20/09/2013

Tasnim Berak Berdarah, Cirit-Birit , Demam dan Muntah

Salam,

Penyakit Diarrhea disebabkan kuman atau virus dalam perut . So bila berlaku demikian gejala diatas akan berlaku kerana sistem pertahanan sedang mempertahankan diri. Jika kalah dalah peperangan ini anda akan terhidrasi iaitu kekurangan air dan keseimbangan badan. Badan anda akan lemah dan tidak bermaya kerana makanan yang disuap akan dimuntahkan semula.

Ketahuilah jika anda mengalami gejala tersebut ianya disebabkan penyakit Diarrhea. Penyakit ini selalunya akan menyerang bayi dan kanak-kanak yang dibawah 2 tahun kerana tidak dijaga kebersihan terutama pada makanan, botol minuman dan tangan semasa makan.

Penyakit ini yang terkena pada anak perempuan aku yang berusia 2 tahun sarah nur tasnim.

Selasa 11.9.213.. Tengahari

" Yang! adik berak berdarah " , Mesej humaira ketika aku di tempat kerja,

" Serius ke yang " , tanya aku. Pagi tu humaira bawak adik pergi klinik warisan ulu langat , sebab dah 3 hari adik demam , muntah dah ada titisan darah pada najis.

" Dr kata kena rujuk hospital" , balas humaira lagi. aku tengah kerja macam mana nak keluar ofis.

" Yang nak pergi hospital mana" , jawab aku balik.

" Hospital ampang puteri, hospital ampang xnak prgi takut lambat diaorang buat check up, swasta mungkin cepat sikit " , okay tak? balas humaira semula.

Aku tak berapa okay dengan Ampang Puteri.

" Tak pe yang kita pergi , hospital Pantai Ampang., Pandan Indah. Hospital ni aku pernah pergi masa nak cari kerja lepas diploma sebagai attendant hospital sebagai tukang tolak troli mayat .. hehehehe..Diploma aku sains komputer.. ada kaitan ke ...aku garu kepala.

Aku sampai dulu di hospital pantai ampang, aku tanyakan pada kaunter pertanyaan tempat yang sepatutnya boleh aku tuju , kaunter bagitau pergi ke bahagian emergency dulu.
Bila humaira sampai, kami ke bahagian emergency bersama-sama dengan tasnim.

Di kaunter emergency kami di minta ke bahagian specialist .

" Hah !!! specialist , speechless!!! , " kata aku kat humaira. Mana taknya kami tak pernah berurusan dengan pihak hospital swasta.

" Bila sampai ke bahagian specialist, kami berurusan dengan seorang Dr yang pakar dalam hal kanak-kanak.

sambil menunggu nak masuk bilik Dr,Tasnim cirit-birit lagi .. "darah masih menitik lagi", bagitau humaira selepas keluar daripada tandas.

Masuk bilik Dr, Dr memeriksa keadaan tasnim dan bontot dia , tidak melecet cuma merah-kemerahan sebab terlalu kerap berak.

Dr dan humaira berbalas pantun dalam sesi soal jawab.

Sah!!! Tasnim kena penyakit Diarrhea. Dr kata kena tahan wad. Humaira tanya kat sini ke atau kat hospital lain pun boleh. Dr kata kat mana-mana pun boleh.

aku terkedu seribu bahasa.. betul-betul aku speecheless!!!

Aku bagitau nak pergi hospital lain . Dr akan keluarkan surat untuk diserahkan kepada hospital yang aku ingin tempatkan Tasnim.

" Tak pernah dalam sejarah famili kita kena tahan wad, " kata humaira. sebab dia berat hati nak tempatkan tasnim dekat wad. lagi satu kitaorang perlu cuti yang panjang.

" Berapa lama perlu tahan dekat wad" tanya humaira .

" dalam 24 jam kalo dah okay, tapi najis tasnim perlu dibuat kajian CSI bagi mengetahui punca virus.

" Najis pun nak kaji ada masa pulak diaorang ni" , kata aku dalam hati.

selepas membayar perkhidmatan di kaunter specialist , humaira tanya ada ubat tak . ubat takder diaorang cuma bagi consultant sebab perlu masuk wad.

Kami ingat kos yang perlu adalah mahal rupenyer dalam RM 45 je . So korang kalo urgent sangat boleh la pergi kat hospital ni.

Dalam pada tu kami sembang-sembang di cafeteria hospital. samada perlu masukann ke wad atau tidak.

Aku bagitau orang rumah . adalah normal untuk penyakit ni, sindrom macam tu akan wujud kecuali serius atau tak . Tapi aku tengok tasnim masih boleh main-main lagi.
Badan pun tak lemah. Kita tengok sehari ni macam mana.. kalo makin teruk kita hantar ke wad di hospital ampang.

Petang tu humaira telefon Faizal( Adik Ipar ) Ahli bomba kat penang. sebab anak faizal , Fateh selalu keluar masuk wad . apa prosedur dia.

Aku rilekle. hehehehehe.. perempuan biasala bro risaukan anak-anak.

Petang tu aku tanyakan pak cik google tentang penyakit Diarrhea dan malamnye aku belikan susu similac LF tanpa laktosa. sebab penghidap penyakit ni tak boleh minum susu yang ada laktosa.
Susu tanpa laktosa seperti ISOMIL yang berasaskan soya. Juga buah pisang untuk senang perut tasnim nak digest.

Humaira pula belikan ubat FORAX untuk cirit-birit dan termometer untuk check suhu badan.

Esoknye kami berdua cuti temankan tasnim dirumah .

Kami maintain berikan tasnim minum susu similac dan juga bubur nasi dan bersihkan botol susu sebersih-bersihnya.

Alhamdulillah darah dah kurang kat tahit dia yang sebelum tahit dah hampir warna lumut.

Tapi nasihat aku untuk korang .. kalo anak korang kena penyakit ni ... Dr memang bagi nasihat untuk warded.
ikutla nasihat DR. Takut makin teruk.. anak aku, aku tengok dia tak lemah lagi. masih boleh lawan. sebab tu aku tak hantar wad hospital ampang.

Yang penting kami kena pastikan tasnim minum air yang secukupnye. Tak nak bagi dia terhidrasi.

Akhirnya dia dah okay, tapi perlu dikawal pemakanan dia.

Wassalam.

Tasnim Di Playground Hospital Pantai Ampang

1 comments:

  1. Alhamdulillah. Semoga tasneem kembali sihat. Boleh bagi minuman isotonik untuk elakkan badan terhidrat (kurang air akibat cirit birit, muntah). Boleh ambil Performance Drink, minuman isotonik tanpa gas, tanpa gula, rasa orange untuk Tasneem.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff