Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

30/05/2014

Gembirakan Hati Suami

Salam,

Cuti sekolah tiba lagi ...minggu nie memang ramai yang buat kenduri kahwin..

Dah jadi tabiat masyarakat Malaysia ..kenduri kahwin akan dibuat pada musim cuti sekolah . Sebabnya senang anak beranak yang jauh akan balik kampung tanpa perlu risaukan persekolahan anak-anak.

Jadi adik-beradik yang jauh tu tak der alasan anak sekolah jika x hadir kenduri kahwin.

kawan-kawan sepejabat pun xder alasan kalo x datang kenduri kahwin .. heee

So aku pun dikalangan mereka yang terkena jemputan .. di kedah ada satu , di perak ada dua
.. huuu..

Kawan aku yang akan buat kenduri kahwin di Perak Taiping pada 1.6.2014 .. Mia memang nama sebenar bertanyakan dekat aku ..apa tips untuk jadi Isteri Solehah..

Aku jawab tip dia mudah je " Gembirakan Hati Suami " .

Gumbirakan Hati Suami

Suami ni bukan nak apa pun cuma gembirakan hati dia .. kalo dia mintak hubungan intim .. layan je la ..

Kalo pada masa tu anda keletihan baru pulang dari kerja atau letih melayan kerenah anak-anak .. mintak tunda dan bagi dateline ... lihat muka suami anda pasti dia tersenyum gumbira..

Pokok pangkalnya gembirakan hati suami ..bukan saja dalam konteks hubungan suami isteri malah boleh merangkumi lain-lain perkara..

Kalo suami minat ceriter aksi .. biarkan je .. walaupun ketika itu anda meronta-ronta untuk melihat channel masterchef selebriti . .. heeeeee

Dan buat kali terakhir aku ulang.. tolong gembirakan hati suami anda .

Wassalam.

29/05/2014

Rayuan Saman Trafik 2014

Salam,

huhuhu...akhirnya merasa jugak saman yang paling banyak dalam sejarah hidup aku .. bagi aku banyak dah nie ..tak tau la korang pulak macam mana..mungkin lagi banyak daripada aku ..heeeeee

Semua saman sebab letak kereta tepi jalan ... so waktu favourite tukang saman akan datang adalah pada waktu tengahari ..kul 10.50 hingga 11.30 tengahari .

Kereta ni bukan aku yang bawak .. orang rumah tengah bawak budak .. parking kat ofis terhad . jadinya nak parking jauh-jauh xlarat nak berjalan. Parking la tepi jalan dan ianya memang menjadi satu kesalahan. Kalo aku jadi tukang saman pun aku akan saman.

Disebabkan saman aku ni , aku rasa banyak dan x berbaloi dengan gaji yang aku dapat untuk dizakatkan sebagai saman. Aku riki bukit aman untuk tengok kot-kot boleh buat rayuan .. sebab masa-masa dulu aku pernah dapat diskaun saman. Dulu aku pernah riki tempat ni untuk rayuan saman.

Kes dia,  masa tu aku dapat saman sebab lesen dah expired . Kena tahan dekat lorong motor di highway KESAS. Kemudian aku bayar melalui rilek.com.my . Rupe-rupenye sistem rilek.com.my x update dengan sistem trafik . Maknanya saman aku masih ada lagi dalam sistem trafik. Itu dulula masa mula-mula rilek.com.my diperkenalkan. Sekarang dah ok kot. Tapi phobia masih tetap ada.

Jadi aku suka pergi bayar saman terus dikaunter . Orang kata kat pejabat pos boleh bayar ..tapi xder diskaunla ..walaupun beratur tak panjang. dan bila aku riki kaunter trafik di bukit aman .. memang dah xder diskaun sekarang nie. so elokla kalo korang bayar kat pejabat pos.. same je jumlah yang korang kena bayar . Walaupun anda berkejaran ke Balai trafik Jalan Bandar sekali pun.

Maaf cakap, orang kata kalo nak diskaun kena kenal orang dalam atau "orang" yang boleh berhubung dengan orang yang jaga sistem trafik sebab diaorang nie je yang boleh adjust sistem trafik .

Tapi golongan marhaen macam aku nie mana ada kenal sape-sape. So kenala bayar jumlah yang betul . Kalo x bayar macam mana nak renew roadtax.

Dan jika korang dapat saman tu . baik korang pergi terus bayar .. sebab saman tu akan beranak pinak .. dan ianya makin naik. Itu yang terjadi dekat aku . daripada 100 jadi 250 . Tak berbaloi beb.. kalo ada 4 saman mahu rm 1000 kena bayar. Aku kena 4 saman dan disebabkan tangguh-tangguh bayar kena RM 900..terduduk beb.

Moral dalam citer ni memang dah x boleh nak buat rayuan, kalo kena saman pergi bayar awal dan kalo nak diskaun kena ada contact dan ianya sesuatu yang agak mustahil bagi golongan marhaen.

Wassalam.




05/05/2014

Bowling dan Exam

Salam,

Hari nie...miqdad ada exam.

Sepatutnya hari weekend masa untuk ulang kaji pelajaran dengan erti kata lain..bantu miqdad buat homework.

Tapi weekend kiteorang pergi pusing putrajaya selepas aku beli bola bowling daripada Nazri Pro shopbowler di petronas berhadapan pasar borong taman equine..aku angkat bola bowling ebonite magnum 2nd berat 15 paun rm 130.  PROFESIONAL katakan..bola jenis straight..next time nak angkat bola jenis hammer main hook..berat 12 atau 13 paun..heeee tunggu ada fulus.

Kebanyakan profesional bowler main bola dengan berat 15 paun..seperti mike fagan..

Tapi untuk kita orang asia berat bola bowling dengan saiz 12 atau 13 paun adalah amat sesuai..melainkan anda seorang jaguh angkat berat.

Dekat putrajaya kiteorang lepak2 di masjid besi sampailah solat maghrib berjemaah kat sana.

Hari ahad pula kiteorang pergi main bowling dekat ampang point. Miqdad dan tasnim pun turut serta...humaira hanya memerhati sambil jaga insyirah..

Lane banyak yang kosong..maknanya hari ahad xramai yang main berbanding hari sabtu..score xderla tinggi sangat..sekadar nak uji bola yang baru aku beli.

Satu game rm 7 ringgit..aku dengan miqdad main 4 game..sekarang ada offer main 3 game dapat free 1 game..so total lost campur sewa kasut rm 2 ringgit semuanya rm 23 hinggit.

So malam tu kena pulang awal dalam kul 8.30 gerak dari ampang point..selepas solat maghrib di surau ampang point.

Miqdad perlu buat homework untuk exam pada hari nie.

Macam mana la..dia jawab exam pagi nie..harap2 dia xlupa apa diajar oleh humaira semalam.

The moral of the story..kalo anak anda ada exam keesokan hari..jangan pergi bawak main bowling..heeeee

Wassalam.

02/05/2014

PBAKL 2014 dan Democrazy

Salam,

SELAMAT HARI PEKERJA!

Aku pepagi dah keluar rumah...selepas belikan nasi lemak buat Humaira..

Ada misi perlu dilunaskan dan ianya adalah sempena cuti hari pekerja..iaitu mengecat bilik ofis...

Dah selesai nanti aku plan nak proceed pergi Pesta buku di Pwtc..dan ianya adalah kali ketiga aku pergi riki kesana...

Tak beli buku, windows shopping pun jadila..

Tapi semalam ianya begitu berbeza sebab terdapat sesi bedah buku di pentas utama oleh prof kamil dan isterinya puan roza..

Pukul 11.am aku keluar dari ofis walaupun kerja2 mengecat belum habis lagi..ada secalit cat merah kat tangan aku..kalo bersalam dengan prof kamil ni memang tercalit sekali kat tangan dia..hati nakal aku berbisik sambil merempit dicelahan kenderaan berhadapan masjid negara..

Ops! Apa kejadah pulak jem ni.xkan hari cuti pun boleh jem..

Aduyai..ada demo depan masjid negara..polis rileks je kawal trafik..memang terbaik la PDRM walaupun kena kutuk masih mengjalankan tugas.

Diaorang demo sebab bantah GST...Diaorang tau ke GST tu apa? Aku tengok yang buat demo bukannya yang pakai kot atau bawak beg bimbit atau yang pakai kereta mahal...tapi yang datang dengan bas dan anak2 kecik.

Sepatutnya yang buat demo adalah di kalangan tauke2 bisnes yang kaya raya sebab GST banyak memberi kesan kepada mereka berbanding golongan sederhana yang suka makan kfc atau mcd serta orang miskin yang pergi kerja menaiki bas.

Usah pedulikan mereka...aku teruskan perjalanan ke PWTC .

Aku pusing2 kot-kot terserempak dengan Prof Kamil..

Dalam pada tu kedengaran pengumuman yang program bedah buku oleh prof kamil akan dibuat dalam jam 12.00 tgh.

Aku cuba usha tempat duduk kalo ada kosong...hek eleh..penuh..letih nak berdiri nie..xper aku naik escalator pergi duduk bertengek dekat palang so dari angel nie...boleh nampak jelas prof kamil kat bawah.

Kalo dia dongak kat atas mungkin dia nampak aku sedang melambai tangan..dalam pukul 12.50 dia abis bagi tazkirah..bersemangat giler.

Kemudian ada sesi tandatangan buku..malangnye buku "bersamamu di firdaus" aku tak bawak...memang tak bercadang nak ambik tandatangan prof pun.

Then balik ofis sambung aktiviti mengecat, x pergi windows shopping sebab terlalu sesak dengan pencinta2 buku..sape kata bangsa Melayu malas membaca. Mengarut..xpercaya ce riki pesta buku waktu public holiday macam aku buat.heeee

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff