Cuti Thaipusam yang lalu..Aku ajak wife pergi makan ikan patin dekat restoran Gobang Maju , Taman Seri Rampai.
Sampai sana dalam pukul ... masakan pada hari tu agak masin berbanding dengan hari-hari yang aku pernah pergi. ..
Tapi ianya masih terbaik berbanding restoran ikan patin di tempat lain aku agak begitu..
Harga untuk lauk kepala adalah RM 13 .. manakala untuk ekor RM 15 .. badan pun ada jugak.
Sempat jugak aku rembat udang galah RM 14 seekor.. total lost pada hari tu cincai kira dalam RM 60 . .
Kemudian aku ajak wife pergi riki balai seni lukis negara .. dan ianya merupakan kali pertama aku riki tempat ni..
Walaupun hari cuti namun tak ramai pengunjung yang hadir..hanya kelihatan beberapa orang mat saleh yang asyik merenung lukisan.. atau adakah aku yang datang lewat .. aku sampai pukul 5 ..pukul 6 diaorang dah nak tutup .. tak banyak galeri yang aku sempat masuk..
Lagipun ..aku dah janji nak bawak anak-anak bermain di Tasik Titiwangsa. ..
Dan pastinya aku akan datang lagi menyambung senula hidangan mata dengan hasil seni yang aku kira xsempat untuk aku hadam semuanya.
Sementelah lagi pergi dengan anak-anak...nak tenung lukisan lama-lama pun tak boleh.. masuk adalah percuma.
Wassalam.
Salah Satu Lukisan Yang Menarik |
Cuba Cari Switch padamkan lampu |
Autum |
0 comments:
Post a Comment