Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

14/10/2015

MERS COV

Salam..

Dua tiga hari ni aku tersangkut di Pulau Pinang..gara-gara mak mertua suspect mers cov.

Balik dari haji, hari pertama memdarat..mak mertua dah batuk2.. tido pun batuk.

Badan semakin lemah dan xlarat..memang simpton virus Mers Cov tu ada.

So paginye bawakla pergi hospital balik pulau..dari hospital balik pulau..kena tahan masuk hospital pulau pinang.

kena tahan wad untuk beberapa hari...kena kuanrantin tu.Pelawat x dibenarkan melawat. Boleh tengok melalui cermin je.

Semalam result keluar..Alhamdulillah..negatif.

aku? terpaksala berkampung lagi di Teluk Kumbar.

wassalam.

13/10/2015

Roti Bakar Teloq Meleleh

Salam.

Usai mandi pantai disebelah petang.

Sebelah malamnye ...aku pekena pulak roti bakar teloq meleleh di Balik Pulau.

Medan selera untuk menjamu roti bakar ni..mudah je kalo nak cari..kalo datang dari teluk kumbar...turun je bukit yang korang kena layan banyak corner...sampai lipat siku...

Aku syorkan kalo korang first time layan bukit ni..makesure bawak slow-slow..

Turun je bukit...terus je..sampai jumpa petronas pertama sebelah kanan.

dan medan selera tu sebelah kiri..bertentangan dengan stesen minyak petronas tu..

harga roti bakar meleleh ikut..pakej...sampai ke pakej tiga RM 4.50..aku angkat pakej tiga.

Kalo xcukup dan masih belom kenyang boleh layan..macam2 menu lagi yang ada kat situ.

oh ya...boleh juga kalo nak layan laksa jangus ..kat balik pulau ni.

wassalam

12/10/2015

Tanjung Asam

Salam..

Selepas pekena pesembur di sungai batu.

aku riki pulak tanjung asam...untuk mengembirakan hati anak-anak.

Apalagi diaorang seronokla dapat mandi manda ...aku? jadi baywatch la...

So..kalo korang xde aktiviti lain ..boleh ke tanjung asam..untuk bermain ombak atau mencuci mata..atau cari ilham ..hehehe.

wassalam.

Cafe Sri Pantai

Salam...

Tadi aku sempat riki jalan-jalan cari makan di pantai sungai batu, teluk kumbar.

xtau nak makan apa.. p riki laksa tempurung..tutup pulak dah.

So pergila cari laksa di Sungai Batu...sambil mata melilau kedai laksa tepi pantai.

Singgahla cafe Sri pantai..pergh!! order laksa dengan pesembur...memang boleh tahan.

Dengan pemandangan laut di waktu petang...aku rasa puas hati dengan ketenangan dan kedamaian.

Wassalam

02/10/2015

Lazada Cybersale Voucher

Salam,

Gembiranya hati aku ... sempena cybersale ni... dapat juga aku shopping murah dekat lazada.

Barang yang aku selalu beli dekat lazada adalah Super Mass Gainer.. ingat nak tukar suplement lain.. seperti Mass Tech, Serius Mass atau Pro Gainer.

Adik aku kata ... dia ambik Pro Gainer ..badan dia naik 2 kg sebulan. Ada budak ofis cadangan Serius Mass.. Whey pun ada jugak.. takpe la.

Aku tengok mahal je..

So , aku order je la super Mass Gainer. ..harga sekali dengan shipping dalam RM 167....

Aku godek-godek kat internet mana la tau ..ada voucher code yang tersesat .. Alhamdulillah rupenyer ..musim Cybersale rupenyer ..hohoho ..jimat RM 30 ringgit ..penjimatan 30% .

Aku cuma perlu bayar RM 137 je ...hehehe

Tempahan Super Mass Gainer di Lazada

Untuk dapatkan voucher ni korang boleh pergi ke www.vouchercodes.com.my ..

Wassalam.
Voucher Code di www.vouchercodes.com.my

Kisah Rompakan Di Guangzhou

Salam.

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:
"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!
Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."
*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!
Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".
*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!
Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!
Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!
Merompak hnya contoh shj. Anda tidak diminta merompak.
Lalu perompak tersebut membuat laporan polis terhadap penipuan pegawai bank tersebut tentang jumlah rompakan sebenar.. ini dinamakan "BANGANG TAK BERTEMPAT"
Pikir2kan...!

Wassalam

Kopi Kluang

Salam...

Masuk je keje pagi tu...ada terdampar satu bungkus serbuk kopi Kluang atas meja aku..

Pergh!! terima kasih sangat-sangat dekat ofismate ...Budiy Iswandy.

Dia bagitau...itu je yang best dekat Johor..oooo dia kirim daripada Johor..baru aku tau..kat Johor famous dengan kopi kluang.

Selalu aku pergi Johor aku belasah..mee bandung muar..itu yang paling fames..

Agak aku la.

Alhamdulillah sambil aku habiskan buku 21 Formula Hidup Luar Biasa karangan ustaz Asraff dan Dr Azizan Osman ni...bolehla aku hirup sikit-sikit ...kelazatan kopi ni.

Wassalam

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff