Salam,
Aku rasa dah tiga minggu aku dengar tentang serpihan-serpihan yang terapung di lautan Hindi yang menjadi lokasi terakhir MH370 berdasarkan 'ping' pesawat berkenaan.. diaorang pergi riki tengok-tengok sampah ..bukannya spare part kapal terbang.
Otak aku pun dah naik pening nak digest bermacam-macam info tentang MH370 ..
Ada yang kata penglibatan Israel dan Amerika Syarikat di mana MH370 di escort ke Pangkalan tentera Amerika di Diego Marcia yang terletak di lautan Hindi .
Sebabnya Taliban jual dron US kepada China dan dalam pesawat berkenaan terdapat pakar senjata daripada China.
Cerita ni dikuatkan lagi dengan mimpi seorang yang bergelar ustaz. ada mimpi 1 dan bersambung mimpi 2.
Spekulasi tentang penglibatan Amerika dalam hal ini adalah lebih besar peratusannya daripada kapal terbang terhempas aku agak begitu.
Serpihan-serpihan yang dikesan oleh satelit pelbagai negara belum boleh dikaitkan dengan MH370.
sampai sekarang cerita pasal serpihan entah kemana penghujungnya.
Ditokok tambah pula dengan rancangan sulit Illuminati Freemason melalui lagu yang dinyanyikan oleh Shakira feat Pit Bull.
Kos pencarian aku agak dah cecah ratusan juta dan yang termahal dalam sejarah pencarian pesawat yang hilang.
Huh!!! misteri betul MH370 dan ianya berjaya menyerabutkan kepala otak aku untuk berfikir .. aku agak korang pun sama.
Wassalam.
Hilangkan perut buncit dengan cepat !
14 hours ago
0 comments:
Post a Comment