Salam...
Semalam aku riki kedai buku al-faizuun..selepas solat jumaat di masjid KLCC.
Kedai ni terletak di Jalan Raja Alang..kg baru..dekat dengan masjid jamek kg baru dan bersebelahan dengan kedai makan Wong solo.
Senangla kalo korang nak riki kedai ni.
Jadi hajat aku nak beli buku untuk hadiah perkahwinan ex ofis .. Trend aku memang suka bagi hadiah buku untuk hadiah perkahwinan.
Tapi malangnya dikedai tu xde buku yang sesuai dan yang aku nak.
Tapi aku sempat sambar buku bertajuk Aku, Dia & Rezeki..penulisnya adalah Mohammad Feroz seorang penjual dadih dan pengedar buku karangkraf.
Satu malam je aku dah khatam buku ni..
Dan ianya memang ditulis melalui hati.. Kebanyakan kisah-kisah yang diceritakan dekat dengan kehidupan aku.
Hampir sama...mungkin anda juga melalui kehidupan yang hampir serupa.
Kalo nak tau..korang kena dapatkan buku ni.
Harga RM 24.38 diterbitkan oleh syarikat penerbitan Legacy.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment