Salam,
14.2.2014
Satu tarikh yang diwartakan sebagai Hari Kekasih setiap tahun oleh seantero dunia... tarikh yang dinamakan oleh manusia barat untuk ulangtahun berkasih .... yang mana kita sebagi umat Islam tidak pernah memperakui tarikh berkenaan sebagai Hari Kekasih.
Dan kini ianya telah menjadi satu budaya yang tak mungkin hilang ... yang akan disambut oleh seluruh pelusuk dunia ..
Natijah kepada sambutan hari kekasih ini adalah kepada golongan muda-mudi Islam yang kemaruk bercinta ...
Terutama golongan remaja sekolah menengah, kolej-kolej swasta dan juga yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi ...
hohoohoo mencabar giler buat ibu bapa nak kawal anak2 yang meningkat dewasa.
Bagi golongan remaja pula .. kalo tiada boyfriend akan dikatakan tak laku atau ketinggalan zaman.. oleh kawan-kawan yang lain.. so terpaksa cari boyfriend .. mana tahan beb .. kalo teman sebilik asyik bercerita pasal teman lelaki.. makan , studi pun dengan teman lelaki .. pergi shopping pun dengan teman lelaki .. kalo tak keluar pun .. akan bermesej dengan teman lelaki ..
Itu la dunia orang yang dilamun cinta ... lambat laun cinta ini akan jadi perosak ... bila dah selalu berdua ... rasa malu dan segan sudah tidak ada ...
Mula-mula pegang tangan , kemudian raba-raba bahagian dada. dan akhir sekali bahagian antara kedua celah kaki ... huhuhu .. memang jijik dan meloyakan ...
Hubungan yang belum tahu sampai ke jinjang pelamin atau tidak .. yang perempuan akan merana .. yang lelaki akan kata "so what!" sebab dia tak 'luak'. Tak macam perempuan akan 'luak',
Lebih-lebih lagi, lelaki zaman sekarang mahukan perempuan yang masih dara sebagai isteri .. tidak mahu barang secondhand ...walaupun tak sedar diri tu secondhand.. lelaki mudah lepas tangan beb!!!
Kelemahan perempuan disini adalah kerana mudah termakan godaan dengan orang lelaki ..
Mula-mula memang tak bagi ... masih terbayang wajah mak dan ayah di kampung..
Bila hari-hari asyik keluar bersama.. dah tak nampak wajah tua ibu dan ayah..
Dengan alasan sayangkan teman lelaki dan takut teman lelaki cari lain , ikut je kemahuan orang lelaki.
Namun kebanyakan hubungan akan tersungkur dipertengahan jalan bila masuk habis pengajian dan memasuki zaman pekerjaan.. sebab di zaman pekerjaan anda akan ditakle oleh rakan sekerja.. peluang untuk berkahwin adalah cerah kerana sudah mempunyai kehidupan yang stabil sedikit.
Jadi nasihat saya kepada pasangan-pasangan diluar sana ... jangan disambut hari haram valentine.
biar je orang bukan Islam nak sambut .. jangan terpengaruh . Yang haram, Tetap Haram.
Wassalam.
|
Hari Kekasih Haram |