Salam..
Dalam hidup ni kita selalu dimomokkan kalo nak kaya kena berniaga barulah kaya!! (baca dengan nada datuk Vida) hehehe...
Sedangkan yang bercakap pun belum tentu praktikkan apa yang dia cakap.Hanya berbisnes dengan air liur dan merujuk kepada buku -buku motivasi yang dibaca.
Ye memang betul ..kalo nak kaya memang kena berniaga.
Jadi ramai yang mengambil keputusan untuk berniaga..dan ada yang berhenti makan gaji dengan menceburi bidang perniagaan.
Pokoknya apa bidang yang sesuai untuk berniaga...ianya bergantung kepada kekuatan mental dan kemahiran yang kita ada dan juga pasaran yang kita ceburi.
Langkah pertama yang perlu di lakukan sebagai peniaga adalah jangan mulakan perniagaan dengan berhutang melainkan anda sudah mempunyai projek yang terhidang di depan mata...gunakan sumber yang tersedia terlebih dahulu manakala keuntungan digunakan bagi mengembangkan lagi perniagaan.
Contohnya perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar adalah berniaga di pasar-pasar malam ..atau menjual air dan makanan dengan membuka gerai ditepi jalan.
Makanan seperti mee rebus, goreng pisang adalah makanan yang "hot" untuk dijual.
Kemudian dari situ bolehlah dikembangkan dengan membeli van atau menyewa Kedai sekiranya perniagaan stabil.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment