Salam,
Bisnes Infopreneur tidak terhad kepada pemasaran melalui internet saja. Ramai juga dikalangan infopreneur tempatan yang menjadi penulis buku fizikal.
Contohnya seperti yanik silver..beliau menulis buku internet moonlighting..
Ewen Chia setelah lama menulis eBook..telah menghasilkan buku bertajuk How I Made My First Million On Internet..buku ni aku beli di kinokuniya KLCC.Kat amazon.com pun ada jual.
Joe vitale dengan bukunya cash machine co author dengan seorang makcik aku lupa nama dia.
Infopreneur tempatan juga mengikut langkah yang sama ..memandangkan buku-buku ilmiah berkenaan bisnes di internet tidak banyak.
Maka infopreneur tempatan mengambil peluang yang terhidang ini.
Buku berkenaan bisnes internet yang mula mula dikeluarkan oleh irfan khairi iaitu Rahsia Jutawan Internet.
Kemudian tim saifulsham dengan buku Buat Duit Dengan Internet.
Diikuti oleh Gobala Krishana dengan buku Jutawan Era Baru.
Buku pemasaran internet oleh prof fuad latif dengan bukunya 15 tip internet marketing.
Shuth yang juga pentadbir laman web wangcyber serta owner Sempoihosting.com juga tidak mahu ketinggalan dengan bukunya Rahsia Blogger.
Saudara ammar zahar daripada grup jootawan juga keluarkan buku yang bertajuk Empayar Perniagaan Internet.
Zulfadli aka smartzul dengan bukunya S.O.H.O iaitu sebuah buku memulakan perniagaan dari rumah.
Raja Adsense iaitu saudara Shamsuriyadi dengan buku buat duit dengan eBook dan AdSense kalo aku x silap.
Saudara Jamal bahari bekas engineer terbit dengan bukunya Legenda Jutawan Facebook dan ianya adalah yang terbaru.
Akhir sekali...Azizi Ali pakar kewangan nombor satu Malaysia juga mengeluarkan buku bertajuk Duit Pantas. Fokus kepada produk digital.
Terdapat juga buku-buku lain yang aku xsebutkan sini.
Namun kebanyakan buku-buku yang aku sebut memang ada dalam simpanan aku.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment