02/05/2014

PBAKL 2014 dan Democrazy

Salam,

SELAMAT HARI PEKERJA!

Aku pepagi dah keluar rumah...selepas belikan nasi lemak buat Humaira..

Ada misi perlu dilunaskan dan ianya adalah sempena cuti hari pekerja..iaitu mengecat bilik ofis...

Dah selesai nanti aku plan nak proceed pergi Pesta buku di Pwtc..dan ianya adalah kali ketiga aku pergi riki kesana...

Tak beli buku, windows shopping pun jadila..

Tapi semalam ianya begitu berbeza sebab terdapat sesi bedah buku di pentas utama oleh prof kamil dan isterinya puan roza..

Pukul 11.am aku keluar dari ofis walaupun kerja2 mengecat belum habis lagi..ada secalit cat merah kat tangan aku..kalo bersalam dengan prof kamil ni memang tercalit sekali kat tangan dia..hati nakal aku berbisik sambil merempit dicelahan kenderaan berhadapan masjid negara..

Ops! Apa kejadah pulak jem ni.xkan hari cuti pun boleh jem..

Aduyai..ada demo depan masjid negara..polis rileks je kawal trafik..memang terbaik la PDRM walaupun kena kutuk masih mengjalankan tugas.

Diaorang demo sebab bantah GST...Diaorang tau ke GST tu apa? Aku tengok yang buat demo bukannya yang pakai kot atau bawak beg bimbit atau yang pakai kereta mahal...tapi yang datang dengan bas dan anak2 kecik.

Sepatutnya yang buat demo adalah di kalangan tauke2 bisnes yang kaya raya sebab GST banyak memberi kesan kepada mereka berbanding golongan sederhana yang suka makan kfc atau mcd serta orang miskin yang pergi kerja menaiki bas.

Usah pedulikan mereka...aku teruskan perjalanan ke PWTC .

Aku pusing2 kot-kot terserempak dengan Prof Kamil..

Dalam pada tu kedengaran pengumuman yang program bedah buku oleh prof kamil akan dibuat dalam jam 12.00 tgh.

Aku cuba usha tempat duduk kalo ada kosong...hek eleh..penuh..letih nak berdiri nie..xper aku naik escalator pergi duduk bertengek dekat palang so dari angel nie...boleh nampak jelas prof kamil kat bawah.

Kalo dia dongak kat atas mungkin dia nampak aku sedang melambai tangan..dalam pukul 12.50 dia abis bagi tazkirah..bersemangat giler.

Kemudian ada sesi tandatangan buku..malangnye buku "bersamamu di firdaus" aku tak bawak...memang tak bercadang nak ambik tandatangan prof pun.

Then balik ofis sambung aktiviti mengecat, x pergi windows shopping sebab terlalu sesak dengan pencinta2 buku..sape kata bangsa Melayu malas membaca. Mengarut..xpercaya ce riki pesta buku waktu public holiday macam aku buat.heeee

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff