Salam,
Minggu lepas aku menemani miqdad bagi menduduki peperiksaan pengesanan untuk menentukan kedudukan kelas. Sama ada kelas budak pintar atau sederhana pintar.
Aku kira ianya amat penting kerana ada sesetengah ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Tadika Swasta yang menggunakan silibus darjah 1 dan 2 terkehadapan dengan silibus yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan.
Untuk membezakan kaedah pembelajaran yang perlu diajar kepada murid-murid darjah satu yang mempunyai kemahiran berbeza maka perlu dibuat ujian pengesanan.
Tidaklah nanti guru-guru akan mengajar ilmu yang telah diketahui oleh pelajar berkenaan. Dalam pada masa pelajar tersebut tidak perlu menunggu pelajar lain mencapai level yang sama.
Semestinya ramai ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka memasuki kelas pintar berbanding dengan kelas yang sederhana. Bagi aku ... bergantung kepada kemampuan anak juga.
Wassalam,
Hilangkan perut buncit dengan cepat !
14 hours ago
urmmm..budak2 sekarang makin bijak
ReplyDelete