kadang-kadang kita lupa...
Bila lupa , seseorang perlu mengingatkan kita.. dulu kita tidak lupa ... kemudian masa berlalu dan kita jadi alpa. .
Pagi tadi aku sempat dengar ceramah motivasi daripada DMFK ..tajuk apa, aku pun dah lupa..sebab aku tengok dah kat tengah-tengah rancangan.
Ada satu part menyentuh mengenai Niat Ke Tempat Kerja.
Kadang-kadang aku pun lupa .. bila lupa apa yang kita buat ditempat kerja semua jadi sia-sia . Sebab setiap ganjaran pahala itu berdasarkan niat.
Jadi semasa pergi kerja pasangkan niat yang baik-baik .. antara niat yang mendatangkan pahala adalah untuk berkongsi Ilmu, menuntut Ilmu dan paling penting niat datang kerja kerana Allah dan orang yang paling berguna kat dunia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.
Insya Allah setiap yang kita lakukan akan menjadi ibadah daripada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Lately ada yang datang kerja sibuk dengan Facebook dan ada jugak yang melihat streaming video.
Jika di sekat sosial media dikatakan tidak mengikut trend semasa " sedangkan PM pun main blog, facebook dan twitter" . pulak dah ..
Ianya tidak salah dilakukan .. tetapi carilah waktu yang sesuai ..contohnya pada waktu rehat .sekarang bulan ramadhan confirm tak pergi lunch ( Tadarus lebih afdal )... .kadang-kadang otak pun perlukan terapi jugak ..kalo asyik bekerja ..otak pun lesu dan penat . heeeee
Wassalam.
Niat Datang Kerja |
0 comments:
Post a Comment