Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

30/01/2014

Polis Islam

Salam,

Sekarang heboh tentang polis islam..

Bagi aku elok buat daripada x buat. Benda yang baik..buat dulu insya-Allah ada keberkatan.

Mungkin terdapat segelintir ahli akademik..yang merasakan tidak perlu buat..sebab memandangkan negara kita berbilang kaum dan juga agama.

Lontaran itu timbul masalah bagaimana kita hendak menanggani individu yang bukan muslim.

Bagaimana pula situasi jika individu muslim yang berzina dengan individu bukan islam..adilkah hukuman hanya dijatuhkan kepada individu muslim..dan bukan muslim hanya dikenakan denda..

Hohoho...banyak aspek nak kena kaji..

Tapi kalo dah ada bajet dan peruntukan apa salahnya...peluang pekerjaan untuk orang islam pun akan bertambah..takkan polis islam dianggotai oleh bukan islam kan?

Satu lagi...dinegara2 yang terdapat polis islam..di mana golongan2 atasan yang high class masih lagi mampu membuat maksiat di rumah2 persendirian yang kawalan keselamatam begitu ketat..

So apa kes!...dekat hotel2 besar pun JAIS susah nak masuk.

Macam mana polis islam nak ambush beb!!!

Selalunya yang kena adalah golongan2 cap ayam...yang duit xbanyak..yang mana nak buat 'projek ' pun kat hotel bajet je..satu malam RM30 hinggit.

So bagi aku didikan agama yang penting..kalo iman kuat..tak timbul kes2 yang melibatkan hawa nafsu.

Wassalam.

29/01/2014

Kaki Pukul

Salam,


Sedang aku duk sibuk tengah layan pening depan PC, Aduhai ... awal tahun baru pun sudah bikin pening.

tetiba handset aku berbunyi,  tertera nombor telefon Adik aku yang bekerja di Pasir Gudang Johor Bharu .


Adik aku ni umur awal 30 an . lahir aku dulu baru dia .. sebab tu aku panggil dia adik ..heeee.


" Haloooo!! Assalammualaikum!" Dia mengucapkan salam sejahtera.

" Waalaikummusalam". Jawab aku sambil mengalihkan pandangan aku daripada pc, yang sejak tadi memedihkan biji mata aku yang sebelah kanan.. aku memandang keluar tingkap melihat Bangunan UBN dan Cabana In yang terletak di Jalan P.Ramlee.


" Si, aku baru keluar lokap, 20.1.2014 aritu kena tahan masuk lokap" . Dia memulakan perbualan.

" hah!!!" , aku rasa kurang jelas apa yang aku dengar .. mintak kepastian.

" ye, baru keluar lokap pasir gudang . 4 hari masuk lokap, dapat jugak merasa bubur nasi air kat penjara yang paling besar kat pasir gudang tu ." sambung dia lagi .

" Mu wat gape sampai kena lokap? " , aku cuba cari punca, cuba cover rasa terkejut..

" aku katok orang." balas dia lagi .

" la teruk ke mu katok ." Tanya aku lagi .

" teruk la jugak retak tulang belakang , kena dengan kayu baseball." jawab dia lagi ..

" kes gape " aku tanya lagi .

" Dia main bini kawan. aku tumbuk sekali je.. tapi diaorang petik nama. tujuh2 orang masuk lokap ." jawab dia lagi .

" Kena reman 4 hari , ayah dengan mak ada datang sebab masuk court, sekarang semua dah setle dah ." sambung dia lagi .

" okay la tu, mu jangan la panas baran sangat .. kena banyak bersabar " aku cuba beri nasihat.


" ingatla kat anak-anak dengan bini, sian kat diaorang.." nasihat aku lagi .

" Itu la sian dekat ayah ngan mak kena datang Johor ... lain kali dok wat doh" jawab dia lagi .


" Mu keje dok arini, " Tanya aku sebab takut kes masuk lokap dia kena buang kerja.

" Kerja shift malam, malam karang baru masuk" jawab adik aku lagi .

" Alhamdulillah." aku berkata dalam hati .. jangan la sampai menyusahkan anak2 dan isteri kalo kena buang kerja .. sape nak tanggung diaorang.


" Balik kampong dok ? " Tanya adik aku tu .

" Tak balik sebab Kak Humaira sarat sekarang nie" jawab aku .

" Kita jumpa Hari Raya Puasa nanti la kat kampong" balas dia lagi .

" Okay , Jumpa kampung nanti ." jawab aku sebelum memberikan Salam.


Moral cerita nie... kalo kita gangster masa sekolah menengah jangan kita bawak bila dah berkeluarga.. dulu walaupun kita gangster kiter hanya menyusahkan ayah dan mak .. tapi sekarang sanggupkah kita melihat air mata anak2 dan isteri tersayang gugur bercucuran lantaran kebodohan dan panas baran kita.



Wassalam.

Kaki Pukul

28/01/2014

Puisi Gelisah

Salam,

Malam tadi masa tengah duk layan Mastercis Malaysia All Stars.

Humaira mintak aku karang satu puisi bertajuk 'Gelisah'

Tajuk Puisi : Gelisah

Gelisah itu datang bertamu,
Masa datang tidak menentu,
Tiada batasan hari tiada batasan waktu,

Kadang-kadang ia menusuk kalbu,
Membuatkan hati terasa sedih dan pilu,
Berpeluk tubuh merasa lesu,
Pandangan mata menjadi sayu,

Gelisah itu ubatnya satu,
Usah dilayan perasaan itu,
Lapangan hati di angin lalu,
Ukirkan senyum lapangkan hatimu,

Gelisah pasti bertamu jua,
Jika dibiarkan hatimu terluka,
Serahkan hatimu kepadaNya,
Pasti indah dunia seadanya.

Wassalam,

Dedikasi buat humaira.

Risi Yusoff
Jalan Ampang
28.1.2014

25/01/2014

Seminar Teknik Membaca

Salam,

Sabtu lepas aku menghadiri satu Bengkel yang dikendalikan oleh Little Caliph yang diadakan di Dewan Bandaraya MPAJ, Pandan Indah .

Pada mulanya memang aku tak nak pergi tapi dah terlanjur isi borang pengesahan kehadiran dan juga dah janji dengan miqdad aku gagahi juga kaki aku .


So aritu ramai jugak la parent yang datang, ada yang datang berpasangan dan juga datang dengan anak2 masing-masing.

Aku? datang sorang je sebab humaira kerja hari sabtu ..


Berat hati jugak masa nak masuk dalam dewan .. tapi bila dah masuk aku stay sampai habis bengkel cara-cara nak ajar anak pandai membaca menggunakan program little caliph.

Speaker bukan calang-calang beb!!

Founder Little Caliph sendiri yang bagi talk iaitu Puan Sabariah..

Antara ilmu2 yang aku dapat adalah :

1. Bila ajar anak jangan baca text saja tapi buat game untuk diaorang baru diaorang minat. Cara2 game pun di ajar semasa seminar.

2. Ajar anak jangan guna bahasa dialek negeri ... kalo korang asal Terengganu .. buang dengung yang kat belakang . Guna bahasa baku ..

3. Ajar anak menggunakan lenggok atau aksi . sebab kanak2 tidak membaca tapi menghafal .. buatkan dalam bentuk gambar .

4. Ajar anak menggunakan huruf kecil dulu.

5. Ajar writing mulakan dengan huruf C , sebab daripada huruf C boleh buat huruf2 yang lain seperti huruf d, g dan e.

Dan ada banyak lagi ilmu yang aku sempat download .. dan perlu segera di uploadkan kepada miqdad . Bengkel selesai dalam pukul satu .
speaker memang terbaik dan terserlah keikhlasan dalam menyampaikan ilmu untuk anak bangsa dan agama. Aku Tabik .

Wassalam.

Seminar Teknik Membaca Little Caliph

24/01/2014

Baju Blogger KBBA

Salam,

Akhirnya dapat jugak aku pakai baju yang tertera url sendiri...

Nak print banyak2 mana nak cekau duit..syarikat pencetakan mana ada nak print sehelai dua baju..paling komang 30 helai..

So aku tumpang je la tempah dengan kelab blogger ben ashaari..
Lagipun kelab nie aktif dan presiden kelab fulltime pulak tu..

Aku tempah warna hitam rm 30 hinggit termasuk kos penghantaran..
Design baju memang profesional..aku suka..

Aku ingat nak tempah lagi warna merah pulak..heee

Wassalam.


Puisi Lelaki Tua

Salam,

Tajuk : Lelaki Tua

Lelaki tua itu dulu dia gagah,
Menongkah arus dengan megah,
Bercakap jangan bercanggah,
Agar tidak mengundang padah,

Lelaki tua itu selalu di sejadah,
Tidak pernah jemu tangan menadah,
Taman syurga tempat beriadah,
Jiwa khusyuk menjadi indah,

Kini berjalan harap dipapah,
Beberapa langkah sudah lelah,
Bila bersuara tidak diendah,
Pilu hati dilanda resah,

Hatinya termenung bermujahadah,
Teman (nenek) yang setia tiada sudah,
Pergi selamanya ketika disebelah,
Menunggu giliran menghadap Allah.

Wassalam.

Lelaki tua yang dimaksudkan adalah datuk penulis sebelah mak .

Risi Yusoff
Bukit Ampang
23.1.2014

23/01/2014

Hari Sukan

Salam,

Hari rabu adalah hari sukan untuk miqdad di little caliph.

Jadi humaira kena pastikan miqdad memakai baju sukan pada pagi berkenaan.

Maknanya aku pun sama kena alert dengan hari-hari yang sentiasa berpusing...yang akhirnya membawa aku ke hujung tua..

Aku pernah sibuk sehingga lupa hari...dan hari jumaat akan mengingatkan aku sebab umat islam kena solat jumaat berjemaah di masjid..so aku xkan lupa..kalo aku lupa kawan2 akan ajak meraikan di masjid klcc.  Heeee

Ada hikmahnya Allah menjadikan hari jumaat sebab kena solat jumaat. Supaya manusia tidak lupa akan hari.

Hanya kera sahaja yang melupakan hari jumaat...keras sungguh ke penyataan nie...taruk je la..heee

Wassalam.

20/01/2014

Bila Ultraman Menyerang

Salam,

Setiap kali selepas tayangan cerita ultraman..

Tak kira la...ultraman max, mebius , kosmo atau zero...

Pasti lepastu kena lawan....

Zero , ultraman kesukaan dia..

Dan pastinye aku lah raksasanye...heeee..

Kalo aku xder dia ajak adik dia lawan...tak pasal2 tasnim menangis kena tumbukan 'fire' atau teknik cara langgar...ajaran daripada cerita dragon ball..

Selalunye dia akan kata " mintak maaf",

Lepastu dia buat lagi...eeemmm.

Sekarang ni humaira selalu sorok remote tv..sebab balik umah je akan duk mengadap tv je...sampai tengah malam kadang2 tu.

Itu la dia ultraman miqdad dalam karenah tumbesaran.

Wassalam.

19/01/2014

Puisi Tentang Beliung

Salam,

Pokok itu tegak meninggi,
Kekadang daunnya gugur sendiri,
Daun yang tua akan berganti,
Daun muda menjual diri,

Pokok itu pucuknya menjulang tinggi,
Memayungi dahan dek panahan mentari,
Buahnya manis bila dikecapi,
Akarnya kukuh terpasak dibumi,

Hari itu pokok bergoyang,
Angkara beliung yang melayang,
Hinggap dibatang tanpa diundang,
Pokok mula terhuyung hayang,

Kayu itu sebangsa pokok,
Menolong beliung untuk berkokok,
Kayu itu disuruh berbongkok,
Sebagai sandaran pokok diketuk,

Wahai kayu usahlah dibantu beliung,
Beliung tidak kenal dek untung,
Kelak kayu ibarat patung,
Hendak bersuara lidah terpotong.

Wassalam.

Risi Yusoff
Bukit Ampang
18.1.2014

18/01/2014

Sebelum Masuk Pagar Sekolah

Salam,

Pepagi lagi tugas utama aku hantar miqdad ke little caliph.

Merempit melalui bukit ampang..

Pemandangan waktu pagi ketika melalui bukit ampang memang cantik dan mendamaikan.

Waktu hujung minggu atau public holiday memang banyak kereta yang parking di kaki lima jalan..sesak la aku tengok..

Yang kereta "rosak" pun aku tengok banyak tersadai kat situ.

Sampai je di depan sekolah little caliph..miqdad akan baring atas sit motor...sambil tengok langit.

"Ayah nak makan awan", kata miqdad sambil baring atas sit.

Kadang2 buah manga ..terdapat sepohon pokok manga berhampiran tempat aku parking moto.

Aku pun layan je la..berlakon ambik segumpal awan atau manga..suap kat mulut dia..

Macam tu la rutin aku..hari2 anta dia ke sekolah sebelum dia melangkah masuk pagar sekolah.

Wassalam.

16/01/2014

Puisi Karpet

Salam,

Karpet itu berkurun dipijak ramai,
Tukang cuci silih berganti,
Namun dasarnye tetap sebati,
Sejuk dirasa terbuku dihati,

Karpet itu mahu ditukar ganti,
Sebab najis setompok tidak mahu dicuci,
Ingin dibuang semua sekali,
Ditukar dengan yang belum teruji,

Karpet baru itu dari jauh busuk sekali,
Belum letak rasa benci,
Dengar saja sakit dihati,
Sudah tersurat lagi terbukti,

Karpet yang lama usah dibuang,
Hanya buang mana yang kurang,
Jika dibuang menyesal bertandang,
Diherdik dimaki generasi mendatang.

Risi Yusoff
Bukit Ampang.

Wassalam.


Durian Kampung Special

Salam,

Petang semalam aku balik lambat dari ofis.

Humaira call bagitau mintak ambik miqdad di little caliph.

Terpaksa aku tolak sebab ada discusion ...so dalam 6.30 aku rempit jugak untuk ambik miqdad...sesampai je..teacher bagitau..abang miqdad dah pulang..

Aku bilang"okay".

Then aku continues journey balik umah...

Dalam hati aku...harap2 aku sempat potong kereta humaira..

Sampai diselekoh aeon big ampang.

Ops!...sesuatu menarik lirikan mata aku..yang sedang merempit...

Durian!!!!

Terdapat satu gerai durian ..

U-turn beb!!!

So aku angkat sebijik durian kampung special 1 kg RM 10 hinggit..aku belek2 yang aku rasa terbaik..campur sekali dengan petai satu ikat harga RM 5 hinggit.

Total lost RM 33 hinggit...harga durian RM 28 hinggit..agak mahal jugakla aku rasa..tapi berbaloi..taste memang terbaik...humaira pun suka..

Lagipun humaira xboleh makan durian musang king..sebab gas metana dia kuat sangat..boleh menyebabkan batuk dan sakit kerongkong kalo makan dalam kuantiti yang banyak.

Wassalam.


15/01/2014

Awek Baru : Nokia Asha 501

Salam,

Ada member aku beli samsung note 3 harga RM 2k..

Kemudian dia pergi oustation kat pulau di kepulauan borneo..

Seronok dia menyelam..sampai lupa samsung note 3 dalam poket dia..

Heeee...selamat la...

Balik semula kl dia hantar pergi repair low yat..kedai kata..casing je boleh pakai...nak repair 2k kena bayar...

Baik beli baru..kemudian dia beli sony xperia...

Kawan aku sorang lagi..

Parking keta dekat sebuah tasik kat kepong...tasik yang budak2 main layang2 tu...

Abis jogging ...tengok cermin keta kancil dia dah pecah..hp smartphone dia pun lesap sekali...nasib baik purse dia bawak sekali jogging...

Moral of the story xyah la korang beli hp yang mahal2..

Aku pakai nokia asha 501 je..beli dekat aeon big ampang..harga dalam RM 290.00 ..

Kamera terang jugak la...kebanyakkan gambar yang aku pos dalam blog ni menggunakan asha 501..sharp jugak kan..

Kelemahan dia...dia xder whatapps...kalo korang hantu whatapps jangan beli handset nie...aku dah tanya pak cik google..memang aplikasi whatapps xleh install.

Bagi aku ia sesuai untuk budak sekolah atau budak ipt pakai..

So far aku pakai...bateri tahan lama.

Kalo aku lupa atau terhilangkan...xder la aku menyesal sangat.
Heee...

Wassalam.

Maulidur Rasul 2014 : Scan Baby 4D

Salam,

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

So cuti la semalam.

Humaira dah plan lebih awal apa nak dibuat.

Kalo aku duduk umah je baca buku.

Sebelum tu humaira dah booking appointment untuk scan baby di klinik fauziah bertentangan kedai manjaku jalan  ampang ke bukit belacan secara online. Sebab kat sini memang selalu full itu yang kena booking secara atas talian.

Jadi semalam kiteorang sampai ke klinik dalam 11.39 tengahari..

Menunggu dalam satu jam jugak la untuk turn kami sebab ada 3 famili yang datang dulu...walaupun dah buat booking...

Dalam pukul 12 tgh baru turn humaira aku pun masuk sekali untuk scan 4d baby yang dah berusia 32 minggu..

Chinese lady yang handle mesin scan..peramah jugakla..pandai layan budak2..

Due date dijangka pada 20.2.2014 tapi kemungkinan awal...Allah saja yang tau..

Total lost RM 120.00 untuk scan dan RM 29 hinggit untuk tasnim yang demam...layanan DR memang terbaik.

Dibawah adalah gambar scan.

Wassalam.

13/01/2014

Saat Izrail Mencabut Nyawaku

Salam,

Buku terbaru keluaran utusan karya...yang mana koleksi cerita terbaik yang pernah dikeluarkan di majalah mastika.

Buku ini merupakan antara buku terbaru yang aku cuba hadam pada hari weekend yang lalu..

Aku beli dekat pasar pagi ulu langat batu 14..harga RM 15 hinggit..memang berbaloi-baloi...

Kalo bukan kerana kena ganggu dek anak2..aku rasa dalam satu hari aku dah khatam buku ni.

So nanti malam sambung lagi baca...

Dalam buku ni banyak iktibar dan pengajaran yang kita boleh perolehi untuk jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Semoga bermanfaat.

Wassalam.

10/01/2014

Remp-it

Salam,

Semalam masa pulang dari ofis , sebelum sampai umah aku singgah kedai runcit rustam...selepas ambik miqdad di little caliph..

Aku tunduk bawah...tetiba ternampak mintak hitam tumpah kat bawah enjin lagenda...huh!!! Masalah apa pulak nie..dalam hati aku berkata2..

Aku rasa mungkin kesan aku turun pembahagi jalan kat dataran merdeka masa aku hadir pelancaran tahun melawat malaysia 2014 tempohari..

Pagi ni lepas hantar miqdad ke little caliph...aku singgah kedai moto kejap...takut minyak enjin aku dah kering sebab leaking...

Kena rm 18 hinggit...dan problem dia pada gasket bocor..kena bukak enjin...paling kurang 2 jam aku kena tunggu..kata foreman profesional berkenaan.

Tak pe la...next time bukak enjin..sebab aku dah lewat masuk ofis..

Pagi tu..merah lagi punch card aku.huhuhu...

Wassalam.
Remp-it

Padah Cukur Janggut

Salam,

Sedang aku dengan humaira asyik melekat di tv melayan episod akhir pencetus ummah di astro oasis' duniaku, dakwahku'..

Tetiba miqdad muncul dengan darah mengalir di dada dan dagu..

Humaira dah kelam kabut..aku rileks je..aku angkat miqdad bawak masuk bilik air..

Humaira basuhkan kesan darah yang masih mengalir...sebab nak tau mana punca berdarah..tanya dekat miqdad ..apa dia buat..

Huhuhu...dia ambik pisau cukur  untuk cukur janggut dia...

Sabor je la aku....pisau cukur tu..aku memang dah letak tinggi dalam bilik air..dipanjatnye...itu yang terhiris sikit kat bawah bibir dia...

Humaira tanya...ada tunjuk kat anak ke...bila cukur janggut...

Aku iyekan jela..sebab miqdad nak tengok aku buat apa..

Waima aku nak membuang pun dia nak tengok.

Budak yang umur dalam 5 tahun memang umur dahagakan ilmu...

So jangan korang tunjukkan yang bukan2..depan diaorang.sebab nanti diaorang tiru..

Malam tu...pemenang untuk pencetus ummah musim pertama adalah PU Hafiz...walaupun aku rasa ramai penyokong PU Rahmat pasti kecewa pada malam itu

Wassalam.

09/01/2014

Tempah Baju Blogger

Salam,

Salah satu tip yang maha hebat untuk menjadi blogger yang paling famous di Malaysia adalah dengan mengeluarkan baju t-shirt anda sendiri .

Bila public pakai baju korang dengan sendirinya anda akan menjadi famous..

Tapi jangan pulak anda berikan secara percuma kerana rakyat Malaysia tidak sukakan benda percuma . jadikan ianya ekslusif dan terhad ..baru ianya dihargai.

So aku baru saja tempah baju blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari .. URL aku boleh letak nama blog aku ..

Murah je dalam RM 30 .. siap dengan kos penghantaran . korang boleh dapatkan disini http://www.benashaari.com/2014/01/t-shirt-kelab-blogger-ba-2014-edisi-1.html untuk tempahan .

Aku booking warna hitam .. banyak pilihan yang korang rasa berkenan dengan nafsu korang.

Wassalam.

06/01/2014

Sesi Persekolahan Bermula

Salam,

"Ayah, xnak pergi sekolah nak pergi umah mak pah je", bagitau miqdad semalam.

Sementara humaira siapkan Kelengkapan untuk sesi persekolahan miqdad di little caliph untuk tahun kedua..

"Dah sebulan bercuti , abang kena pergi sekolah la pulak" balas aku sambil mata aku duk tengok citer korea 'officer of the year' di TV9.

"Sekolah cuti lagi, sekolah tutup ayah", miqdad berumur 5 tahun masih mahu berhujah dengan aku lagi...

"Okay , esok kita pergi umah mak pah...kalo mak pah kata abang kena pergi sekolah...maknanya abang miqdad kena ikut ayah pergi sekolah"., aku cuba mematahkan hujah miqdad tanpa menyakitkan hati dia..

So pagi tu...aku mandikan dia dengan air suam..siapkan baju dan seluar..pakai minyak rambut dan bedak sikit...

Bukak pintu...terus dia lari pergi umah makpah...xnak pergi sekolah..

Kat umah mak pah...mak pah xbagi masuk...kena pergi sekolah..air mata dia dah merembes keluar...nampak sedih je..heeeee

Jadinye pagi tu...aku merempit hantar dia ke sekolah...

Kat sekolah little caliph ramai ibu bapa yang hantar anak masing2...

Ada jugak yang mengalirkan air mata....

Miqdad masih menangis atas moto...aku dukung bawak masuk...lepak sekejap sampai dia stabil dan kemudian teacher dia datang ambik dukung...aduhai...bertuah betul dapat dukung dengan teacher untuk bawak ke kelas...okay pulak tu.

Aku apa lagi..ambik kesempatan cergas ke tempat kerja...memang merah la punch card aku pada pagi yang tenang itu.

Wassalam.

04/01/2014

Tahun Melawat Malaysia 2014

Salam,

Malam ni grand launch kempen bagi Tahun Melawat Malaysia 2014..

Aku tengok ramai yang hadir... ianya dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia...

Aku kagum dengan gimik pelancaran..di mana skrin ditembak pada bangunan Sultan Abdul Samad atau short formnye BSAS.

Skrin memaparkan produk2 yang boleh diinternationalkan..kemudian diakhiri dengan letupan bunga api...

Maknanya kalo pelancong datang melawat produk2 berkenaan diaorang akan rasa kagum dan rasa  berbaloi datang ke Malaysia..

Dan tak kedekut untuk berbelanja...

So sempena  kempen ' Visit Malaysia Year 2014' aku harap mentaliti industri player dan juga rakyat sudah bersedia untuk menerima  pelancong seramai 28 juta target pada tahun ini.

Wassalam.

Bertudung Biar Dari Rebung

Salam,

Kenapa bertudung? Sebab setiap muslimah yang akil baligh perlu bertudung itu adalah hukum Islam...

Bila hukum ..so wajib buat...xbuat berdosa...bila berdosa masuk neraka...itu analogi mudah bagi yang yakin adanya hari after life...

Tengahari tadi waktu pusing2 lepas lunch di taman putra ampang..
Sempat humaira belikan tudung untuk tasnim yang berusia 3 tahun pada tahun nie...di kedai pakaian bintang...murah katanya dalam rm 8 hinggit

Tapi bagi aku...xperlu sangat nak paksa budak yang belum akil baligh bertudung...tapi boleh dedahkan dari awal.. supaya ianya menjadi satu kewajipan bagi dia...kata orang slow2 kayuh.

Yang kita perlu didik hatinya supaya membesar dengar menutup aurat.

Wassalam.

03/01/2014

Tahun Baru & Ulang Tahun Perkahwinan

Salam,

Selamat tahun baru 2014 dan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke5 buat humaira...

Aku akad nikah lima tahun yang lampau di kg bendang nering batu kurau perak..kat surau berdekatan dengan umah bapak mertua aku...lepas waktu asar...

Tarikhnye adalah pada 31.12.2008...maknanya hari keesokannya adalah public holiday untuk sambutan tahun baru..

So aku sambut package la...senang sebab kalo nak pergi bercuti untuk sambut ulang tahun perkahwinan dapatla cuti lebih sikit...

Korang pun boleh tiru macam aku...korang kahwin pada tarikh yang ada public holiday...di mana tarikh tu dah fix..

Dapatla bawak famili pi jalan2..aku?

Sambut kat umah je...cuma bawak anak2 pergi Aeon Big ...beli kek dan tiup lilin kat umah...sempoi..heeee.

Wassalam.

02/01/2014

Futurebarrel Penipu

Salam,

Penutup tahun 2013 yang menyedihkan adalah berkaitan penipuan yang dilakukan oleh futurebarrel.com .

Aku rasa ramai yang tertipu termasukla diri aku sendiri dan juga 30 ribu ahli lain yang melabur dalam futurebarel yang dikatakan membuat perniagaan minyak mentah.
rupa-rupaya ia adalah perniagaan skim ponzi sama dengan sistem swisscash yang pernah melanda negara beberapa tahun yang lalu.

Di mana ianya hanya pusingan duit saja dikalangan ahli dan tidak ada sebarang urusan perniagaan yang dijalankan.

Yang kesiannya adalah kepada pelabur-pelabur yang membuat pinjaman berpuluh-puluh ribu untuk melabur dalam skim ini . dan juga penduduk2 kampung sebelah Kelantan dan Terengganu yang ditipu buta-buta oleh stokis-stokis yang berperanan sebagai toyol kepada Mutalib yang menggunakan nama samaran sebagai Datuk Osman .

Stokis-stokis ini digunakan bagi meyakinkan orang ramai supaya melabur dalam futurebarrel.

Kepada pelabur-pelabur futurebarrel aku harap korang redha je la ..

Kemungkinan modal yang korang labur tu nak dapat semula memang tipis...

Cuma untuk sedapkan hati korang ... boleh la korang berharap .. bagi aku sebagai pelabur .. aku pasrah.

Satu lagi, bukan korang je yang kena tipu malah ramai lagi ... yang kena tipu berpuluh ribu bukan setakat RM 1200 atau RM 2400. . ( moga tenang sikit hati korang)

Allah ingin menguji kita dan yakin la setiap Kesusahan pasti ada Kesenangan .

Cuma bagi yang membuat pinjaman bank untuk melabur dalam futubarrel memang akan merana sekiranya pinjaman yang dibuat dalam jangka masa 10 tahun..

Contohnya jika korang buat pinjaman bank rakyat RM 25 ribu maka 10 tahun la korang kena bayar ansuran . Berdoala semoga si Mutalib tu terbuka hati nak kasi semula duit korang dan dia masih simpan lagi rekod bank korang sebab laman web futurebarrel sudah bersemadi dengan aman.

Baca surah yasin 3 kali dan mintak pada Allah semoga dikembalikan semula modal korang. Kalo korang nak harapkan stokis atau upline korang untuk bantu ..
aku rasa xyah la bazir masa .. diaorang pun dah lepas tangan.. agak-agak dah dapat balik modal diaorang, buat apa nak fikir pasal korang.. korang yang kena tanggung hutang.

Adat dunia beb!! pasal duit macam-macam boleh berlaku.

So sebagai pengajaran walaupun pahit aku kena cakap jugak dekat korang .. jadikan ianya sebagai iktibar supaya tidak lagi terlibat dalam skim cepat kaya yang sebegini.

Yang berpangkat Datuk lagi la korang jangan percaya .. kaya dengan menipu orang .

Nasihat ini termasuk pada diri aku sendiri.

Wassalam.

Tertinggal Beg Duit

Salam,

Korang pernah x tertinggal beg duit masa keluar pergi keje?

Ha! Itu yang terjadi dekat aku pada selasa yang lalu...

Pagi tu aku kelam kabut nak mandikan anak2 untuk hantar umah pengasuh dan bersiap nk pergi kerja...

Kalo aku gerak dari rumah lebih dari jam 8.00 pagi..confirm punch card aku merah...

Tepat jam 8.00 aku keluar rumah...ambik hp dan beg galas...

Dah 5 minit atas moto baru aku tersedar...beg duit xbwk...

Hish!!! Kalo ada roadblock sakit aku nie...takpe gamble je la...kalo aku patah balik...alamak merah la punch card aku...

Alhamdulillah...sempat sampai pada waktunya... mesti korang tertanya2 aku lunch macam mana...

Aku memang ada akaun debit dekat cafeteria...so payment untuk lunch diaorang autodeduct...heeee...

Balik keje terpaksa aku melencong jalan jauh sikit...nak elak jalan yang aku rasa selalu ada roadblock.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff