Salam.
Terdapat beberapa waktu yang boleh digunakan oleh infopreneur untuk menulis atau menghasilkan info iaitu.
1. Menulis mengikut fisiologi penulis.
Iaitu bergantung kepada natural penulis. Sama ada selesa menulis pada waktu siang atau malam.
2. Menulis mengikut jumlah halaman.
Menggunakan KPI halaman sebagai ukuran untuk menulis . Contohnya, dalam satu hari perlu menulis tiga halaman secara konsisten sehingga buku siap dihasilkan. Saudari Ain Maisara menggunakan teknik ini. Cuma berbeza jumlah halaman.
3. Menulis pada hujung minggu.
Ada penulis yang hanya menulis pada hari sabtu dan ahad sahaja. Hari-hari lain difokuskan untuk kerja di pejabat.
4. Menulis selepas bangun tidur.
Ada yang menulis di waktu pagi. Macam kita dulu-dulu masa nak ambil SPM. Selepas bangun..otak masih fresh.
5. Menulis selepas solat Subuh.
Masa selepas solat Subuh digunakan untuk menulis. Jika berkeluarga..anak-anak masih lagi lena.
6. Menulis ketika anak-anak buat homework.
Menggunakan kesempatan dengan mengulangkaji bersama anak-anak. Mereka buat ulangkaji..penulis boleh menulis sambil memeriksa homework anak-anak.
7. Menulis selepas waktu pejabat.
Jika penulis menggunakan kenderaan kereta ke pejabat di tengah bandar pasti jammed..balik awal atau lewat sama je sampai dirumah. Maka sementara menunggu jalan lancar boleh mula menulis dan ianya tidak menganggu kerja pejabat yang lain.
8. Menulis dengan Mobile Phone.
Boleh menulis bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Pastikan bateri sentiasa ada...beli powerbank untuk backup bateri..boleh menulis di blog kemudian jadikan sebagai blook. Kaedah ni yang saya paling gemar dan amalkan. Pakai smartphone yang 6 inci lagi selesa untuk menulis..masa dengan anak-anak pun ada.Thorbaek.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment