Trend sekarang dah ramai yang jadi blogger .. yang jadi blogger selepas hujan pun ramai juga
.
Blog-blog yang ditulis dalam bahasa melayu sudah banyak bergelimpangan di alam maya.
Tapi bila hujan berhenti ... cendawan tak tumbuh tapi lumut yang tumbuh.
Terdapat pelbagai jenis niche blog yang kita boleh blogwalking.. tapi just baca je la .. takut data yang kita baca tidak tepat . melainkan penulisan yang tidak memerlukan fakta seperti blog berkenaan dengan kehidupan seharian blogger boleh di baca tanpa rasa was-was dengan kesahihan cerita.
Untuk menulis blog perluke dijadikan sepenuh masa .. bagi aku , aku lebih suka buat secara part time .. kerja hakiki dan berblog pada masa yang sama.
Tulis satu entri dalam satu hari pun dah memadai ... jika anda mempunyai banyak idea yang hendak ditulis anda boleh menggunakan schedule sekiranya blogspot di mana entri akan dipublish secara automatik mengikut ketetapan masa yang disetkan. maknanya anda tidak perlu berada 24 jam di hadapan pc atau tablet untuk post entri baru .
Kalo ada jugak yang hendak menjadi blogger secara fulltime . aku sarankan yang anda mempunyai back up income daripada sumber lain ..contohnya isteri anda bekerja tetap supaya boleh cover duit yang kurang bila tiba hujung bulan atau anda mempunyai wang simpanan RM 200,000.00 di dalam ASB anda cuma perlu makan dividen je .. kalo 10% setahun maknanya RM 20 ribu setahun .. anda boleh belanja dalam RM 1,666.70 sebulan .. heeee
Kerjaya sebagai blogger tidak mempunyai gaji tetap dan pendapatan bulanan adalah tidak menentu ...
Sekiranya ada job untuk review produk atau bayaran iklan baru duit masyuk . Kalo tidak usah mimpi nak jadi fulltime blogger.
Aku kenal dengan beberapa orang blogger sepenuh masa... dengan effort yang ditunjukkan oleh mereka aku rasa memang layak diaorang berhenti kerja dan memilih menjadi fulltime blogger sebagai kerjaya.
Wassalam
Otak Blogger : credit embracedistruction.com |
0 comments:
Post a Comment