27/03/2015

EmailMeForm.com : Borang Pesanan

Salam,

Pembaca yang budiman..

Sempena penghulu segala hari yang penuh keberkatan ni ..aku nak share tentang emailmeform.com..
emailmeform.com fungsi dia sama saja dengan google doc.

Aku pernah guna google doc untuk terima pesanan pelanggan di laman web KontrakPerjanjian.blogspot.com untuk page pembelian.

Namun data yang dimasukan tidak dihantar kedalam email aku .. jadi aku terpaksa buka akaun google doc untuk lihat data yang dimasukkan oleh pelanggan.

Berlainan pula dengan emailmeform data akan dihantar ke dalam email gmail aku .. yang mana aku boleh buka melalui smartphone.

So aku boleh lihat pesanan yang masuk di mana-mana saja aku berada selagi smartphone aku ada talian internet dan kuota data masih belum 100% digunakan.

Dengan emailmeform.com aku boleh buat survey secara online atau cipta borang pesanan. Ia bukan hanya boleh dipakai di laman web jualan yang dijadikan sebagai surat jualan malah boleh digunakan di Facebook untuk dijadikan sebagai borang pesanan kepada pelanggan.

Di emailmeform.com juga terdapat fungsi autoresponder yang mana data-data boleh disimpan dalam bentuk excell bagi anda yang berniat untuk mengumpul list pelanggan.

Jadi buat apa guna autoresponder yang berbayar jika ada yang percuma.. jimat RM 60 ringgit sebulan.

Setakat ni , aku rasa emailmeform.com adalah yang terbaik. bagi membuat borang pesanan kepada pelanggan yang menggunakan laman web minisite.

Untuk maklumat lanjut boleh ke emailmeform.com.

Mungkin penerangan yang aku berikan tidak cukup komprehensif berbanding informasi yang terdapat pada laman web berkenaan.

Cuma aku nak bagitau korang  untuk setiap minisite yang aku create memang aku menggunakan emailmeform.com berbanding google doc.

Wassalam


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff