Salam....
Seingat aku .. jarang aku pergi seminar pelaburan atau kekayaan.. yang aku pernah pergi adalah seminar MLM .. itu pun dah 10 tahun dulu. Sekarang aku dah tak terjebak.
Berlambak-lambak buku yang aku baca mengenai formula kekayaan dan pelaburan... semua dah aku hadam.. semua dah ada dalam kepala aku .. aku rasa begitu .. sebab kepala aku berat semacam je bila baca topik ni...hehehe
Cerita-cerita orang yang telah berjaya sememangnya kegemaran aku .. untuk dijadikan motivasi dalam mengejar kekayaan.
dan ... sehingga sekarang adakah aku telah kaya dengan membaca buku-buku berkenaan.
Tidak .. aku tidak kaya tapi cukup makan dengan apa yang ada..
Dalam ... banyak-banyak buku yang aku baca ... hanya satu formula yang menjadi tunjang kepada kekayaan. .. iaitu MENYIMPAN..
Belajarlah dulu cara untuk menyimpan wang tak kira 10% daripada gaji sebulan atau 30%... bergantung kepada kemampuan.
Kemudian tabungkan di ASB atau Tabung Haji...
Aku? ... aku tidak pernah cukup wang ... hujung bulan je kering ...
Sebab tu aku tak pergi seminar pelaburan atau kekayaan...hehehehe
Wassalam.
Hilangkan perut buncit dengan cepat !
14 hours ago
Betul..bermula dengan menyimpan. Lepas tu tingkatkan portion yang disimpan tahun demi tahun. Jangan sama je sejak mula bekerja.
ReplyDeleteLepas tu set aside untuk beli emas 1g sebulan as wealth protector (pelindung kekayaan). Itu je formula utk kaya