Salam,
Sempena cuti maulidur rasul aku sempat riki IKEA cheras..lokasi dekat bulatan pandan..jangan sampai terlajak sampai naik MEX sudah..macam aku kena..hehehe
aku sampai dalam pukul 4.30 petang dan pukul 8.30 malam baru keluar..
pergh! parking memang penuh...ramai betul makluk tuhan yang datang...walaupun IKEA ni belum dimakeup sepenuhnya lagi.
Yang best kat sini air boleh minum free ...boleh tambah sesuka hati.sampai perut kembung..cuma bayar sekali untuk cawan..kalo nak jimat sangat..ambik je cup yang orang tinggalkan kat atas meja.hehe
Kenapa aku boleh lama sangat kat sini..aku rasa kalo bagi satu hari baru abis tawaf tempat ni..dia buat style pagar sesat..memang penat sangat dengan nak melayan telatah anak-anak aku yang 3 orang.
Aku tanyakan dekat humaira kenapa orang begitu beria lepak kat IKEA ni.
Jawapannya...they feel like home..
Aku tawaf x abis ..usai solat maghrib dekat surau yang aku rasa pihak IKEA perlukan besarkan lagi..untuk menampung jumlah jemaah yang agak ramai..aku rasa aku solat shif yang keempat atau kelima.
Kalo korang datang untuk curi idea bagi deco rumah korang pun boleh kat sini..xperlu membeli..hanya datang curi ilham dari perekabentuk dan interior design dari Jerman..mcm aku buat..dan aku berjaya..hehe
Wassalam
0 comments:
Post a Comment