15/06/2015

Jangan Melabur Kalo Tak Pandai

Salam.

Beberapa hari yang lepas ..ketika aku sedang makan di sebuah gerai berdekatan Taman Dato Razali..aku terdengar perbualan dua orang warga emas berbicara ..tentang kawan mereka kehilangan wang EPF kerana terlibat dalam pelaburan.

Pelaburan yang terbaik adalah ASB dan Tabung Haji...

Kalo inginkan keuntungan jangka panjang boleh melabur dalam Unit Trust.
Seperti CIMB wealth advisor.

Tetapi sebelum tu ..pastikan tabungan ASB telah mencapai siling iaitu RM 200,000.00.

Dengan kadar tetap 6% setiap tahun..hidup dah boleh goyang kaki dekat kampung.

Pendapat aku..pelaburan saham bukan tempatnya kalo ilmu tidak penuh didada ..kalo tidak sanggup mengalami kerugian.

Jika anda lepak depan BSKL..cuba tanya mereka-mereka yang lalu lalang di situ. siapa pelabur yang tidak pernah rugi?..rata-rata akan mengatakan mereka pernah rugi..aku agak begitu..

Dan sekiranya anda digoda oleh individu yang bergelar 'Datuk' untuk membuat pelaburan jangan lupa pui!!! Sambil berlalu pergi..tanpa menoleh ke belakang.
Ramai yang kena kencing dengan golongan ini.

Kebanyakan golongan beginilah yang banyak menipu golongan marhaen untuk mengeluarkan Wang simpanan, membuat pinjaman peibadi dan Wang pencen bagi memenuhkan poket diaorang.

Buatlah pelaburan apabila anda mempunyai ilmu...semuanya bergantung kepada ilmu.

Wassalam.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff