zalim kepada haiwan...NERAKA la tempatnya..apatah lagi  kalo buat zalim kepada manusia.

Dalam pukul 12.30 tengahari ..aku berhenti membersihkan rumput2 di depan rumah...tangan pun dah rasa nak melecet.

"Barula nampak segar " kata humaira.

Wassalam.

09/12/2013

Super Sunday

Salam,

Satu pagi yang dingin....

Humaira ajak aku pergi ke Tesco Ampang untuk cari jubah pregnant yang boleh diguna pakai masa pregnant dan juga selepas pregnant.

So kiranya bila dah bersalin boleh pakai la ...untuk aktiviti lain..

Dalam pukul 2.30 aku gerak dari rumah selepas solat zuhur di surau al-falah berdekatan rumah.

Dari semalam lagi humaira ajak, tapi aku tak beberapa sihat kerana selsema hampir nak demam...

Sampai di Tesco Ampang...perut dah lapar...mana taknya keluar rumah tak lunch...

Pusing2 kedai makan yang orang tak ramai sangat..

Kalo ramai orang susah nak handle miqdad..aku nak soru pun payah..

Mulut mengunyah...mata duk tengok dia ...takut lari merata...

So kiteorang parking di restorans" my mom chicken rice" milik Linda On yang kini dj radio Suria Fm.

Aku order nasi goreng ayam + sirap dalam rm 9.90.

Manakala humaira...nasi ayam sharing dengan anak2.

Usai makan , aku masukan miqdad dengan tasnim dalam playground untuk diaorang main2.. satu orang rm 6 hinggit...semua 12 hinggit  beb...

So dapatlah aku dengan humaira gilir2 pergi cari barang dan solat ansar.

Dalam pukul 6.30 kami gerak daripada tesco ampang...

Jubah humaira? Eeemmm.... xder yang berkenan...hanya dapat tudung je rm 70 hinggit harga dia.

Wassalam.

07/12/2013

Sebab Ultraman Dia Datang Ofis

Salam,

Weekend yang mengasyikan...

Ayah nak ikut ayah pergi kerja...

Eeemmm aku pun kesian dekat dia sebab dah janji nak bawak pergi kerja..sementara tu pulak memang ada kerja nak kena setlekan...

Selama 1 bulan cuti sekolah...little caliph tutup...

Bawak je la dia datang ofis...

Sampai ofis dia duk layan ultraman...

Dan aku...nasib baik ada jugak samsung note 8.0.

Wassalam.

04/12/2013

Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari


Salam ,

Aku dan Miqdad dihimpit ahli Kelab Blogger Ben Ashaari (benashaari.com)

Aku memang respek dengan diaorang nie , kerana sanggup datang memeriahkan acara matic fest 2013.. dan sebelum itu, semalam diaorang joint event paintball di Cyberjaya..
diaorang boleh dikatakan sebagai hardcore blogger" They Eat, Sleep and Blogging" . Kebanyakkan diaorang stay di Putrajaya.. jem giler nak masuk KL. heee

Tapi malangnya blogger queachmad.com tidak dapat hadir kerana orang rumah tergelincir, kata ben ashaari . Orang rumah que sedang pregnant untuk pengetahuan korang. Berapa bulan aku tak tanya la pulak.

Kalo korang ada event yang mantap dan perlukan blogger untuk mencanangkan event korang bolehlah jemput Kelab Blogger Ben Ashaari. Sekarang ni pun diorang dah tak menang kaki untuk menerima jemputan event mahupun untuk promote kedai nasi ayam atau burger bakar.

Tetapi mau diingat .. ongkosnye mesti disediakan.

Aku pulak xleh nak joint diaorang sangat, sekadar memerhati dari jauh sebab aku punyer jadual tersendiri.. apa2 pun terima kasih kepada KBBA kerana sudi datang dan menyertai treasure hunt matic 2013 .. wish u all the best ..


Wassalam.
Miqdad pun nak jadi blogger jugak ke ...

Contest SEO Eridy


Salam,


Bro eridy ada buat contest seo..

Aku tau aku akan kalah ... sebabnya ianya disertai oleh kebanyakkan blogger terfamous di nuzantara.. hehehe..

Tetapi blogger kecil macam blog aku ni tak penting sangat pasal seo.. yang penting selalu update.. itu je seo yang sifu aku duk amal..

Aku malas nak pikir pasal teknik seo yang lain.. korang pun tak payah fikir .. beli je buku teknik kitab seo merah jambu milik saudara titan.. gerenti tak menyesal sebab dia dah bertahun-tahun bertapa untuk hasilkan kitab tu ..

Aku sertai contest seo ni saja suka-suka... mana boleh menang lawan gergasi beb!!!

Tetapi cara untuk menang contest seo eridy ni masih ada lagi jika aku guna secret weapon di saat akhir ..lagipun cara pemenang dipilih berdasarkan kedudukan keywood ni di enjin carian google.

Untuk maklumat lanjut pasal contest nie korang boleh ke eridy


Wassalam.
Layakkah aku menang Contest SEO Eridy atau pun dibuli

Tasnim Lelah, Batuk Dan Berkahak Episod 1

Salam,

Malam tadi Tasnim tido x lena, sebab batuk dan berkahak...

Apalagi aku yang tengah mimpi baik pun terjaga...

Tasnim batuk je, dia terus bangun ...kesian Tasnim..

So pagi2 lagi Humaira dah bersiap bawak Tasnim ke klinik warisan , Ulu Langat...

Dengan Humaira sekali dapat mc...sebab batuk jugak...kerana penangan durian musang king...sehari sebelum tu aku bawak pulang dua bijik musang king..hehehe...sory humaira..abang memang sengaja...kih.kih...

Tekak aku pun perit...lain mcm betul durian musang king ni...tobat lohong xmkn dah...cari durian kampung lagi okay...gas metana kurang sikit..

So malam tadi , turn aku pulak bawak Tasnim ke klinik.

Diklinik Dr Hamidah  Hambali akan bagi healol...yang mana kena tekap kat mulut. So kena bernafas pakai mesin yang diletakkan gas bantuan pernafasan..aku pun tak tau gas apa.. malas pulak nak tanya..

So kalo besok masih xokay..aku kena bawak Tasnim pergi klinik lagi...rawatan mesin tu dalam RM 10 hinggit.

Alahai...kerja kat ofis berlambak lagi nak kena setle.

Wassalam.

02/12/2013

Ustaz Kazim Mentor Aku

Salam,

Akhirnya Ustaz Kazim keluar jugak Pas secara rasmi...kata dah pecat tahun 2011...tapi surat tak hantar..UKE pun malas nak mintak...hehehe.

Tetiba UKE dilantik jadi MT UMNO depa dah meroyan...

Masa ada dalam parti ditendang2. Dikata macam2...

Aku dari dulu lagi respek dengan UKE ...ceramah tak mengata orang..

Hati ikhlas untuk memperjuangkan Islam...biarla apa orang nak kata...tetap bagi ceramah...aku anggap UKE ni salah sorang mentor aku...

Banyak yang aku dapat manfaat daripada ceramah beliau di youtube..

Semoga Allah merahmati UKE... walaupun bangsa sendiri duk ngata kat beliau...

Wassalam.

Nasib Paul Walker Sama Dengan Corey Rudl

Salam,

Bulan Disember disambut sedih oleh dunia hiburan barat...bukan saja di barat malah seluruh pelusuk dunia yang merasai kehilangan aktor hollywood yang merupakan pelakon utama dalam filem francais fast and furious t.  Akibat kemalangan jalan raya...yang sedihnye member dia  yang bawak kereta tu..

Episod yang sama juga pernah berlaku kepada lagenda pemasaran internet iaitu mendiang Corey Ruld yang mengalami kemalangan dilitar pada tahun 2005..

Sadisnya bukan beliau yang bawak kereta racing tu tapi member dia Benjamin Miles Keaton yang memandu kereta 2005 Porche Carrera GT di track Fontana..

Kereta yang sama dipandu oleh member  mendiang Paul Walker iaitu bekas pelumba kereta Roger Rodas yang turut nahas dalam kemalangan ditempat kejadian.

Kedua2 mereka dalam perjalanan ke majlis amal reach out worldwide. Kereta berkenaan hilang kawalan , terbabas dan melanggar tiang telefon kemudian terbakar.

Persamaannya adalah kedua-dua mereka adalah peminat kereta tegar.

The moral of the story...jika anda menumpang kereta dengan kawan anda...jangan segan silu suruh dia bawak perlahan.

Kerana, sekiranya berlaku kemalangan parah...anda pun sama akan dibawak ke lubang kubur...

Macam cukup je...amalan nak bawak kesana...

Wassalam.

01/12/2013

Tip Berhadapan Dengan Orang Yang Kita Tidak Suka

Salam,

Jam menunjukkan 1.36 pagi...

Aku baru pulang dari matic fest 2013 di Jalan Ampang..

Terdetik dalam hati aku sebelum lena aku nak bagitau satu tip yang aku amal.

Tip maha hebat , sesape pun pernah lalui benda ni iaitu tip 'berhadapan dengan orang yang kita tak suka...'

Golongan wanita adalah golongan yang begitu rapuh sekali jika dipyscho oleh orang yag kita tidak suka..

Contohnya kita akan berhadapan dengan rakan sekerja yang kaki umpat dan suka mencari kesalahan kita.

Aku namakan golongan ini adalah golongan yang mengamalkan falsafah babi. Babi adalah haiwan pengotor walaupun berada di taman bunga sekalipun ...ianya tetap mencari kotoran dan najis.

Aku kesiankan kaum hawa...senang sangat mengalir air mata jika diumpat atau disakiti..pastu balik umah mengadu kat suami . Suami jugak yang nak kena pujuk. Besok pergi kerja perkara sama yang berlaku...sabor je la.

Bukan perempuan je..lelaki pun ada yang kena macam ni... diumpat dan mungkin kat belakang kita, kita dikata macam2.

Biarla apa orang nak kata...pahala orang yang mengata akan ditranfer kepada kita.

So cara yang aku praktik mudah je...

Caranye "aku tak pandang muka orang yang aku x suka"...

Tapi kalo ditegur aku akan balas..sepatah dua kata je..

Sebab kita orang islam kalo tak bertegur selama 3 hari...

Nabi tak mengaku ummat..

Aku akan menjarakkan diri dengan orang yang aku tak suka tu..sebab cara pemikiran aku dan dia adalah berbeza...

Tetapi ianya adalah berlainan jika bercakap soal kerja..

Soal kerja aku pisahkan dengan hal emosi..apatah kalo si dia adalah rakan sekerja yang akan selalu dealing dengan kita..so kat sini kena pandai kawal emosi sikit...

Ye la kita kena akui bahawa, perangai manusia sukar untuk diubah..melainkan diri dia sendiri yang nak berubah. Apatah lagi jika si dia mempunyai sifat bangga diri, ego, angkuh , selalu nak menang lagi la payah..

Dan satu berkenaan mulut..

Mulut orang lain kita tak boleh nak tutup..mulut tempayan bolehla...

Akhir sekali kita kembali pada Allah...berdoala supaya sikap orang yang kita tak suka tu berubah...kalo berdoa pada sepertiga malam..lagi cantik,mudah Allah nak makbulkan.

Wassalam.

29/11/2013

Kala Hati Runsing Korang Buat Apa?

Salam,

Tatkala hati runsing dan gelisah .. semua orang mempunyai hati yang gelisah ..

Aku selalu bagitau Humaira yang orang lelaki hanya gelisah dan runsing dengan 3 benda.

1. Keluarga - terdiri daripada bagaimana hendak menguruskan keluarga terutama jika berkaitan dengan anak2, mertua. ipar duai dan ibu bapa kandung kita. Bagaimana nak spend masa untuk bermain dengan Anak2. Aku balik kerja dah malam. Masa tu la anak aku tasnim dan miqdad nak bergurau senda.. maafkan ayah jika ayah tidak cukup sempurna untuk kamu berdua.

2. Wanita - Ianya berkaitan dengan girlfriend jika yang belum berkahwin dan isteri jika yang sudah berkahwin. Memikirkan girlfriend yang perlu dijaga hati. Bagi pula si suami perlu memikirkan kehendak isteri yang beraneka ragam.

3. Wang/Duit - Ianya merupakan masalah utama bagi semua orang. dengan wang kedua-dua masalah diatas mungkin menjadi sedikit ringan.

Kenyataan di atas hanyalah pandangan aku saja yang bukan pakar motivasi . hanya cap ayam .. heheeee.

Satu ketika semasa aku pergi satu bengkel Teamwork ada sorang fasilitator yang suka guna perkataan " Dunia Semua Tu " . bila aku lambat siap task dan masa yang diberikan dah tamat .. tapi aku still buat .. dengan selamber fasi tu cakap " dunia je tu " . ..hek eleh .heeee

Sampai sekarang aku terikut-ikut dengan perkataan tu .. jika ada sesuatu yang merunsingkan jiwa dan sanubari aku . Aku akan cakap dalam hati " Dunia Semua Tu ", korang pun boleh amal .

Dalam cerita hindustan 3 Idiots pelakon utama Aamir Khan Selalu guna perkataan " All is well" jika ada masalah .

Sebab masalah yang paling besar adalah di akhirat sana.. cukupkah lagi amalan kita .. tatkala kita dihimpunkan di padang mashyar untuk ditimbangkan diatas timbangan Mizan.

Satu lagi jika kita runsing sangat, selalu ingatkan mati .. jika kita terlampau runsing pun tak kemana jugak , baik cari solusi bagaimana nak atasi kerunsingan berkenaan. kerana mungkin dalam seminit dua kita akan meninggalkan dunia ini dan kerunsingan berkenaan akan menjadi habuk xder sape yang peduli...

Dan akhir sekali jika anda runsing ingatlah Allah. pilihlah satu zikir yang sentiasa bermain dibibir anda .. aku rekomenkan zikir kalimah taiyibah " Lailahailallah" supaya masa kita pergi kedunia belah sana diakhiri dengan kalimah Agung ini ..

Prof Muhd Kamil yang aku anggap mentor aku suka pada kalimah " Subhanallah " bermain di bibir beliau.


Sekian Saja daripada pakar motivasi yang tidak diiktiraf hanya kelas cap ayam yang berangan-ngan nak jadi calon program realiti TV ' Pencetus Ummah ' . kih..kih ...


Wassalam,



28/11/2013

Aku Bangga Dengan Ben Ashaari Dalam The Influencer

Salam,

Aku malu dan pada masa yang sama bangga dengan sorang blogger ni...benashaari.com

Beliau satu-satunya calon blogger lelaki melayu dan personaliti online yang berentap dalam program reality " The Influencer " yang dikuasakan oleh personedge sdn bhd, nokia Malaysia dan lowyat TV.

Episod pertama korang boleh tengok di lowyat.tv/theinfluencer pada 6.12.2013.

Aku ada whatapps saudara ben....cara untuk termination peserta..berdasarkan undian ke ?

Rupenye ianya adalah berasaskan permarkahan oleh juri/hakim

Semoga berjaya saudara ben ashaari. Anda mewakili suara hati blogger lelaki melayu terakhir yang lain..

Dan perlu diingat saudara ben perlu bercakap dalam bahasa omputih..yang mana aku pun tak sanggup.

Wassalam.

Aku Tak Kenal Ahmad Ammar Yang Namanya Harum Di Dunia Blogger

Salam,

Aku tidak kenal sape itu Ahmad Ammar.

Tapi aku heran kenapa namanya menjadi sebutan di dunia maya..

Aku cuba tanya pak cik aku iaitu pakcik google..heee

Ooo...patutla...

Ahmad Ammar pelajar Universiti Marmara Turki..telah meninggal dunia disebabkan dilanggar ambulan di Istanbul semasa melintas jalan pada 2 November 2013 disana.. dan dikebumikan diperkuburan Eyub Sultan menghadap Golden Horn diperkuburan 60 sahabat Nabi, auliya' , panglima perang uthmaniyah dan orang2 kenamaan.(baca sejarah al-fateh)

Ahmad Ammar anak kepada bekas presiden ABIM iaitu Ahmad Azam..
Mendapat motivasi untuk sambung belajar di Turki ekoran pertemuan ustaz hasrizal dengan ayahnya..(baca lanjut di saifulislam.com)

Banyak sifat-sifat yang baik diperkatakan tentang arwah...dan sumbangkan yang diberikan oleh arwah semasa hidup.

Walaupun arwah masih muda..namun berusaha untuk memperjuangkan islam..arwah pernah berhasrat untuk syahid di Siria ekoran perang saudara disana menentang puak berfahaman syiah.. melalui mesej yang dihantar kepada kakaknya..

Kenalan rapat menamakan sebagai "Syahid yang tertangguh".

Ternyata kita kehilangan satu permata yang yanh bernilai sedangkan banyak pemuda islam sekarang begitu alpa dengan pujuk rayu dunia.

So walaupun masih muda banyak jasa yang dibuat oleh arwah untuk agama..arwah berumur 20 tahun..aku berumur 32 tahun...

Agak2 kalo aku pergi waktu ini adakah namaku akan harum didunia maya dan dilangit..

Tepuk dada aku jawab sendiri...hehehe.

Alfatihah untuk saudara Ahmad Ammar..Alfatihah!

Wassalam.

25/11/2013

MaTiC Fest 2013 Kembali Menyengat

Salam,
Hahahaha....kini kembali lagi..acara yang terhebat ditengah bandaraya Kuala Lumpur.
Yang akan diserikan lagi dengan artis yang menjadi siulan lagu masa kini seperti Hyper Act, Estranged, Lan Typewriter, Amanda Imani, M Daud Kilau dan Ezlyn...
Dan acara-acara untuk seisi keluarga seperti pertandingan permainan tradisional , treasure hunt, pertandingan paintball dan sebagainya akan turut mencairkan andrenalin otak anda.
Sila rujuk pada poster di bawah...untuk pemahaman lanjut
Aku nak cakap banyak pun xguna..baik korang datang dan rasai sendiri.
Untuk para blogger di alam maya juga boleh hadir untuk bersuai kenal dengan blogger terfamous masa kini iaitu blogger benashaari.com yang akan menyertai acara treasure hunt pada hari terakhir iaitu pada hari ahad.
Sebarang pertanyaan korang boleh call 0392354 912/ 013 311 5591 bercakap dengan saudari mcfarizsa berkenaan pendaftaran mahupun sembang2 dan meluahkan perasaan heeeee...
Wassalam.

Super Weekend : Kenduri Kahwin Nana

Salam,

Jumaat yang kelam kabut...aku kena cari hadiah  untuk kenduri kahwin member humaira di ampangan, seremban.

Aku keluar ofis dah lewat... usai solat maghrib di surau ofis then aku rempit ke ampang point nak cari hadiah kahwin.

Sebelum tu aku ada tanyakan humaira nak beli hadiah apa...cerek elektrik, periuk elektrik atau seterika elektrik..dalam kepala aku hanya perlu cari barang-barang yang boleh digunakan untuk pasangan yang baru berkahwin.

Lastly aku teringat pasal wardina... ada satu kenyataan yang dia suka beri buku sebagai hadiah..

So aku riki ke kedai popular di ampang point..cari buku untuk pengantin baru..dapatla satu buku berjudul 'alahai pengantin baru' terbitan galeri ilmu..harga dalam rm 39.90 dapat less dalam rm 27.90.

Keesokan hari sabtu..super weekend..

Pagi tu humaira dengan miqdad dah basuh kereta siap2..selepas anak2 aku siap siap breakfast dengan maggi cup..hehehe...

Kiteorang gerak ke ampangan seremban melalui lebuhraya LEKAS ..memang lekas giler tak sampai satu jam dah sampai exit ampangan..jalan clear x jem.. kalo aku ikut PLUS..alamak 2 jam la..atas jalan..

Kemudian pusing2 cari taman dato syahbandar yang terletak di belakang Giant Ampangan..aku berhenti di station minyak bp , isi minyak kete dalam dua puluh hinggit buat  modal nak tanya sorang pakcik yang jaga mesin isi minyak..oooo aku dah terlepas , belah sana rupenyer..heeee.. pusing balik kereta..dalam kul 2 baru aku sampai di rumah pengantin.

Nana adalah kawan humaira masa di uitm dungun.. diaorang ni housemate..antara kawan rapat humaira seingat aku la..ada lagi beberapa kawan humaira yang lain..masa aku kahwin dengan humaira di batu kurau perak  5 tahun lepas pun Nana ada datang.

Lebih kurang dalam jam 3.30 petang..kiteorang gerak dari rumah pengantin dan singgah sekejap di surau berdekatan untuk solat zuhur.

Then masuk highway LEKAS semula untuk pulang ke rumah. Dalam pukul 6.30 sampai rumah.

Wassalam.

22/11/2013

Ayah! Abang Suka Kucing

Salam,

Adam miqdad sangat suka dengan kucing... sampai disuruhnya aku beli kucing..

"Bukan ayah xnak beli miqdad, umah kite ni x sesuai bela kucing" jawapan aku setiap kali diajukan pertanyaan oleh hero aku ni.

Kalo kat kampung boleh la bela... duk perumahan macam nie..sape nak bagi mkn...humaira kerja, aku pun kerja...

Teringat aku dengan abu hurairah sahabat nabi Muhammad SAW yang begitu mengasihi kucing.

Wassalam.

21/11/2013

Api Neraka Lebih Panas Daripada Air Susu

Salam,

Susu oh susu!

Anak aku tasnim dengan miqdad...diaorang nie jarang makan, makanan yang heavy seperti nasik...

Terutama miqdad...

So terpaksa la aku bekalkan dengan tepung susu tambahan iaitu susu dugro yang asli untuk 3 hingga 6 tahun, tempat yang aku selalu beli adalah di kedai Manjaku jalan ampang dan juga shopping complex aeo big , sebab satu jalan untuk aku pulang rumah daripada balik kerja.

Sebelum tido dah jadi rutin anak-anak aku sebelum tido diaorng akan pekena susu dulu..aku yang dah ngntuk tahap dewa..terpaksa bangkit bancuhkan susu diaorang...

Ye la, dengan mata yang mengantuk aku ambik air panas tuang dalam botol susu .... adoh! Tertumpah kat tangan aku air panas...

Terdetik dalam hati aku... api neraka lagi panas daripada nie...tapi kenapa manusia masih lagi berat untuk beribadah kepada Allah.. sedangkan mereka tau.... termasuklah diri aku..heheheh...

Sama-samala kita berubah...

Wasssalam.

20/11/2013

Kisah Benar : Aku Redha Dia Isteriku

Salam,

Waktu malam, usai solat maghrib..di depan televisyen di ruang tamu.

Tetiba si suami terasa ingin bermanja dengan isteri ..si suami merebahkan kepala diribaan isteri..

Si suami berasa ingin bermanja pada malam itu dengan kasih sayang seorang isteri yang sedang sarat mengandung 6-7 bulan..Bulan feb tahun depan dijangka si isteri akan melahirkan bayi yang ketiga dalam family mereka....

Sambil berbaring diribaan isteri...si isteri bermain-main dengan rambut suami yang berwarna putih ...bersama dengan anak-anak turut serta bermain sama mencari helaian rambut putih di kepala si suami.

" yang! Rambut putih tu tandanya utusan tuhan dah datang, nak bagi peringatan yang umur abang x panjang, bila-bila masa abang mungkin akan dijemput" kata si suami.

"Ye ke, kalo macam tu , Yang redho la ye dengan setiap kekurangan yang ada pada isteri abang, isteri abang ni bukan seorang isteri yang sempurna" balas si isteri.

" Abang redho Yang, kalo abang pergi dulu sayang tiada dosa dengan abang", jawab si suami.

"Abang pun bukan suami yang sempurna, apa yang abang mampu, abang buat, apa yang abang malas buat, abang tido " detik si suami di dalam hati.

" Tapi, kalo abang pergi dulu.. yang tolong la ye setlekan semua hutang-hutang abang..bagitau kat orang-orang kampung mana yang ada hutang dengan abang,sayang clearkan lah ye..takut abang tak sempat nak bayar..yang gadai la kereta tu...hehehehe " Jawab si suami lagi.

Si isteri diam seribu bahasa tak menjawab atau membalas percakapan si suami....

Si suami masih mengharap jawapan balas daripada si isteri buat seketika..dan beberapa saat sudah berlalu...

"Hek eleh....dia duk layan citer ' The Legend Of Kublai Khan ' episod akhir rupenyer . sabor jela aku". Kata si suami di dalam hati yang masih lagi kepalanye diribaan isteri tercinta.

Note* gambar si isteri di dinding ofis si suami di bawah.

Wassalam,

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff