Salam..
Dalam buku jutawan dari planet Jupiter..Azizi Ali..menamakan individu yang asyik mengkritik usaha orang lain sebagai pemusnah impian.
Tetapi Azizan Osman lagi dasyat..hehehe..baca di bawah..
Apabila kita mempunyai impian, mereka akan berkata, “Engkau tidak payah berangan untuk mengecapi impian itu.”
Apabila kita mahu melakukan sesuatu, mereka akan berkata, “Engkau tidak akan boleh melakukannya.”
Apabila kita berazam untuk menjadi kaya, mereka akan berkata, “Engkau ditakdirkan untuk hidup sebagai orang miskin, bukan orang kaya.”
Dalam kehidupan seharian kita, golongan biawak ini ada di mana-mana sahaja. Ia boleh jadi rakan, saudara mara, malah termasuklah adik beradik dan ibu bapa kita.
Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Biawak
Berkomunikasi bersama golongan-golongan biawak adalah satu tindakan yang berisiko. Ia adalah tindakan yang membawa kita ke kancah kegagalan hidup.
Sedangkan manusia yang tidak suka merokok boleh rasa ‘ingin mencuba’ apabila melepak dengan golongan perokok, sama juga realitinya jika ingin berjaya. Kita tidak boleh bergantung pada rakan-rakan yang memberikan input negatif.
Justeru itu, bagi yang benar-benar serius untuk mengubah kehidupan, mengelakkan diri daripada golongan biawak adalah satu tindakan yang wajib. Jika tidak, nescaya ia akan memusnahkan harapan kita untuk mencapai sesuatu yang bermakna dalam hidup.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment