23/07/2015

Rebranding Kedai Makan

Salam..

Semalam aku sempat riki Padang kota bawak anak-anak tengok pameran awam transformer yang pertama di Asia Tenggara tu.

Maknanya ianya pertama kali diadakan di negara Asia Tenggara.

Hanya dua robot yang dipamerkan iaitu Optimus Prime dan Bumblebee...

Kemudiannya sesi bergambar di "wall" yang dikreatifkan oleh One Academy.

Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan...untuk anak-anak adalah aku beli pistol buih dan reben yang berkelip-kelip.

Seterusnya aktiviti makan-makan ..hajat hati nak makan dekat satu tempat di Batu Lancang..tempat tu tutup pulak.

Disebabkan jam dah pukul 12.00 tengah malam..anak-anak semua dah ngantuk..

So tapau nasi lemak di kedai nasi lemak Liverpool...

Nasi lemak sold out..tinggal untuk 3 orang mkn je..aku nak tapau 6 bungkus.
Kena tunggu lagi 15 minit.

Xpela aku ambik je la 3 bungkus..anak-anak dah xsanggup nak tunggu dlm kete.

Sambil tunggu nasi lemak..mata aku sempat la melilau sekitar kedai nasi lemak Liverpool..memang tarikannya luar biasa..banyak pelanggan cina berbanding melayu..

Kedai yang aku kira multicultural..

Apa yang aku nak tekankan di sini..jika anda berniaga kedai makan..dan kedai makan anda hanya suam-suam kuku kambing.

Please consider to rebranding your bisnes..

Antara yang anda boleh jenamakan semula adalah nama kedai, nama produk dan decoration kedai anda.

Masuk saja kedai nasi lemak Liverpool semuanya warna merah..jika anda peminat MU sila tanggalkan jersi anda sebelum memasuki kedai ini..hehehe

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff