Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

27/03/2015

EmailMeForm.com : Borang Pesanan

Salam,

Pembaca yang budiman..

Sempena penghulu segala hari yang penuh keberkatan ni ..aku nak share tentang emailmeform.com..
emailmeform.com fungsi dia sama saja dengan google doc.

Aku pernah guna google doc untuk terima pesanan pelanggan di laman web KontrakPerjanjian.blogspot.com untuk page pembelian.

Namun data yang dimasukan tidak dihantar kedalam email aku .. jadi aku terpaksa buka akaun google doc untuk lihat data yang dimasukkan oleh pelanggan.

Berlainan pula dengan emailmeform data akan dihantar ke dalam email gmail aku .. yang mana aku boleh buka melalui smartphone.

So aku boleh lihat pesanan yang masuk di mana-mana saja aku berada selagi smartphone aku ada talian internet dan kuota data masih belum 100% digunakan.

Dengan emailmeform.com aku boleh buat survey secara online atau cipta borang pesanan. Ia bukan hanya boleh dipakai di laman web jualan yang dijadikan sebagai surat jualan malah boleh digunakan di Facebook untuk dijadikan sebagai borang pesanan kepada pelanggan.

Di emailmeform.com juga terdapat fungsi autoresponder yang mana data-data boleh disimpan dalam bentuk excell bagi anda yang berniat untuk mengumpul list pelanggan.

Jadi buat apa guna autoresponder yang berbayar jika ada yang percuma.. jimat RM 60 ringgit sebulan.

Setakat ni , aku rasa emailmeform.com adalah yang terbaik. bagi membuat borang pesanan kepada pelanggan yang menggunakan laman web minisite.

Untuk maklumat lanjut boleh ke emailmeform.com.

Mungkin penerangan yang aku berikan tidak cukup komprehensif berbanding informasi yang terdapat pada laman web berkenaan.

Cuma aku nak bagitau korang  untuk setiap minisite yang aku create memang aku menggunakan emailmeform.com berbanding google doc.

Wassalam


26/03/2015

Bisnes Gunting Rambut : Stail Pacak

Salam.

Petang tadi balik dari keje aku sempat temankan bisnes partner aku miqdad potong rambut. Di kedai gunting rambut sebelah puteri park taman putra, cheras.

Miqdad dari semalam lagi nak rambutnya digunting style pacak.

Aku pun tumpang sekaki potong rambut pacak macam dia...biasala kalo dah berumur di tambah dengan rambut yang dah beruban..mana nak pacak..kena letak gel baru tak jatuh.

Masa balik balik kampung aritu pun adik aku bagitau rambut aku dah banyak beruban...aku jawabla" biasala dah berumur ", hehe...

Beberapa tahun lepas aku ada baca buku bertajuk Buat Duit Dengan Bisnes Gunting Rambut.

Bisnes ni rata-rata di sekitar cheras di monopoli oleh warga asing aku agak begitu.

Tempat yang aku pergi petang tadi pun bukan bumiputera walaupun muka macam bumiputera..dari Acheh barangkali.loghat bahasa memang sepatah haram aku tak faham kalo diorang berbicara dalam bahasa Ibunda diaorang. Bahasa Melayu bukan main fasih.

Sebabnya jarang aku boleh jumpa kedai gunting rambut Melayu. Kecuali aku pernah jumpa satu di Pandan Jaya.

Bisnes gunting rambut boleh dikatakan memerlukan modal yang agak rendah. Apa yang diperlukan adalah sebuah ruang kedai yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya dua kerusi. Kerusi special untuk mengunting rambut ye..

Peralatan memotong rambut dan juga pekerja yang berkemahiran tinggi yang boleh merekabentuk stail rambut mengikut kehendak pelanggan.

Wassalam

Mamak Rojak Titiwangsa

Salam..

Korang pernah pergi makan rojak dekat tasik titiwangsa...

Tempat ni saudara zuhairi pelakon drama rindu awak 200% dan drama hati perempuan yang pertama kali bawak aku makan kat sini...

Bila dah pindah ofis baru bulan January yang lalu...tempat ni dah dekat sangat.

Jadi kalo waktu lunch..sekiranya aku x makan nasi aku akan pekena rojak kat sini.

Dulu masa gst belum kuatkuasa harga rojak mee RM 4.00 sekarang RM 4.50. Rojak biasa dulu RM 3.50 ..sekarang aku rasa diaorang dah taruk RM 4.00.

Tanda harga pun diaorang dah xletak..sejak kerajaan perkenalkan gst.

Aku rasa x patut diaorang naikan harga..

Sewa kedai xde pun..sebab diaorang pakai van.

Nak untung punyer pasal...

Wassalam

24/03/2015

Pembentangan Sistem

Salam,

Aku kini berada di Hotel M Suite dekat Danga Bay, Johor Bharu..

Gerak dari KL dalam pukul 2.30 pm dan sampai di lobi hotel dalam pukul 7.30 pm..eemmm..masuk bilik hotel ..baru aku tahu tentang pemergian Encik Lee Kuan Yew yang aku sempat tonton di saluran MediaCorp sebelum diner di Myra Bistro.

Aku dalam tugasan memberikan penerangan satu sistem untuk Hospital Sultanah Aminah. Sistem ni bukan aku yang bangunkan ..aku cuma bagi taklimat je pasal sistem ni.

Nama sistem aku terpaksa rahsiakan untuk perlindungan harta intelek.

Untuk perbentangkan sistem ni nanti beberapa teknik atau strategi yang diperlukan semasa sesi berlangsung dan ianya terpakai untuk anda.

Antara strategi yang digunakan adalah:

1. Tahu siapa audience anda. Ahli akademik atau dengan lebih tepat lagi jika anda tahu diaorang ni generasi mana. Sama ada generasi Y, X or lady boomer. Supaya anda boleh kawal tempo perbentangan..nak serius atau diselitkan sedikit lawak.

2. Tahu berkenaan topik, produk atau sistem yang disampaikan...tahu tu bukan setakat umum saja tetapi luar dan dalam.

3. Semasa sesi perbentangan ...nervous tu perkara biasa ...selang lima minit anda akan boleh menari zumba atas pentas. Dale Carnegie pun berasa nervous untuk lima minit pertama.

4. Gunakan bahasa mudah yang boleh difahami..xpayah gunakan bahasa akademik sangat...gunakan kaedah KISS.keep it simple stup**.

5. Cuba teka beberapa soalan lazim yang mungkin ditanya oleh peserta kepada anda. Contohnya" kalo sistem down macam mana?". Pastikan anda mempunyai jawapan kepada setiap soalan.. Paling kurang pun anda akan jawab " saya tidak pasti, nanti saya semak semula"..

Itu yang aku sedang buat untuk taklimat sistem ini nanti.." Practice make perfect". Insya Allah.

Wassalam

22/03/2015

Mengkaji Buku Mitch Albon

Salam.

Ini adalah entri aku yang kedua selepas entri pertama yang aku buat hanging semasa proses publishing..

Itu la masalah kalo pakai kuota internet 1G sebulan. Bila dah hujung bulan nak post artikel di blog punyer la payah..hehehe...biasala nak mengurangkan kos overhead.

Buku " Selasa Bersama Morrie " adalah terjemahan buku asal dengan tajuk " Tuesday With Morrie" karya Mitch Albon.. Ianya diterjemahkan oleh pihak PTS.

Kita patut bersyukur kerana dapat hadam buku ni dalam bahasa Ibunda kita. At least keseluruhan kandungan dalam buku dapat kita fahami dengan baik.

Buku ini berkisahkan tentang penulis Mitch Albon yang datang melawat professor tuanya yang sakit tenat iaitu Morrie pada setiap hari selasa.

Semasa sesi lawatan mereka akan berbicara tentang pelbagai topik.
.terutamanya perihal kehidupan sebelum profesor yang penulis sayangi menghembuskan nafas yang terakhir.

Sesi lawatan ini merupakan "tesis terakhir" mereka berdua ...yang mana dibukukan dan hasil jualan buku Selasa Bersama Morrie digunakan untuk  menampung kos perubatan professor Morrie.

Susunan ayat dan penceritaan ditulis dengan begitu baik..dan amat sesuai dijadikan sebagai rujukan.

Maka tidak hairanlah buku ini menjadi international bestseller...dan dipilih oleh pihak PTS untuk diterjemah ke dalam bahasa Ibunda...supaya dapat dibaca dan diambil sebagai rujukan oleh anak bangsa. Terutama kepada penulis-penulis blog.

Selain itu, semasa pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC tahun lepas. Aku sempat membeli buku karya Mitch Albon iaitu.." One More Day" juga diterjemahkan ke dalam bahasa Ibunda oleh pihak PTS.

Bagi aku...buku One More Day..kurang menyengat..berbanding Tuesday With Morrie.

Wassalam.

20/03/2015

John Reese : Mana Menghilang?

Salam,

Pada tahun 2004 dunia IM digemparkan oleh John Reese kerana berjaya menghasilkan pendapatan USD 1,080,496.00 dalam masa tidak sampai 24 jam dengan menjual produk infomasi Traffic Secrets. tanpa mengeluarkan satu sen pun untuk pengiklanan produk berkenaan .

 Rekod tersebut cuba dipecahkan oleh Frank Kern.... namun aku belum jumpa lagi artikel yang mengatakan ianya berjaya dipecahkan oleh Frank Kern. Produk Traffic secrets 2.0 di jual dengan harga USD 999.00.

Selepas mengeluarkan beberapa produk seperti :

1. Reese Report (disc.)
2. eBay Secrets (disc.)
3. Traffic Secrets (2004)
4. Traffic Secrets 2.0 - updated to reflect major changes in internet marketing including social media, blogging, web 2.0 and more.
5. Outsource Force - step-by-step online training course for outsourcing business tasks.
6. Income.com - provide an online business education for people starting out.
7. Opportunity.com - in-depth training on affiliate marketing as well as providing research tools which help cut time on finding new products/offers to promote and stay focused on creating profitable revenue streams.
8. Reese most recently affiliated with Ty Cohen to promote Ty's info product Kindle Cash Flow (2011).

 Sumber : http://www.wikiwarrior.com

 Kelibat John Reese tidak lagi kelihatan di alam maya. Ada yang mengatakan John Reese terlibat dalam bisnes Mobile App.

Terdapat juga yang mengatakan John Reese berkelana diserata dunia dengan hanya membawa backpacker. Tidak kurang juga yang mengatakan John Reese telah bersara dan hanya mengunakan faedah daripada pelaburan yang dijalankan.

 Apa yang sedang dilakukan oleh oleh John Reese telah dijawab di dalam laman web WarriorForum.com . Beliau kini sedang aktif di dalam projek "Bukan buat duit" dan beberapa projek konsultan. Laman web Income.com juga telah dijual oleh John Reese dengan harga yang mengembirakan hatinya.

 Laman web trafficsecrets.com juga sudah tidak aktif.

 Wassalam.

19/03/2015

GST VS GSI

Salam.

Malam sebelum majlis perkahwinan .... Ahli keluarga aku duduk santai sambil berbincang banyak perkara..terutama berkenaan majlis perkahwinan adik perempuan bongsu aku.

Tiba-tiba masuk bab berkenaan GST..otak aku dah jadi kompius..kata gst mengantikan cukai yang lama..iaitu cukai jualan dan perkhidmatan disatukan jadila gst.

Masalahnya kalo ganti yang lama kenapa harga barangan boleh naik...aduyai...

Perolehan untuk kerajaan pun perlu dikira untuk harga gst.

Kak Na...kakak sulung aku pun mencelah..bila gst dikuatkuasakan yang banyak mengeluh adalah orang Melayu..kerana mereka ni pengguna tegar...dan jarang orang melayu yang jadi pengeluar.

Jadi untuk menanggani krisis ni...kita perlukan GSI

GSI tu...generate side income..ianya perlu untuk tingkatkan ekonomi diri..baru tak terbeban dengan kenaikan harga barang yang sentiasa naik saban tahun.

Tinggal beberapa hari lagi gst akan dilaksanakan..aku pun sedang menunggu apakah impact gst kepada ekonomi dan masyarakat sekeliling aku..

Apa-apa pun..sebagai rakyat Malaysia..aku ucapkan" Welcome GST".

Wassalam.


Bisnes Musim Cuti Sekolah

Salam.

Bisnes bermusim adalah bisnes mengikut tempoh waktu yang tertentu dan ianya akan pudar mengikut trend masyarakat.

Contohnya..bisnes sewaan pelamin adalah antara bisnes yang rancak pada musim cuti.

Minggu lepas aku balik ke kampung di setiu terengganu..sempena adik perempuan aku kahwin..kos untuk sewaan pelamin adalah rm 500.00.

Harganya masih sama ketika aku kahwin pada tahun 2008.

Perniagaan bermusim yang lainnya adalah ketika bulan puasa..banyak bazar-bazar kuih muih akan dibuka.

Begitu juga gerai-gerai menjual pakaian untuk sambutan hari raya.

Terdapat juga bisnes yang mengikut trend program TV yang popular..contohnya..demam bola maka akan banyak jersi-jersi harimau Malaya akan dijual.

Wassalam

13/03/2015

Saudagar Haram Alam Maya

Salam...

Memang kreatif tu pandangan aku berkenaan artikel dalam harian metro hari ni.

Masih bersekolah menengah tapi sudah begitu kreatif memcari pendapatan secara online.

Walaupun produk yang diniagakan adalah haram dan salah disisi undang-undang.

Produk yang dimaksudkan adalah haiwan eksotik..seperti ular, landak beruang pun diaorang jual.

Medium pemasaran yang digunakan adalah melalui Facebook.

Pelanggan masukan duit dalam akaun bank..kemudian mereka akan hantar melalui pos..untuk haiwan yang bersaiz kecik...dasyat bukan...haiwan pun boleh hantar melalui pos.

Satu perkembangan perniagaan secara atas talian yang kreatif aku rasa begitu.

Cuma yang silapnya adalah produk yang dijual.

Wassalam.

12/03/2015

Philosopher Infopreneur

Salam..

Kenapa mencipta info atau menulis..apa falsafah seorang infopreneur...apakah petua untuk mencipta info yang terbaik..
Huhuhu...

Antaranya seperti berikut:

1. Jelas dengan tujuan dan tetapkan tujuan untuk mencapainya.

2. Apabila mahu menjadi infopreneur..mula beli gadget dan jangan berlengah dan mula menulis.

3. Apabila membaca buku-buku atau eBook orang lain .ianya memberi semangat kepada kita untuk membuat perkara yang sama.

4. Membaca dan menulis info bergerak serentak.

5. Jangan berhenti memperbaiki, menambah dan mengembangkan info. Ianya membantu kita mencipta info yang lebih baik.

6. Berhati-hati dengan individu yang memberi pelbagai jenis teori,kaedah dan teknik ..sehingga kita takut untuk mencipta produk info. Tulis sahaja dan pada masa yang sama belajar sedikit demi sesikit.

7. Jangan ditunggu sehingga sesuatu produk itu sempurna..menulislah dan kesempurnaan akan datang secara berperingkat.

8. Sentiasa bermotivasi tinggi..dan jangan berputus harap kepada tuhan.

Wassalam

11/03/2015

Pengurusan Masa Untuk Infopreneur ll

Salam.

Terdapat beberapa waktu yang boleh digunakan oleh infopreneur untuk menulis atau menghasilkan info iaitu.

1. Menulis mengikut fisiologi penulis.
Iaitu bergantung kepada natural penulis. Sama ada selesa menulis pada waktu siang atau malam.

2. Menulis mengikut jumlah halaman.
Menggunakan KPI halaman sebagai ukuran untuk menulis . Contohnya, dalam satu hari perlu menulis tiga halaman secara konsisten sehingga buku siap dihasilkan. Saudari Ain Maisara menggunakan teknik ini. Cuma berbeza jumlah halaman.

3. Menulis pada hujung minggu.
Ada penulis yang hanya menulis pada hari sabtu dan ahad sahaja. Hari-hari lain difokuskan untuk kerja  di pejabat.

4. Menulis selepas bangun tidur.
Ada yang menulis di waktu pagi. Macam kita dulu-dulu masa nak ambil SPM. Selepas bangun..otak masih fresh.

5. Menulis selepas solat Subuh.
Masa selepas solat Subuh digunakan untuk menulis. Jika berkeluarga..anak-anak masih lagi lena.

6. Menulis ketika anak-anak buat homework.
Menggunakan kesempatan dengan mengulangkaji bersama anak-anak. Mereka buat ulangkaji..penulis boleh menulis sambil memeriksa homework anak-anak.

7. Menulis selepas waktu pejabat.
Jika penulis menggunakan kenderaan kereta ke pejabat di tengah bandar pasti jammed..balik awal atau lewat sama je sampai dirumah. Maka sementara menunggu jalan lancar boleh mula menulis dan ianya tidak menganggu kerja pejabat yang lain.

8. Menulis dengan Mobile Phone.
Boleh menulis bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Pastikan bateri sentiasa ada...beli powerbank untuk backup bateri..boleh menulis di blog kemudian jadikan sebagai blook. Kaedah ni yang saya paling gemar dan amalkan. Pakai smartphone yang 6 inci lagi selesa untuk menulis..masa dengan anak-anak pun ada.Thorbaek.

Wassalam.

Pengurusan Masa Untuk Infopreneur

Salam.

Ayat standard dalam mana-mana seminar atau kursus pengurusan mass pasti penceramah mengatakan.." Semua orang mempunyai masa yang 24 jam..waima Bill Gate sekalipun hanya diperuntukan masa 24 jam"

Jadi apa yang membezakan dengan kita yang merupakan hanya biasa-biasa saja.

Ha!!! Itu yang membezakan kita..iaitu perkara biasa-biasa saja.

Irfan khairi dalam temuramahnya berkata beliau hanya memperuntukan masa yang sedikit saja untuk tidur. Selalunya beliau akan menamatkan kerja hingga lewat pagi..

Bagaimana pula dengan Jimmy d brown ..Jimmy d brown adalah infopreneur sepenuh masa tetapi hanya membuat kerja-kerja infopreneur dalam masa 3 jam sahaja sehari menarik bukan?

Jadual kerja harian Jimmy d brown dalam bukunya Six-Figure Formula..mukasurat 16.

1. 12:00 - 12:45 : Offer Development

2. 12:45 - 1:30 : List Marketing

3. 1:30 - 2:15 : Traffic Generation

4. 2.15 - 3:00 : Small Task/Support

Total TIme: 3 hours , 0 minutes.

Wassalam


10/03/2015

Ayah Faham Tak?

Salam.

8.3.2015 .hari ahad..waktu tengahari yang panas berangin..

Aku sedang menjemur kain di halaman rumah..Tasnim 6 tahun bergayut beso ampaian .sambil bercerita ...berkenaan dompet ribena yang boleh masukan duit tu..berulang kali.

"Ayah faham tak", ulangnya lebih daripada 5 kali..

Dia memang sangat-sangat inginkan dompet tu...

" ye ayah faham" balas aku..

Tapi pagi ni 10.3.2015 aku lupa untuk belikan dia purse tu...

11.3.2015...Waktu tengahari..humaira update.

Purse Tasnim..dia dah beli di Ampang Point..huhuhu..

Wassalam

08/03/2015

Hidangan Infoproducts

Salam..

Jimmy d brown dan Jim Edward telah membangunkan satu produk yang dinamakan Infoproducts Mastery. Ianya merupakan produk hidangan minda.

Pembangunan infoproduk boleh dibahagikan kepada 2 kategori sama ada dibangunkan sendiri atau mengupah penulis lain dan jenamakan dengan nama anda.

Yang paling penting dalam memasarkan produk info adalah "hasil" yang pembeli boleh dapati daripada produk berkenaan. Hasil atau impak yang dijana adalah produk  sebenar yang anda jual.

Sekiranya produk berbentuk motivasi..bagaimana produk berkenaan dapat membuatkan kehidupan pembeli kearah yang lebih baik..dan sentiasa bermotivasi.

Jika produk berdasarkan "tool" pula ... Bagaimana produk tersebut dapat menolong pembeli supaya dapat berkembang dalam perniagaan...

Contohnya ..seperti system Kedai online dengan blogspot yang sedang dibangunkan.

Akhir kata , bisnes bukannya berkisar tentang membuat duit..ianya tentang orang (people).

Wassalam










07/03/2015

Ben Ashaari Dalam Berita Harian

Salam..

Sila dapatkan berita harian arini...bahagian aspirasi.

Humaira tanya bagaimana Ben Ashaari dah sampai begitu terkenal..

Aku bagitau sebab dia istiqamah dalam berblog...dia tau kenapa dia berblog dan jalan yang dia pilih.

Satu lagi aku rasa dia ikhlas dan x busuk hati...post yang dia tulis pun jujur xde ampu mengapu ..

Aku masih ingat lagi masa satu kursus dengan Ben Ashaari di port Dickson..macam mana dia layan x layan je dengan TKSU sebuah kementerian ..sebab dia xpuas hati dengan wellfare dia.

Satu lagi Ben Ashaari tak kedekut ilmu dengan newbie baru yang ingin jadi blogger..dan aku rasa Kelab Blogger Ben Ashaari adalah yang paling ramai ahli blogger di Malaysia.

Untuk "job" pun dia x makan sorang -sorang...masih boleh share lagi dengan ahli kelab yang lain..

Kejujuran lebih bermakna daripada kekayaan...katanya lagi.

Wassalam

06/03/2015

Bisnes Pertama Kalo Dah Tak Makan Gaji

Salam..

Dalam hidup ni kita selalu dimomokkan kalo nak kaya kena berniaga barulah kaya!! (baca dengan nada datuk Vida) hehehe...

Sedangkan yang bercakap pun belum tentu praktikkan apa yang dia cakap.Hanya berbisnes dengan air liur dan merujuk kepada buku -buku motivasi yang dibaca.

Ye memang betul ..kalo nak kaya memang kena berniaga.

Jadi ramai yang mengambil keputusan untuk berniaga..dan ada yang berhenti makan gaji dengan menceburi bidang perniagaan.

Pokoknya apa bidang yang sesuai untuk berniaga...ianya bergantung kepada kekuatan mental dan kemahiran yang kita ada dan juga pasaran yang kita ceburi.

Langkah pertama yang perlu di lakukan sebagai peniaga adalah jangan mulakan perniagaan dengan berhutang melainkan anda sudah mempunyai projek yang terhidang di depan mata...gunakan sumber yang tersedia  terlebih dahulu manakala keuntungan digunakan bagi mengembangkan lagi perniagaan.

Contohnya perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar adalah berniaga di pasar-pasar malam ..atau menjual air dan makanan dengan membuka gerai ditepi jalan.

Makanan seperti mee rebus, goreng pisang adalah makanan yang "hot" untuk dijual.

Kemudian dari situ bolehlah dikembangkan dengan membeli van atau menyewa Kedai sekiranya perniagaan stabil.

Wassalam

04/03/2015

Jet Kun Do

Jet kun do..yang diasaskan oleh mendiang Bruce Lee..satu gerakan ilmu persilatan yang pergerakannya tidak tetap.

Kunci utama adalah kepantasan. Yang aku nak citer tak berkaitan dengan jet kun do pun..hehehe

Ianya tentang miqdad yang memasuki kelas tae kwon do..di sekolah dia.

Kelebihan budak 6 tahun yang mengikuti kelas ini seperti yang tertera dalam templet adalah.

1. Mematangkan Minda

2. Mempertahankan diri

3 Disiplin dan kecergasan pelajar.

Point utama yang aku setuju dengan kelas tae kwon do disertai oleh miqdad bukan perkara diatas.

Tetapi aku xsanggup nak tengok dia duduk tepi..sementara kawan-kawan yang lain berlatih tae kwon do..

Burn rm 30 sebulan..

Wassalam

01/03/2015

Produk Digital Terlaris

Salam...

Mana-mana seminar internet atau coaching sifu internet..kalau korang tanya soalan " Infoproduk apa perlu korang bangunkan?

Kebanyakkan pasti akan memberikan jawapan..apakah yang anda mahir dan apa perkejaan yang anda sedang lakukan. Ini kerana untuk menyiapkan sesuatu info product yang kita mahir lagi senang jika hendak dibandingkan dengan perkara yang kita tidak mahir.

Jika anda sukakan kucing..dan mahir dalam aspek penjagaan kucing. Jangan tulis buku tentang penjagaan kucing..tulisla bagaimana buat duit dengan memelihara kucing..ianya lagi laku berbanding buku Rahsia Penjagaan Kucing.

Pasaran di Malaysia tidaklah sebesar pasaran di Amerika kalo kita nak bandingkan. Buku digital "Bagaimana Mengajar Kakak Tua bercakap" seperti yang di lakukan oleh Frank Kern masih boleh laris. Kalo di Malaysia ianya belum tentu laris.

Buku digital dalam bahasa Melayu yang paling laris di Malaysia.. Adalah buku berkaitan buat duit dan juga buku panduan untuk kerjaya.

Seperti yang di lakukan oleh tim infokerjaya dan juga Jamal bahari..berkenaan temuduga dan peperiksaan kerajaan.

Pasaran berkenaan lebih besar dan menguntungkan berbanding niche yang lain-lain.

Buku digital berkenaan pemasaran internet juga begitu digilai ramai pada tahun-tahun lepas...

Sebelum terdapat lambakan buku-buku fizikal berkenaan pemasaran internet dikedai-kedai buku dan kebanjiran buku-buku berbahasa Inggeris daripada negara luar.

Wassalam

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff