28/02/2015

Episod 1 : Jimmy D Brown

Salam..

Jimmy d brown bukan seorang yang muda lagi ketika menceburi bidang infopreneur pada tahun 1997.

Tanpa panduan dan ilmu dalam masa 5 bulan jimmy gagal percubaan pertama dan seterusnya beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia bisnes online. Seperti mana dengan mereka lain..apabila tidak mendapat hasil serta mereka berputus asa.

Kemudian pada tahun 1999 ..Jimmy mencuba lagi sekali. Kali ini beliau mula membuat kajian dan belajar bahan-bahan daripada infopreneur yang lain seperti Terry Dean, Allen's Say, Kena Envoy dan Jim Daniels.

Diantara mereka..beliau merasakan produk Terry Dean adalah yang terbaik dan mula membuat kajian ke atas produk berkenaan.

Beliau bermula dengan projek profitsvault.com yang didaftarkan pada awal tahun 2000 dan dilancarkan pada bulan ogos 2000. Projek ini menfokuskan kepada kepada pemula yang ingin memulakan bisnes online seperti beliau. Laman web berkenaan laman web yang dibangunkan lebih kepada laman web pemasaran bersifat peribadi.

Pada bulan pertama beliau mendapat 50 hits dan ianya cukup untuk menampung kos hosting laman web berkenaan.

Pada bulan Disember laman web berkenaan mendapat 150 000 dan membolehkan beliau menjana pendapatan RM 21k sebulan.

Sasaran beliau adalah menjana pendapatan 6 angka pada 2001. Berdasarkan kepada kejayaan projek "vault" beliau meneruskan dengan projek seterusnya dengan beberapa domain.. Antara projek ebusiness center di www.123marketing.com. Bertujuan menjadikannya sebagai on stop center untuk pemula yang ingin mencari bahan-bahan perniagaan internet seperti cara membuat product, membina laman web dan menulis iklan yang membunuh.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff