08/01/2016

Azam 2016 : Buat Dua Kerja

Salam,

Semua orang menetapkan azam untuk tahun baru 2016. Syarikat-syarikat besar bercadang untuk menambahkan pendapatan.

Jabatan kerajaan berusaha mencapai KPI yang entah apa-apa bagi membodek orang atasan tanpa menfokus kepada core bisnes jabatan.

Seorang bapa berazam untuk menambah pendapatan demi menyara keluarga yang semakin membesar dalam menempuhi kos sara hidup yang semakin tinggi. Serta kos barang-barangan semakin mahal sedangkan gaji masih di takuk lama.

Dan yang paling beruntung adalah orang yang berazam untuk memperbaiki amalan dengan menabung ke dalam akaun akhirat sedangkan masa yang tersisa makin sedikit.

Azam aku adalah ingin menyiapkan beberapa produk informasi yang di dalam peringkat draf supaya boleh dijual dan dipasarkan kepada umum.

Terdapat produk yang bertahun masih lagi dalam peringkat draf dan pengumpulan bahan mentah.

Sekurang-kurangnya produk-produk ini dapat menjana pendapatan dalam RM 20 sehari itupun sudah memadai untuk perbelanjaan makan tengahari.

Bagi mencapai matlamat ini, dalam satu hari kena pastikan terdapat satu produk yang terjual

Wassalam.

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff