28/05/2015

Myeg atau pejabat pos

Salam.

Cara kerajaan zaman dulu dan sekarang xde beza..cuma dari segi pengurusan dan sistem yang berbeza.

Misalnya jika dulu kerajaan menambah pendapatan melalui cukai ..sekarang pun masih sama diamalkan.

Melalui cukai banyak perkara yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan antaranya membina sekolah-sekolah dan hospital serta menambah baik jalan raya.

Rakyat tidak pernah mempersoalkan cara kerajaan berbelanja dengan berpendapat apa yang dilakukan oleh kerajaan dengan cukai yang dikutip ianya adalah yang terbaik.

Salah satu cukai yang dikutip adalah cukai jalan...setahun sekali kita perlu bayar cukai kerana menggunakan jalan raya yang dibina oleh kerajaan.

Dengan adanya portal atas talian ..membayar cukai jalan menjadi lebih mudah..boleh dibayar secara online tanpa perlu ke kaunter pejabat pos.

28.5.2015 cukai jalan aku tamat..aku lebih suka bayar di pejabat pos kerana ianya pakej ...boleh perbaharui insurance sekali gus.

Kalo dulu aku gemar riki pejabat pos di Maju Junction sebab dekat dengan JPJ. Kalo ada saman boleh terus pergi bayar.

Yang xsedapnya ...beratur lama giler..so apa aku buat adalah..aku check dulu di portal JPJ ada saman x.

Kemudian aku riki pejabat pos Jalan Raja Alang..bertentangan dengan bangunan zikay....huhuhu..terbaik..orang x ramai. 10 minit dah settle. Yang x hepinya ..total lost hampir RM 400..bayar insurans dan roadtax.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff