Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

29/11/2013

Kala Hati Runsing Korang Buat Apa?

Salam,

Tatkala hati runsing dan gelisah .. semua orang mempunyai hati yang gelisah ..

Aku selalu bagitau Humaira yang orang lelaki hanya gelisah dan runsing dengan 3 benda.

1. Keluarga - terdiri daripada bagaimana hendak menguruskan keluarga terutama jika berkaitan dengan anak2, mertua. ipar duai dan ibu bapa kandung kita. Bagaimana nak spend masa untuk bermain dengan Anak2. Aku balik kerja dah malam. Masa tu la anak aku tasnim dan miqdad nak bergurau senda.. maafkan ayah jika ayah tidak cukup sempurna untuk kamu berdua.

2. Wanita - Ianya berkaitan dengan girlfriend jika yang belum berkahwin dan isteri jika yang sudah berkahwin. Memikirkan girlfriend yang perlu dijaga hati. Bagi pula si suami perlu memikirkan kehendak isteri yang beraneka ragam.

3. Wang/Duit - Ianya merupakan masalah utama bagi semua orang. dengan wang kedua-dua masalah diatas mungkin menjadi sedikit ringan.

Kenyataan di atas hanyalah pandangan aku saja yang bukan pakar motivasi . hanya cap ayam .. heheeee.

Satu ketika semasa aku pergi satu bengkel Teamwork ada sorang fasilitator yang suka guna perkataan " Dunia Semua Tu " . bila aku lambat siap task dan masa yang diberikan dah tamat .. tapi aku still buat .. dengan selamber fasi tu cakap " dunia je tu " . ..hek eleh .heeee

Sampai sekarang aku terikut-ikut dengan perkataan tu .. jika ada sesuatu yang merunsingkan jiwa dan sanubari aku . Aku akan cakap dalam hati " Dunia Semua Tu ", korang pun boleh amal .

Dalam cerita hindustan 3 Idiots pelakon utama Aamir Khan Selalu guna perkataan " All is well" jika ada masalah .

Sebab masalah yang paling besar adalah di akhirat sana.. cukupkah lagi amalan kita .. tatkala kita dihimpunkan di padang mashyar untuk ditimbangkan diatas timbangan Mizan.

Satu lagi jika kita runsing sangat, selalu ingatkan mati .. jika kita terlampau runsing pun tak kemana jugak , baik cari solusi bagaimana nak atasi kerunsingan berkenaan. kerana mungkin dalam seminit dua kita akan meninggalkan dunia ini dan kerunsingan berkenaan akan menjadi habuk xder sape yang peduli...

Dan akhir sekali jika anda runsing ingatlah Allah. pilihlah satu zikir yang sentiasa bermain dibibir anda .. aku rekomenkan zikir kalimah taiyibah " Lailahailallah" supaya masa kita pergi kedunia belah sana diakhiri dengan kalimah Agung ini ..

Prof Muhd Kamil yang aku anggap mentor aku suka pada kalimah " Subhanallah " bermain di bibir beliau.


Sekian Saja daripada pakar motivasi yang tidak diiktiraf hanya kelas cap ayam yang berangan-ngan nak jadi calon program realiti TV ' Pencetus Ummah ' . kih..kih ...


Wassalam,



28/11/2013

Aku Bangga Dengan Ben Ashaari Dalam The Influencer

Salam,

Aku malu dan pada masa yang sama bangga dengan sorang blogger ni...benashaari.com

Beliau satu-satunya calon blogger lelaki melayu dan personaliti online yang berentap dalam program reality " The Influencer " yang dikuasakan oleh personedge sdn bhd, nokia Malaysia dan lowyat TV.

Episod pertama korang boleh tengok di lowyat.tv/theinfluencer pada 6.12.2013.

Aku ada whatapps saudara ben....cara untuk termination peserta..berdasarkan undian ke ?

Rupenye ianya adalah berasaskan permarkahan oleh juri/hakim

Semoga berjaya saudara ben ashaari. Anda mewakili suara hati blogger lelaki melayu terakhir yang lain..

Dan perlu diingat saudara ben perlu bercakap dalam bahasa omputih..yang mana aku pun tak sanggup.

Wassalam.

Aku Tak Kenal Ahmad Ammar Yang Namanya Harum Di Dunia Blogger

Salam,

Aku tidak kenal sape itu Ahmad Ammar.

Tapi aku heran kenapa namanya menjadi sebutan di dunia maya..

Aku cuba tanya pak cik aku iaitu pakcik google..heee

Ooo...patutla...

Ahmad Ammar pelajar Universiti Marmara Turki..telah meninggal dunia disebabkan dilanggar ambulan di Istanbul semasa melintas jalan pada 2 November 2013 disana.. dan dikebumikan diperkuburan Eyub Sultan menghadap Golden Horn diperkuburan 60 sahabat Nabi, auliya' , panglima perang uthmaniyah dan orang2 kenamaan.(baca sejarah al-fateh)

Ahmad Ammar anak kepada bekas presiden ABIM iaitu Ahmad Azam..
Mendapat motivasi untuk sambung belajar di Turki ekoran pertemuan ustaz hasrizal dengan ayahnya..(baca lanjut di saifulislam.com)

Banyak sifat-sifat yang baik diperkatakan tentang arwah...dan sumbangkan yang diberikan oleh arwah semasa hidup.

Walaupun arwah masih muda..namun berusaha untuk memperjuangkan islam..arwah pernah berhasrat untuk syahid di Siria ekoran perang saudara disana menentang puak berfahaman syiah.. melalui mesej yang dihantar kepada kakaknya..

Kenalan rapat menamakan sebagai "Syahid yang tertangguh".

Ternyata kita kehilangan satu permata yang yanh bernilai sedangkan banyak pemuda islam sekarang begitu alpa dengan pujuk rayu dunia.

So walaupun masih muda banyak jasa yang dibuat oleh arwah untuk agama..arwah berumur 20 tahun..aku berumur 32 tahun...

Agak2 kalo aku pergi waktu ini adakah namaku akan harum didunia maya dan dilangit..

Tepuk dada aku jawab sendiri...hehehe.

Alfatihah untuk saudara Ahmad Ammar..Alfatihah!

Wassalam.

25/11/2013

MaTiC Fest 2013 Kembali Menyengat

Salam,
Hahahaha....kini kembali lagi..acara yang terhebat ditengah bandaraya Kuala Lumpur.
Yang akan diserikan lagi dengan artis yang menjadi siulan lagu masa kini seperti Hyper Act, Estranged, Lan Typewriter, Amanda Imani, M Daud Kilau dan Ezlyn...
Dan acara-acara untuk seisi keluarga seperti pertandingan permainan tradisional , treasure hunt, pertandingan paintball dan sebagainya akan turut mencairkan andrenalin otak anda.
Sila rujuk pada poster di bawah...untuk pemahaman lanjut
Aku nak cakap banyak pun xguna..baik korang datang dan rasai sendiri.
Untuk para blogger di alam maya juga boleh hadir untuk bersuai kenal dengan blogger terfamous masa kini iaitu blogger benashaari.com yang akan menyertai acara treasure hunt pada hari terakhir iaitu pada hari ahad.
Sebarang pertanyaan korang boleh call 0392354 912/ 013 311 5591 bercakap dengan saudari mcfarizsa berkenaan pendaftaran mahupun sembang2 dan meluahkan perasaan heeeee...
Wassalam.

Super Weekend : Kenduri Kahwin Nana

Salam,

Jumaat yang kelam kabut...aku kena cari hadiah  untuk kenduri kahwin member humaira di ampangan, seremban.

Aku keluar ofis dah lewat... usai solat maghrib di surau ofis then aku rempit ke ampang point nak cari hadiah kahwin.

Sebelum tu aku ada tanyakan humaira nak beli hadiah apa...cerek elektrik, periuk elektrik atau seterika elektrik..dalam kepala aku hanya perlu cari barang-barang yang boleh digunakan untuk pasangan yang baru berkahwin.

Lastly aku teringat pasal wardina... ada satu kenyataan yang dia suka beri buku sebagai hadiah..

So aku riki ke kedai popular di ampang point..cari buku untuk pengantin baru..dapatla satu buku berjudul 'alahai pengantin baru' terbitan galeri ilmu..harga dalam rm 39.90 dapat less dalam rm 27.90.

Keesokan hari sabtu..super weekend..

Pagi tu humaira dengan miqdad dah basuh kereta siap2..selepas anak2 aku siap siap breakfast dengan maggi cup..hehehe...

Kiteorang gerak ke ampangan seremban melalui lebuhraya LEKAS ..memang lekas giler tak sampai satu jam dah sampai exit ampangan..jalan clear x jem.. kalo aku ikut PLUS..alamak 2 jam la..atas jalan..

Kemudian pusing2 cari taman dato syahbandar yang terletak di belakang Giant Ampangan..aku berhenti di station minyak bp , isi minyak kete dalam dua puluh hinggit buat  modal nak tanya sorang pakcik yang jaga mesin isi minyak..oooo aku dah terlepas , belah sana rupenyer..heeee.. pusing balik kereta..dalam kul 2 baru aku sampai di rumah pengantin.

Nana adalah kawan humaira masa di uitm dungun.. diaorang ni housemate..antara kawan rapat humaira seingat aku la..ada lagi beberapa kawan humaira yang lain..masa aku kahwin dengan humaira di batu kurau perak  5 tahun lepas pun Nana ada datang.

Lebih kurang dalam jam 3.30 petang..kiteorang gerak dari rumah pengantin dan singgah sekejap di surau berdekatan untuk solat zuhur.

Then masuk highway LEKAS semula untuk pulang ke rumah. Dalam pukul 6.30 sampai rumah.

Wassalam.

22/11/2013

Ayah! Abang Suka Kucing

Salam,

Adam miqdad sangat suka dengan kucing... sampai disuruhnya aku beli kucing..

"Bukan ayah xnak beli miqdad, umah kite ni x sesuai bela kucing" jawapan aku setiap kali diajukan pertanyaan oleh hero aku ni.

Kalo kat kampung boleh la bela... duk perumahan macam nie..sape nak bagi mkn...humaira kerja, aku pun kerja...

Teringat aku dengan abu hurairah sahabat nabi Muhammad SAW yang begitu mengasihi kucing.

Wassalam.

21/11/2013

Api Neraka Lebih Panas Daripada Air Susu

Salam,

Susu oh susu!

Anak aku tasnim dengan miqdad...diaorang nie jarang makan, makanan yang heavy seperti nasik...

Terutama miqdad...

So terpaksa la aku bekalkan dengan tepung susu tambahan iaitu susu dugro yang asli untuk 3 hingga 6 tahun, tempat yang aku selalu beli adalah di kedai Manjaku jalan ampang dan juga shopping complex aeo big , sebab satu jalan untuk aku pulang rumah daripada balik kerja.

Sebelum tido dah jadi rutin anak-anak aku sebelum tido diaorng akan pekena susu dulu..aku yang dah ngntuk tahap dewa..terpaksa bangkit bancuhkan susu diaorang...

Ye la, dengan mata yang mengantuk aku ambik air panas tuang dalam botol susu .... adoh! Tertumpah kat tangan aku air panas...

Terdetik dalam hati aku... api neraka lagi panas daripada nie...tapi kenapa manusia masih lagi berat untuk beribadah kepada Allah.. sedangkan mereka tau.... termasuklah diri aku..heheheh...

Sama-samala kita berubah...

Wasssalam.

20/11/2013

Kisah Benar : Aku Redha Dia Isteriku

Salam,

Waktu malam, usai solat maghrib..di depan televisyen di ruang tamu.

Tetiba si suami terasa ingin bermanja dengan isteri ..si suami merebahkan kepala diribaan isteri..

Si suami berasa ingin bermanja pada malam itu dengan kasih sayang seorang isteri yang sedang sarat mengandung 6-7 bulan..Bulan feb tahun depan dijangka si isteri akan melahirkan bayi yang ketiga dalam family mereka....

Sambil berbaring diribaan isteri...si isteri bermain-main dengan rambut suami yang berwarna putih ...bersama dengan anak-anak turut serta bermain sama mencari helaian rambut putih di kepala si suami.

" yang! Rambut putih tu tandanya utusan tuhan dah datang, nak bagi peringatan yang umur abang x panjang, bila-bila masa abang mungkin akan dijemput" kata si suami.

"Ye ke, kalo macam tu , Yang redho la ye dengan setiap kekurangan yang ada pada isteri abang, isteri abang ni bukan seorang isteri yang sempurna" balas si isteri.

" Abang redho Yang, kalo abang pergi dulu sayang tiada dosa dengan abang", jawab si suami.

"Abang pun bukan suami yang sempurna, apa yang abang mampu, abang buat, apa yang abang malas buat, abang tido " detik si suami di dalam hati.

" Tapi, kalo abang pergi dulu.. yang tolong la ye setlekan semua hutang-hutang abang..bagitau kat orang-orang kampung mana yang ada hutang dengan abang,sayang clearkan lah ye..takut abang tak sempat nak bayar..yang gadai la kereta tu...hehehehe " Jawab si suami lagi.

Si isteri diam seribu bahasa tak menjawab atau membalas percakapan si suami....

Si suami masih mengharap jawapan balas daripada si isteri buat seketika..dan beberapa saat sudah berlalu...

"Hek eleh....dia duk layan citer ' The Legend Of Kublai Khan ' episod akhir rupenyer . sabor jela aku". Kata si suami di dalam hati yang masih lagi kepalanye diribaan isteri tercinta.

Note* gambar si isteri di dinding ofis si suami di bawah.

Wassalam,

19/11/2013

Setiap Kejayaan Bermula Langkah Pertama

Salam,
Setiap kejayaan bermula pada langkah pertama..jika anda tidak berani melangkah anda tidak akan sampai ke lokasi yang ditujui...
Semestinya dalam perjalanan untuk sampai ke lokasi berkenaan pasti terdapat pelbagai halangan secara fizikal ataupun emosi...
Bagi aku...dalam tempoh perjalanan biarlah hati kita tetap kepada Allah..
Walaupun kita tewas dipertengahan jalan, namun kita masih lagi mendapat kejayaan di akhirat...
Sabtu lepas adam miqdad berjaya menamatkan sesi persekolahan di little caliph .. kategori 4 tahun..langkah pertama yang cuba dicipta oleh humaira untuk menggerakan sistem neuron miqdad ketika masih kecil..
Kata pakar kanak-kanak , budak seusia 4 tahun elok untuk diajar hafazan al-Alquran.. kerana ianya akan menjadi memori kekal dalam otak mereka..
Wassalam.
Konvokesyen 4 Tahun Adam Miqdad

18/11/2013

Seputar Hari konvokesyen Cara Islamik

Salam,

Akhirnya aku berjaya jugak cari kurta untuk miqdad...satu pekan ampang aku pusing...

And then aku tanya pakcik google... lepas solat jumaat aku riki ini tempat iaitu kamdar jalan tar...

Pergi tingkat tiga.. bahagian kanak-kanak..baru jumpa kurta versi india..

Tak pe la janji miqdad boleh pakai untuk perform nasyid masa majlis konvokesyen little caliph di dewan persatuan puteri islam malaysia, cheras..

Sambil tu ditingkat dua aku sempat sambar kain ela warna hitam , aku angkat 4 meter ..satu meter harga dalam rm 14 hinggit untuk buat seluar baru..

Seluar yang sedia dah sendat kat pinggang...sampai aku kena bukak butang untuk rasa longgar sikit kat perut...ini penangan super mass gainer, yang dah 2 bulan aku duk teguk..

So aku sampai di dewan persatuan puteri islam dalam pukul 12.30 tghri.

Miqdad dijangka perform nasyid dalam pukul 3.. lepas hantar miqdad untuk dimake over oleh teacher dia..humaira bagitau lapor giler..

Then aku jalan kaki ke court maut...tapau nasi untuk humaira..sementara tunggu miqdad perform..

Macam2 acara yang dijalankan oleh pihak little caliph..termasuklah pelbagai persembahan seperti nyanyian lagu "ya hanana" dan juga hafazan al-quran..

Tema pada hari tu adalah arabian..adala jugak ibu bapa yang pakai jubah..

Selepas miqdad perform dalam pukul 5.30 kiteorg pun membelah kan diri..sekali lagi humaira mengadu lapor...maklumla bawak budak..apalagi singgah di pizza hut..tapau dan makan kat umah.

Wassalam,

17/11/2013

Pagi Convocation Santai Giler

Salam,
Dah seminggu teacher di little caliph remind kat aku berkenaan hari konvokesyen adam miqdad...

Sebenarnye bukan dia yang konvo tapi senior dia yang berusia 6 tahun, sebab diaorg confirm dah xblaja kat little caliph lagi...maknanya akan masuk ke darjah satu sekolah kebangsaan..

Pagitu patutla miqdad rileks je...dia sekadar ditugaskan buat persembahan nasyid..tajuk lagu " puji bagi Allah".

So aku pun xder la rush sangat..cuma satu minggu aku duk cari kurta budak..uniform untuk dia pakai untuk perform pada hari konvokesyen.

Hehehe...sempat lagi kiteorg cat rumah...sebelum gerak ke dewan toh puan norasyikin, pusat persatuan puteri islam di cheras.

Wassalam.

07/11/2013

Aku Tidak Pandai Agama

Salam,

Aku tidak pandai agama, aku start belajar di sekolah tadika di kg langkap setiu terengganu pada umur 6 tahun, pada umur 7 tahun aku belajar di darjah 1 sekolah rendah kebangsaan langkap kampung yang sama.

Sekolah kebangsaan langkap betul-betul depan umah aku .

Aku masih ingat lagi waktu tengahari makan nasi bantuan kerajaan , ambik piring bawah meja pergi beratur kemudian makan dekat wakaf di padang. nak minum air sejuk aku panggil kakak aku Yani dengan berdiri dekat pagar sekolah .

Kak Yani datang bawak air sejuk dari peti ais umah wan( nenek) .

Umah aku tak der peti ais.

Lepas sesi sekolah pagi aku belaja pula mengaji dengan tok guru mnegaji kg. sebelum sekolah agama waktu petang.

Mula-mula mengaji dengan Pakcik Ghani, rasa tak best ,

Aku try dengan Imam Yahya, ok la .. kemudian aku mengaji pulak dengan Cikgu Mad. Dengan Cikgu Mad lama la sikit aku mengaji sampai aku masuk Quran besar.

Kemudian bila aku sekolah menengah aku duduk dengan cik' (atuk) dan wo (nenek) sebelah ayah aku di batu 12 sungai bari lebih kurang 5 kilometer daripada kg langkap.

Di situ aku sambung mengaji dengan Wok Minah sampailah aku khatam mengaji .. wok Minah adalah kakak wo . Sekarang beliau dah tak der . Al-Fatihah .

Cikgu Mad pun dah xder. Al-fatihah .

Beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 2002 aku abis diploma dalam sains komputer di KL . Takder kerja kat KL aku jadi tukang cuci di restoren stadium badminton Cheras.

Kemudian Aku balik kg noreh getah bawak sekali motor yamaha 125 , bonceng motor pagi-pagi dengan Mak aku .

Aku ingat lagi .. pagi-pagi lagi mak akan bising sebab aku liat nak bangun pagi pergi menoreh . Aku bangun solat subuh kemudian lentok lagi kat katil.

Aku bukan malas nak bangun tapi sejuk giler beb!! ye la matahari belum keluar lagi.

Aku sangat suka kalo ujan pagi-pagi . sebab xyah pergi noreh . Tapi mak aku akan termenung dipintu rumah tengok air hujan.

Mak kejut pergi noreh awal-awal pagi bukan apa . sebab takut balik lewat dan terpaksa menoreh dalam keadaan panas terik matahari terpacak dekat atas kepala. Selalunye aku akan pastikan aku siap noreh dalam pukul 11.30 pagi . sebab nak tengok citer kartun slamdunk kat tv .. hehehehe. duduk ngadap tv dengan bau getah belum mandi lagi.

Satu lagi , susu getah akan cepat kering . kalo pokok getah di toreh diwaktu panas.

Waktu malam, usai solat Maghrib aku dengan rakan baik aku pada masa kecik iaitu usop dan yusof Bulat ( Allahyarham ) akan bertalagi Al-Quran dengan Imam Ghani di Masjid Kg Langkap sehinggalah azan isyak. Masjid dengan umah aku pun tak jauh sangat . Dua minit dah sampai. Usop pun sama jugak tolong mak dia noreh getah di Guntung. Guntung kawasan belah timur kampung aku. Sekarang nie usop dah jadi cikgu di kuantan.

Dengan imam Ghani aku mula kenal serba sedikit dengan sebutan huruf dan tajwid secara komprehensif. .. aku ingat aku dah terrer ngaji tetapi masih lagi hampeh . sebab dah khatam Beb!!. nasib baik aku tak masuk pertandingan tilawah semasa aku duduk di kg nenek sebelah ayah aku .

Diaorang ada buat pertandingan tilawah peringkat kg ketika tu. tapi aku tak layak sebab ada had umur . hanya untuk golongan kilauan emas saja.Sabar je la.

Kemudian aku sambung lagi study lagi untuk sarjana muda dalam bidang sains komputer, majoring software engineering .

Bila dilihat kembali sejarah pendidikan aku memang aku tak pandai agama . kadang-kadang terasa jugak nak masuk sekolah pondok di yaysan al-barakah manjung kelolaan Ustaz Kazim Elias atau mana-mana madrasah dekat dengan umah aku. Ilmu agama seperti tasawuf yang aku dapat semasa belajar di sekolah rendah dan menengah rasanya belum mencukupi untuk dikongsi dengan isteri. apatah lagi dengan anak-anak yang kian membesar. ianya sekadar ilmu untuk lulus peperiksaan.

Walau apa pun aku xboleh give up .. Agama bukan perkara main-main . Jika ditakdirkan aku pergi tika ini . Apalah bekalan aku untuk kesebelah sana.


Wassalam,


Miqdad Solat Di R&R Highway LEKAS


Solat 2


04/11/2013

Melawat Che' Suboh Di HKL

Salam,

Kring, bunyi mesej daripada Galaksi Note 8.0 ..

mesej dihantar oleh Humaira pada tengahari tu , nak ajak aku pergi ke HKL melawat Che' Suboh yang dioperation oleh Dr HKL pada bahagian buah pinggang.

Che' Suboh adalah warga kampung belah isteri aku di Batu Kurau , Bendang Nering Perak.. umurnya dalam 80. Lebih tua daripada ayah mertua aku . kira anak beranak la jugak.

Bila aku balik kg belah isteri aku , kalo waktu petang aku tak der keje lain nak buat .. aku pergi la melepak kat umah che' suboh .. che' rajin bercerita pasal tentera jepun yang datang ke batu kurau pada waktu che' kanak-kanak.

Che' juga ahli jemaah surau yang setia setiap kali azan berkumandang..

Pada waktu petang rutin che' adalah tambat lembu yang meragut rumput dibelakang rumahnya....

"Yang kita pergi dengan motosikal" , mesej daripada humaira, . aku ok je .. tapi aku cuma risaukan humaira.. sebab sedang bawak budak .. tau-tau jela kalo naik moto terlanggar lubang ke atau bonggol. perut pun akan terangkat sekali. Humaira xnak pergi dengan kereta sebab jem dan takut lambat masuk ofis semula.

Pukul 1 tengahari aku keluar dari ofis dengan yamaha 125 aku .. sampai je di depan ofis humaira. dia dah tunggu dekat pintu keluar.

Aku merempit ikut AKLEH untuk ke HKL ikut jalan Tun Razak then depan sikit daripada IJN aku masuk kiri..

Sambil mata duk melilau cari bahagian neurologi , humaira yang membonceng kat belakang pun pasang mata jugak. maklumla kiteorang firt time nak cari wad 2b bahagian neurologi .

Besar jugak HKL ni , rasa macam pusing bandar , kata humaira..

Aku parking di bangunan induk HKL dan bertanyakan kepada kaunter bangunan neorologi ( Kaji Saraf) .. kat depan sikit rupanya .. so jalan kaki. sampai di bangunan tersebut humaira bertanyakan kepada pegawai polis bantuan yang berada di kaunter ... wad 2B..

"Wad 2B? bukan kat sini , yang ada 4B dan 5B " , jawab pegawai polis. .. Alamak salah tempat ke ... humaira call semula sanak saudara iaitu pak cik Mizi. mintak pencerahan..

Operation buah pinggang kat bahagian neprology kalo aku tak silap ejaan dia.. hohohohoho salah ejaan upenye.. ketiak dah berpeluh .. panas beb!!!

Aku ambik yamaha 125 pusing semula ke bangunan tersebut .. naik ke tingkat satu .. cari wad 2B katil 18 ..

dari jauh aku nampak che' lemah semacam xlarat .. dia pun macam xkenal aku je .. bila sampai dekat baru dia senyum ..

Aku dari jauh memang dah senyum ..

Kedua-dua buah pinggang che' dah rosak .. so kena pakai mesin.

Moga-moga che' cepat sembuh .. dan satu lagi dalam hati aku berkata " Agar che' tak lupa solat walaupun dalam keadaan sakit" itu teguran untuk diri aku sekali.

Wasslam,
Melawat Che' Suboh di HKL

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff