Salam,
Cuti Thaipusam yang lalu..Aku ajak wife pergi makan ikan patin dekat restoran Gobang Maju , Taman Seri Rampai.
Sampai sana dalam pukul ... masakan pada hari tu agak masin berbanding dengan hari-hari yang aku pernah pergi. ..
Tapi ianya masih terbaik berbanding restoran ikan patin di tempat lain aku agak begitu..
Harga untuk lauk kepala adalah RM 13 .. manakala untuk ekor RM 15 .. badan pun ada jugak.
Sempat jugak aku rembat udang galah RM 14 seekor.. total lost pada hari tu cincai kira dalam RM 60 . .
Kemudian aku ajak wife pergi riki balai seni lukis negara .. dan ianya merupakan kali pertama aku riki tempat ni..
Walaupun hari cuti namun tak ramai pengunjung yang hadir..hanya kelihatan beberapa orang mat saleh yang asyik merenung lukisan.. atau adakah aku yang datang lewat .. aku sampai pukul 5 ..pukul 6 diaorang dah nak tutup .. tak banyak galeri yang aku sempat masuk..
Lagipun ..aku dah janji nak bawak anak-anak bermain di Tasik Titiwangsa. ..
Dan pastinya aku akan datang lagi menyambung senula hidangan mata dengan hasil seni yang aku kira xsempat untuk aku hadam semuanya.
Sementelah lagi pergi dengan anak-anak...nak tenung lukisan lama-lama pun tak boleh.. masuk adalah percuma.
Wassalam.
|
Salah Satu Lukisan Yang Menarik |
|
Cuba Cari Switch padamkan lampu |
|
Autum |
Salam..
Nanti kalo cikgu tanya sape nak jadi ketua kelas...abang segera angkat tangan tau...
Pesanan aku kepada miqdad semasa lapor diri di hari pertama kemasukan darjah satu...
Satu lagi abang jangan duduk dibelakang ...cari tempat duduk yang di depan...hero kena duduk di depan.
Pesanan kedua aku kepada miqdad.
Adakah pesanan tersebut berjaya..pesanan pertama nampaknya tidak berjaya...apabila aku tanya semula miqdad..sape yang jadi ketua kelas? jawapannya ..tiada yang jadi ketua kelas..cikgu kelas x lantik sesiapa pun...what!!!
tapi pesanan kedua aku nampak berjaya..ye miqdad duduk di tempat duduk paling hadapan sekali...
Kalo nak melentur buluh biarlah dari rebung...yang penting aku mulakan dari awal...walaupun miqdad mengatakan dia malu untuk jadi ketua kelas.
wassalam.
Salam.
Setahun berlalu sejak aku mengalami kemalangan jatuh pokok mangis di kampung.
Kemalangan yang telah mematahkan tulang neck femur aku..
Dalam 6 bulan jugak aku ambik masa untuk pulih...dan dalam tempoh itu jugak aku hanya bergantung kepada tongkat dan solat secara duduk
dan paling penting dalam masa itu jugak aku ada masa untuk bersuluk dan juga berdoa kepada Allah semoga tulang aku bersambung semula dan aku dapat berdiri menggunakan kedua kaki aku semula.
Dan semalam aku cuba bermain bowling di Ampang Point selepas dua tahun tidak bermain.
dalam keadaan begini sukan bowling menjadi pilihan..berbanding sukan-sukan lain yang memerlukan pergerakan fizikal yang banyak..
Dalam sukan bowling aku suka lihat cara Rafiq Ismail bermain..aku tertanya tanya bola bowling apa yang dia pakai dan berapa berat
Aku bermain 3 game dengan humaira dan miqdad...
Rupe-rupenyer...kecederaan aku masih belum pulih sepenuhnya...kaki kiri aku masih terasa kebas dan otot terasa sedikit tegang. Malamnya aku lumurkan kaki aku dengan minyak panas..untuk lena yang lebih panjang.
Aku sedang memikirkan sama ada akan menyertai tournament oleh syarikat di IOI mall pada 14.2.16..atau sekadar join untuk memeriahkan suasana bukan untuk jadi penerima hadiah.
Wassalam
Salam,
Semua orang menetapkan azam untuk tahun baru 2016. Syarikat-syarikat besar bercadang untuk menambahkan pendapatan.
Jabatan kerajaan berusaha mencapai KPI yang entah apa-apa bagi membodek orang atasan tanpa menfokus kepada core bisnes jabatan.
Seorang bapa berazam untuk menambah pendapatan demi menyara keluarga yang semakin membesar dalam menempuhi kos sara hidup yang semakin tinggi. Serta kos barang-barangan semakin mahal sedangkan gaji masih di takuk lama.
Dan yang paling beruntung adalah orang yang berazam untuk memperbaiki amalan dengan menabung ke dalam akaun akhirat sedangkan masa yang tersisa makin sedikit.
Azam aku adalah ingin menyiapkan beberapa produk informasi yang di dalam peringkat draf supaya boleh dijual dan dipasarkan kepada umum.
Terdapat produk yang bertahun masih lagi dalam peringkat draf dan pengumpulan bahan mentah.
Sekurang-kurangnya produk-produk ini dapat menjana pendapatan dalam RM 20 sehari itupun sudah memadai untuk perbelanjaan makan tengahari.
Bagi mencapai matlamat ini, dalam satu hari kena pastikan terdapat satu produk yang terjual
Wassalam.
Salam.
Semalam 31.12.2015 aku hadir hari orientasi Miqdad yang akan memasuki darjah 1.
Hari keputusan kelas mana dia akan belajar.
Alhamdulilah xdela kelas yang tercorot sangat..kelas ketiga terbaik aku rasa.
Ramai yang khuatir dengan kualiti sekolah kebangsaan berbanding dengan sekolah swasta yang berbayar.
Bagi aku yang penting adalah cara guru tu yang mengajar..
Dulu aku pernah dapat ..yang aku kira guru cap ayam..mengajar entah apa-apa sampai aku xfaham.
Natijahnya aku gagal subjek yang diajar semasa mengambil SPM.
Bagi aku kecemerlangan pelajar adalah bergantung kepada guru dan sistem yang diguna pakai.
Wassalam
Salam,
Sempena cuti maulidur rasul aku sempat riki IKEA cheras..lokasi dekat bulatan pandan..jangan sampai terlajak sampai naik MEX sudah..macam aku kena..hehehe
aku sampai dalam pukul 4.30 petang dan pukul 8.30 malam baru keluar..
pergh! parking memang penuh...ramai betul makluk tuhan yang datang...walaupun IKEA ni belum dimakeup sepenuhnya lagi.
Yang best kat sini air boleh minum free ...boleh tambah sesuka hati.sampai perut kembung..cuma bayar sekali untuk cawan..kalo nak jimat sangat..ambik je cup yang orang tinggalkan kat atas meja.hehe
Kenapa aku boleh lama sangat kat sini..aku rasa kalo bagi satu hari baru abis tawaf tempat ni..dia buat style pagar sesat..memang penat sangat dengan nak melayan telatah anak-anak aku yang 3 orang.
Aku tanyakan dekat humaira kenapa orang begitu beria lepak kat IKEA ni.
Jawapannya...they feel like home..
Aku tawaf x abis ..usai solat maghrib dekat surau yang aku rasa pihak IKEA perlukan besarkan lagi..untuk menampung jumlah jemaah yang agak ramai..aku rasa aku solat shif yang keempat atau kelima.
Kalo korang datang untuk curi idea bagi deco rumah korang pun boleh kat sini..xperlu membeli..hanya datang curi ilham dari perekabentuk dan interior design dari Jerman..mcm aku buat..dan aku berjaya..hehe
Wassalam
CONSIDERATIONS FOR 2016
________________________________
1. ON EARNING:
Never depend on single income. Make investment to
create a second chance.
_________________________________
2. ON SPENDING:
If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need.
________________________________
3. ON SAVINGS:
Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving.
________________________________
4. ON TAKING RISK:
Never test the depth of a river with both feet.
________________________________
5. ON INVESTMENT:
Do not put all eggs in one basket.
________________________________
6. ON EXPECTATIONS:
Honesty is a very expensive gift. Do not expect it from cheap people.
________________________________
7. Past is a waste paper, present is a newspaper, and future is a question paper. Come out of your past, control the present, and secure the future.
________________________________
8. When bad things happen in your life, you have three choices. You can either let it define you, let it destroy you or you can let it strengthen you.
_______________________________
9. Our eyes are in the front because it is more important to look ahead than to look backwards.
_______________________________
10. We use pencil when we were young, but now we use pens. Do you know why? Because mistakes in childhood can easily be erased, unlike now.
Wish you a STRONGER 2016!
Peringatan
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.
Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.
Terima Kasih ..
Risi Yusoff