Ramai yang kecewa dengan keputusan semalam.. keputusan kalah dengan 1-4 adalah perkara biasa sekiranya kita menganalisa prestasi semasa pasukan bolasepak negara.
Namun, ramai yang menyalahkan Jurulatih Negara Datuk K.Rajagopal. Apa salahnya Datuk K.Rajagopal beliau diluar padang bukannya di dalam padang. hehehe..
Pada saya punca kekalahan adalah dari segi stamina para pemain dan juga faktor fizikal para pemain Jika dalam tempoh 90 minit pemain kita masih mampu bermain dan tidak berasa semput dan di tambah pula dengan strategi taktikal yang betul kita mungkin boleh menang.
Apa-apapun jangan salahkan Datuk K.Rajagopal. Jika beliau diganti sekali pun tiada jaminan prestasi pasukan negara akan meningkat .
Pada tanggapan saya yang perlu dipersalahkan adalah para pemain. Kerana bukannya mereka sentiasa dilatih oleh Datuk K.Rajagopal . Malah yang mewakili negeri dan kelab mereka bermain dan dilatih oleh jurulatih masing-masing.
kredit : kampungchelsea.blogspot.com |
Teringat masa kat kampung dulu, semasa perlawanan peringkat kampung. Nama-nama pasukan berdasarkan kawasan kediaman . seperti jika rumah berdekatan dengan kubur maka anak-anak muda akan dimasukan kedalam team kubur. saya team kubur. Ada pasukan team Guntung, team Bukit dan team Pasar.
Hadiah berupa ayam hidup daripada juara hinggalah tempat ketiga.
Team saya mendapat tempat kedua . Jadi malam tu pakat ramai-ramai datang rumah saya makan nasi berlauk sup ayam, emak saya yang masak kerana ayam tak cukup nak dibahagikan kepada 7 orang pemain .
Pada perlawanan tersebutlah saya mendapat kecederaan pada pangkal peha. sampai sekarang terasa kesan dia. Bila nak ambil wuduk sebelah kaki kiri, saya tidak boleh angkat lama-lama. Mungkin masa kena saya tak pergi berurut secara kampung. Biasala tingkatan 3 pada masa tu . Mana tahu semua tu .
0 comments:
Post a Comment