18/02/2014

PRK Kajang, BN Tiada Calon?

Salam,


SPR belum umumkan lagi sape calon untuk PRK Kajang 2014.

Calon yang telah diketahui akan bertanding adalah Datuk Seri Anwar ibrahim dan calon bebas Datuk Zaid Ibrahim.

BN ? belum lagi menamakan calon. Kenapa?

Kerana BN tiada calon?

Dun Kajang mempunyai 40% pengundi Melayu, 40% pengundi Cina dan 20% lain-lain bangsa.

Jika BN meletakan calon Melayu pada PRK Kajang.. Peratusan kemenangan adalah begitu tipis.. logik akal mengatakan calon Melayu tidak akan menang .. Kerana sudah terdapat 2 calon Melayu dan ianya akan memecahkan undi Melayu .

BN tidak lagi boleh mengharapkan kepada pengundi Cina berdasarkan kepada PRU 13 yang lepas.. PRU 13 juga menyaksikan calon daripada MCA kalah dengan majoriti 7k.

Jika BN meletakan juga calon Cina pastinya sejarah itu akan berulang .. kemungkinan terdapat pertambahan undi daripada pengundi Cina jika Presiden MCA sendiri yang bertanding.

Namun peluang untuk kalah tetap ada.. Natijahnya ... imej MCA akan terjejas teruk kerana yang kalah adalah presiden. .DAP akan tergelak besar.

Apa kata BN tidak letak calon!... hahahaha...Apa kata suratkhabar pro-pembangkang??

BN akan dikatakan dayus oleh pembangkang jika takut meletakan calon.

Sedangkan, sekiranya BN menang pun ... kerajaan negeri Selangor akan tetap diperintah oleh pembangkang.

Satu kemenangan yang tidak bermakna. .

Jadi , Cara yang TERBAIK adalah dengan meletakan calon Cina di PRK Kajang. Kerana pengundi Melayu akan menyokong calon BN. . Kawasan Kajang dan hulu langat agak kuat dengan PAS..mungkin ada yang sokong kot..heeeee

Yang sukarnya, adakah pengundi Cina akan menyokong calon Cina daripada BN?.

BN akan tetap meletakan calon... walaupun dah agak akan kalah ... ianya lebih baik daripada dikatakan sebagai ayam jantan yang tidak tahu berkokok.

Wassalam,
Pemikir Politik Agung


 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff