20/02/2015

Ubat Kuat Online

Salam

Tahun 2013 aku pernah jual ubat kuat lelaki secara atas talian setahun jugakla .Pelanggan adalah seorang dua..tanpa sebarang promosi mengancam. Hanya menggunakan enjin carian Google.

Berbisnes menggunakan laman web mini sebagai surat jualan..aku rasa tidak sedap hati. Sebab produk yang aku jual berupa makjun untuk lelaki tahan lama bila berasmaradana tidak terdapat kelulusan kementerian kesihatan.

Kemudian aku emelkan jenama produk yang aku jual kepada bahagian farmasi untuk ketahui samada produk yang aku jual mendapat kelulusan atau tidak.

Balasan emel adalah mengecewakan kerana produk tersebut tidak pernah di hantar sample bagi kelulusan.

Aku jual makjun tersebut dengan harga RM 60 hinggit sebotol dalam satu botol ada dalam 10 biji.

Produk berkenaan aku cuba sendiri dan ianya memang berkesan. Kesan sampingan kita akan terasa panas pada bahagian telingan. Kalo jantung berdegup kencang tandanya ada steroid. So far jantung OK je.

Kandungan dalam makjun hanya dinyatakan dibuat daripada ramuan akar herba orang kampung. Terdapat kemusykilan disitu.

Kemudian aku tidak berani menanggung risiko dan terpaksa hentikan jualan. Laman web mini aku biarkan expired tanpa memperbaharui domain dan hosting di sempoihosting.com.

Nama produk aku x boleh nyatakan disini kerana berkemungkinan ianya masih dijual online oleh individu lain.

Bekalan produk aku dapatkan secara borong murah sikit daripada pengedar yang aku dapatkan di internet.

Post ini aku terbitkan apabila baru-baru ini pihak berkuasa menangkap dan menahan pengedar ubat kuat dinegeri Terengganu yang tidak mendapat kelulusan KKM. Jumlah papasan dalam RM 100k jugakla.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff