Salam,
Kenapa ramai yang x suka tabligh. ..tabligh bukan satu bentuk ajaran ... tapi tabligh adalah pendakwah yang mengikut sunnah nabi .
Tabligh bukan mengajak orang ramai supaya mengikuti kumpulan TABLIGH tapi tabligh mengajak orang ramai supaya dekat dengan tuhan.
Kadang-kadang kita tidak suka dengan tabligh sebab menganggu kita yang sedang enak berseronok dengan anak-anak dan isteri. Tiba-tiba ada yang datang ketuk pintu rumah dan berceramah tentang agama dan meminta kita datang ke masjid untuk mendengar tazkirah agama.
Ada yang tidak ke masjid kerana takut di ajak oleh golongan tabligh supaya keluar 3 hari , 40 hari atau 4 bulan.
Maafkan tabligh kerana mereka mengajak anda ke arah kebaikan... datanglah ke masjid .. kerana ianya rumah Allah.. jangan kita tidak mahu menjadi tetamu Allah disebabkan tabligh, politik masjid atau kerana kita tidak suka dengan AJK masjid.
Kita adalah bangsa yang susah untuk menolak ajakan .. jika kita tidak lapang dengan ajakan tabligh untuk keluar 3 hari atau 40 hari .. katakan saja kita tidak senang atau tidak berminat.
Terutamanya ahli jawatankuasa masjid atau surau yang sangat anti dengan tabligh dengan memanggil mereka sebagai "terbalik" usah dikatakan begitu ... mereka hanya mengjalankan dakwah .. katakan saja anda tidak berminat .. seperti mana kita menolak ajakan jurujual untuk menjual barang.
Terdapat juga golongan Ustaz yang mengatakan Tabligh itu ajaran sesat kerana berpandukan kepada kitab Fadhilat Amal karangan Maulana Zakaria tidak tepat apabila diterjemahkan daripada bahasa urdu kepada bahasa Melayu dan meminta semakan dibuat semula kerana memungkinkan terdapat kesalahan-kesalahan.
Ada juga golongan ahli politik yang tidak suka dengan tabligh kerana golongan tabligh tidak menyokong parti mereka . Ini kerana polisi tabligh adalah tidak menyokong mana-mana parti kerana ingin bebas menyampaikan dakwah . Namun ada yang berfikiran mereka lebih islamik dan memperlekehkan usaha tabligh.
Ketahuilah anda bahawa mengerjakan usaha tabligh ini tidak mengharapkan sesen pun duit anda apatah lagi mendapat gaji bulanan . Apa yang diharapkan oleh mereka adalah ganjaran pahala dan redha Allah semata-mata.
Tabligh pun manusia biasa juga kadang-kadang ada tabligh yang senior memandang rendah kepada tabligh junior . Usah dilakukan sedemikian jika ingin berdakwah kerna hanya mereka yang paling bertakwa kepada Allah adalah sebaik-baik insan bukannya yang bersikap sombong dan meninggi diri. Ketahuilah orang yang terdapat sedikit sifat sombong dalam dirinya tidak akan berbau syurga.
Kepada yang tidak suka dengan tabligh jangan diperlekeh usaha mereka kerana dengan usaha mereka Islam cepat berkembang di Amerika dan Eropah . Terdapat juga ahli tabligh yang meninggal di Selatan Filipina.
Sanggupkah anda berjauhan dengan anak-anak dan isteri untuk melakukan kerja-kerja dakwah dimana debu-debu yang melekat pada mereka diharamkan daripada api neraka. Sanggupkah anda berjauhan dengan semata-mata untuk berdakwah di IPB ( India, Pakistan, Bangladesh )
Jika ada yang mengatakan tidak suka tabligh kerana akan menyebabkan anak-anak dan isteri dirumah terabai . Ya, kadang-kadang terdapat ahli tabligh yang jumud dengan meninggalkan keluarga tanpa perlindungan dan nafkah. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.
Pastikan anak-anak dan isteri diberikan perlindungan yang sewajarnya sebelum anda keluar berdakwah. Usah disebabkan anda tabligh dicemuh dengan pelbagai tuduhan.
Tabligh mengajak kita supaya mengikut sunnah-sunnah nabi supaya kita boleh beramal dengannya walaupun kita berada dirumah tidak keluar melakukan dakwah.
Ya , aku seorang tabligh aka pendakwah heeee...sempat la jugak keluar 3 hari di Masjid Au3 keramat . serta di masjid yang bersebelahan dengan kampung aku ... Itu pun masa belajar. Untuk keluar 40 hari atau 4 bulan ..insya Allah.
Wassalam.
Hilangkan perut buncit dengan cepat !
14 hours ago
0 comments:
Post a Comment