Salam..
Ada kisah dongeng yang aku dengar berkenaan peniaga bazar ramadhan yang hanya berniaga pada bulan Ramadhan saja..
Kemudian goyang kaki hingga ke Ramadhan yang seterusnya...memang mantap giler..
Aku agak ianya hanya mitos semata-mata.
Cuba kita kira kalo sehari keuntungan adalah RM 3,000.00 . Maka dalam 30 hari keuntungan adalah RM 90,000.00.
Boleh tahan..itu aku kira untung bersih selepas ditolak material dan salary pekerja serta sewa tapak.
Untuk hidup selama setahun tanpa sekarang kerja iaitu 12 bulan.
Maka RM 90,000.00 bahagi dengan 12 bulan. Sama dengan RM 7,500.00 sebulan.
Maknanya dia boleh belanja dalam sebulan adalah RM 7,500.00 untuk hidup sehinggalah bulan Ramadhan seterusnya tiba.
Mungkin ada yang tertanya-tanya niaga apa RM 3,000.00 satu har
Ye..mungkin tidak mustahil ada peniaga yang boleh mencapai jualan dengan jumlah tersebut..disebabkan itu mereka berani menyewa tapak dengan harga yang mahal untuk tapak yang mempunyai jumlah pelanggan yang ramai.
Wassalam.
memang masyuk berniaga time ramadhan ni. Tapi jarang kita tahu jerih perih mereka ni.
ReplyDeleteRamadhan Kareem!