Salam,
Apakah format produk yang perlu dijual kepada pelanggan.
Rata-rata produk IM antarabangsa yang aku kaji dan membuat analysis adalah mereka mempakejkan beberapa format produk untuk pelanggan mereka.
Kunci yang paling penting di sini adalah 'kepuasan pelanggan' pastikan pelanggan rasa berbaloi dengan duit yang dibelanjakan untuk membeli produk anda.
Eben pagan contohnya..lebih suka membuat produk dalam bentuk video iaitu dalam format mp4...kemudian disertakan sekali dengan transkrip di dalam produknya Wake up productive.
Begitu juga halnya dengan Jimmy d brown mempakejkan produknya productive secret mp3 + transkrip dalam format pdf..yang terbaiknya suara yang digunakan bukan suara Jimmy d brown.
Mengeluarkan produk dalam bentuk video boleh dikatakan lebih cepat berbanding membuat sebuah ebuku yang bilangan mukasurat lebih daripada 200 page.
Terdapat juga IM seperti John Reese menjual produk dalam bentuk mp3 + PDF.
Namun terdapat juga yang menjual produk yang lebih canggih dalam bentuk web yang boleh diklik dalam bentuk flash seperti produk yang dihasilkan oleh frank Kern dan Trey Smith untuk produk millionaireinfo aka jutawan info.
Untuk produk seperti dokumen word juga turut boleh dipakejkan dengan ebuku format PDF seperti produk kontrakperjanjian.blogspot.com.
Terdapat juga IM yang mengunakan perisian camtastudio iaitu perisian screenhoot yang disavekan dalam format mp4 sebagai penerangan kepada pelanggan sesuatu tutorial.
Semuanya terpulang kepada jenis produk yang anda jual...pastikan produk anda dipakejkan lebih dari yang diminta pelanggan.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment