Salam.
Penceramah profesional, ahli politik atau cikgu di sekolah tahu kepentingan penceritaan dalam sesebuah pengucapan.
Ini kerana penceritaan membawa terus hiburan ke dalam minda pembaca tanpa perlu memproses input berkenaan dan ianya menjadikannya mudah diingati dan kekal lama dalam ingatan pendengar.
Maka pengumpulan cerita adalah sama penting prosesnya dalam pengumpulan fakta, quotation atau maklumat-maklumat lain untuk buku anda.
Cerita-cerita yang anda perlu cari adalah:-
1. Cerita mengenai pengalaman diri sendiri.
2. Cerita mengenai kawan anda yang berkaitan dengan bab yang sedang ditulis.
3. Cerita berkenaan dengan individu berjaya yang dikenali ramai semestinya masih berkaitan dengan bab yang anda tulis.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment