Ramadhan tiba lagi ...
Tahun demi tahun dirasakan jarak antara dua Ramadhan begitu hampir .. masa yang berlalu daripada waktu sahur dan berbuka juga terasa sangat hampir.
waktu kerja daripada pukul 8.30 hingga 5.30 petang pun dirasakan begitu cepat berlalu .
tahun demi tahun yang dilalui juga begitu cepat berlalu ..sedar tak sedar umur dah menginjak 30an .
Begitulah masa yang tidak pernah berhenti bergerak dan sentiasa beredar . .
Benarlah ..
"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)- Al-Qur'anul Karim; Surah Al-'Asr (103) ayat 1-3)
Ceramah-ceramah di surau dan masjid giat diadakan ... penceramah-penceramah daripada luar akan dijemput. Ia juga menjadi medan pelajar tahfiz untuk mempraktikan apa yang dipelajari di Maahad Tahfiz kepada umum.
Surau-surau yang tiada imam tetap akan mengupah para tahfiz untuk mengimami solat terawih .. dengan harapan suara merdu pelajar tahfiz akan menarik ramai jemaah untuk solat tarawih terutamanya golongan muda.
Ketibaan Ramadhan ini juga jangan kita jadikan alasan untuk bersikap boros dengan membeli pelbagai makanan dan kuih muih di bazar Ramadhan . Cukup lah sekadar perlu.
Selamat Menyambut Ramadhan 2014.
Wassalam,
0 comments:
Post a Comment