Salam.
Dari zaman aku kecik hingga dewasa..sering aku dimomokkan bahawa bangsa melayu malas membaca.
Bila mana dibincangkan soal malas membaca pasti akan terfikirkan bangsa melayu yang malas membaca.
Ianya tidak benar sama sekali..sama juga dengan mengatakan bangsa melayu bangsa yang malas berniaga..ianya juga tidak betul sama sekali.
Aku pernah menghadiri satu taklimat untuk penerangan tender bagi satu sistem kesihatan yang berharga jutaan ringgit ..terdapat lebih kurang 50 syarikat yang hadir dan ianya adalah syarikat bumiputera..aku matikan di sini hujah bangsa melayu malas berniaga.
Walaupun kita jarang melihat kaum melayu yang membaca di dalam LRT atau di hentian bas tidak semestinya bangsa melayu malas membaca.
Mungkin kejayaan diukur dengan jenis pekerjaan yang dimiliki oleh seseorang dan kita mengandaikannya individu yang rajin membaca.
Kerana seseorang yang berjaya semestinya rajin membaca..mana mungkin orang yang tidak rajin membaca boleh berjaya..kerana untuk berjaya perlukan pengetahuan..dan pengetahuan hanya boleh didapati dengan bacaan.
Namun kini jika kita lihat di dalam keretapi ...di kedai-kedai makan..di dalam lif ..waima ketika sedang memandu..bangsa melayu adalah bangsa yang paling rajin membaca.
Kita membaca bacaan daripada grup wasap, intagrams dan post daripada facebook...walaupun bacaannya bukan ilmiah..namun sedikit sebanyak ianya memupuk minat membaca di dalam hati seseorang.
Dengan penggunaan telefon pintar untuk membaca Al-Quran di dalam bas atau lrt bukan lagi menjadi isu.
Sementelahan pula ..perasaan malu untuk membaca juga dapat dibuang.. kerana tiada yang tahu apa yang anda sedang baca di dalam telefon pintar anda.
Sekali lagi..aku sangkal dakwaan yang bangsa melayu itu malas membaca.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment