Kadang-kadang bila aku rasa begitu down sekali .aku akan berpatah balik, aku berundur kebelakang dan duduk termenung...
Bukan bermakna aku berputus asa... itu bermakna aku sedang berfikir kesan daripada tindakan dan keputusan yang dibuat ..
Ada keputusan yang dibuat memberikan efek jangka panjang ... ada yang kesannya hanya sementara saja..
Contohnya jika anda berhutang dengan bank kesannya adalah jangka panjang, 10 tahun tempoh maksimun yang ditetapkan oleh bank negara sekarang nie ..
Sedikit sebanyak ianya akan membuatkan kita termenung seketika .. kerana sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada perbelanjaan bulanan kita ..
Kesan jangka pendek xderla seteruk kesan jangka panjang .. masalah-masalah dunia ni hanya sementara saja ..heeeee
Tapi kita tidak boleh berputus asa... selagi kita hidup kena teruskan ... walaupun pelbagai ujian yang mendatang ...
Seandainya ada ujian yang maha hebat datang menyerbu kita , ingatlah akan ibu, isteri dan anak-anak. Sape yang akan jaga mereka jika kita sudah berputus asa dengan hidup ini ..
Hidup ini indah jika kita tau caranya ... dan pandai mengawal emosi serta perasaan supaya tidak terlalu memikirkan akan tekanan dan kesusahan ..
jangan kita inginkan sangat menjaga perasaan orang lain .. hinggakan perasaan sendiri terluka...
Disetiap kesusahan , insya-Allah akan ada kesenangan.
Jika kita tidak mahu berubah diri kita sape lagi .. hanya diri kita yang mampu mengubahnya.. bukan orang lain .
Wassalam,
Jangan Berputus Asa |
0 comments:
Post a Comment