Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

28/04/2016

Syukuri Apa Yang Ada

Salam.

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat. Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan. Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian. Rupanya dia begitu menikmati badai ujian dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna. Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung. Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.  Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah. 

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.  Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

Wassalam

19/04/2016

Kenapa Blogger Perlukan Bisnes Kad

Salam,

Pada hari sabtu yang lepas ... aku menghadiri program Sepetang Bersama Blogger 2016 anjuran Denai Hati dan penaja utamanya adalah MDEC di Dewan Campbell KL.

Buat pertama kali MDEC taja SBB .. nampak gaya MDEC pun dah mengambil serius keterlibatan blogger dalam merealisasikan ekonomi digital negara.

Seingat aku ..MDEC ni organisasi yang bertanggungjawab dalam memberikan STAR RATING ke atas laman-laman web kerajaan. dulula aku ingat begitu...mungkin ada lagi peranan MDEC.

MDEC telah melancarkan projek baru yang dinamakan e-rezeki maknanya mereka akan membantu usahawan dalam menjana pendapatan melalui internet .. lebih kurang begitula idea diaorang.

Berbalik kepada kisah aku di SBB .

Aku antara orang yang terawal datang walaupun adalah orang yang terlewat daftar secara online.

Aku ditempatkan di meja belakang  nombor 27 dan antara meja yang terbelakang sebab daftar lewat .. so next time kalo nak duduk depan dekat stage .. pastikan daftar awal semasa diumumkan SBB akan diadakan.. terus daftar.. dapatlah duduk depan bersama-sama dengan blogger-blogger otai yang dah bertahun setia dengan SBB.

Seperti saudara Encik Titan ..Encik Hasrul Hassan atau abang ensem .. ada aku salam x dengan diaorang ni .. memang hajat hati nak salam.. tapi xkan salam kosong je .. kena la hulur ... hulur bisnes kad sebagai pembuka bicara. baru la lebih sedap nak berborak ...

Malangnya ...bisnes kad aku .. aku x buat ... so ada la a few blogger yang hulurkan bisnes kad dekat aku. bila mereka tanyakan bisnes kad aku ..aku mampu geleng kepala je ... kesian kat diaorangkan.

So aku ambik keputusan untuk buat bisnes kad bukan sebab apa-apa pun .. bila orang dah hulurkan bisnes kad. .. kena la balas balik .

Jadi kalo aku hadir apa-apa majlis atau program senangla sikit .. aku nak  hulur bisnes kad tu .

Dan aku baru siapkan bisnes kad aku untuk aku hantar kedai print.. seperti yang korang boleh lihat di bawah..

Wassalam.




17/04/2016

Pengakhiran SBB 2016

Salam.

Waktu dah di penghujung program sepetang bersama Blogger..mini forum sesi petang aku kira lebih menarik daripada sesi pagi..hujan turun dengan lebatnya disebelah petang..

aku sempat turun daripada dewan campbell tempat sbb berlangsung ke pasar di Jalan TAR sementara menunggu sesi seterusnya pada jam 2.30 petang.

Panel sebelah pagi terdiri daripada Aqif Azizan, Cikgu Ali Hanafiah dan saudara Hasrul Hasan.

Panel sebelah petang terdiri daripada abangensem.com , pelakon Adi Putra dan jutawan Amin Che Ani.

Yang paling aku terkesan adalah topik yang dibawa oleh abang ensem.

Manakala Adi Putra no komen...isi aku rasa xde sangat..biasa-biasa je.. Encik Amin Che Ani..menggariskan 3 elemen utama dalam perniagaan yang beliau amal iaitu :-

1. Cari produk yang bagus untuk berniaga.
- Dimana beliau menjadi jutawan hanya sebagai pengedar dan bukan sebagai pengeluar produk.
- Beliau dulunya adalah seorang pekerja kilang..siang bekerja di kilang..malamnya bukak gerai makan..jual kuew tiau.

2. Pemasaran.
- Teknologi pemasaran terkini adalah menerusi internet.Maka hendaklah kuasai pemasaran melalui internet.

3. Strategi Perniagaan.
- Pelajari selok belok dalam bisnes yang diceburi...buat bisnes sehingga orang kata anda giler..dan berusaha untuk gandakan pendapatan.bukannya menambah pendapatan..ada perbezaan antara gandakan pendapatan dan menambah pendapatan..untuk cepat kaya anda perlu gandakan pendapatan.

Ramalan beliau mengenai produk masa depan  5 ke 10 tahun yang akan meletup adalah produk berasaskan biotech.

itu adalah intipati yang aku hafal semasa sesi forum..aku hafal sebab aku x bawak pen..lupa ..hehehe.

Abangensem.com..menggariskan 4 elemen kejayaan beliau...yang aku hafal BRANDING je ..dan bagaimana beliau takle mak hanis zalikha untuk mendekati hanis zalikha..tujuannya adalah untuk tujuan penjenamaan..

begitu juga dengan redmummy...di mana beliau memberi komen-komen pedas untuk menarik perhatian blogger redmummy.

Sejarah abang ensem beliau dahulunya seorang pegawai bank di Public Bank.

Dan titik tolak kepada perubahan beliau adalah apabila seorang kawan lama yang juga seorang blogger menunjukkan perolehan daripada nufnang sebanyak 7 sen...ya! 7 sen sahaja dan ianya membuatkan beliau teruja untuk menjadi blogger..

Kemudian apabila gajinya sebagai blogger hartanah telah menyamai gaji sebagai pegawai bank..beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan menjadi consultant hartanah sepenuh masa melalui blog abangensem.com.

Saudara Aqif Azizan pula tidak banyak membicarakan tentang copywriting. Beliau banyak bercerita tentang laman web finance yang berjaya dijual dengan harga melebihi satu juta kepada syarikat oversea.

Beliau memberi tips jumlah pembaca adalah tidak penting untuk sesebuah blog atau laman web..yang penting adalah pangkalan data yang berjaya mengumpul seberapa banyak senarai nama pelawat.

Saudara Hasrul Hasan pula membicarakan tentang panduan blogger dan pengalaman beliau daripada bekerja di USM secara kontrak...sehingga beliau menjadi blogger sepenuh masa.

pls: artikel ini adalah hafalan penulis..semasa program sbb 2016. Sila buat bisnes card sebelum menghadiri sbb..nasihat untuk diri aku..ramai yang mintak bisnes card aku..yang aku buat..hanya gelang kepala.

Waktu-waktu begini aku rindukan kelibat team saifulsham..Legenda Usahawan Internet Malaysia Generasi Pertama.

Wassalam

13/04/2016

Kematian CPOTRADING

Salam.

Aku dah lama nak tulis tentang cpotrading ni..dari tahun lepas lagi.

Namun rakan blogger syamsuriyadi.com lebih awal menerbitkan perihal pelaburan yang meragukan ini.

Selepas dihubungi oleh seorang ahli cpotrading yang inginkan kepastian mengenai pelaburan skim cepat kaya ni.

Aku katakan kepada beliau bahawa skim ini adalah anak pinak kepada skim cepat kaya fututebarrel yang mana ramai kawan-kawan aku yang dah terkena..melibatkan puluhan ribu ringgit

Cpotrading ni modus operandi dia sama dengan futurebarrel yang meletop pada tahun 2013 dan 2014.

Penipuan pelaburan minyak mentah crude oil.

Ianya bukan lagi haram disertai malahan  haramjadah kerana menyebabkan ramai yang berhutang untuk join skim ni.

Dan akhirnya laman web cpotrading dah xboleh diakses dengan alasan founder dia seorang datuk palsu mati eksiden.

Kemudian dengar cerita baru ia dijenamakan semula dengan produk baharu.

Sistem yang digunakan oleh Futurebarrel dan cpotrading adalah sistem yang sama.Maknanya dibelakangnya adalah orang yang sama.

Nasihat aku kepada pelabur-pelabur minyak masa hadapan yang budiman jangan masuk skim pelaburan yang tidak jelas dan gharar.

Lagi satu produknya kita tidak nampak..sape yang kawal produk pun kita x tau.

Kalo tangan tu gatal nak melabur juga dalam skim yang membawa pulangan segera.aka mencari maut..aku syorkan:-

1. Jangan buat pinjaman...dengan bank atau mak ayah korang serta orang umah korang.
2. Melabur kurang daripada 30 ribu...bawah 10 ribu lagi bagus.

Kenapa aku cadangan yang demikian..kerana jika sekiranya owner skim cepat kaya yang korang sertai tu..lari atau tutup website diaorang..

korang xkan jatuh terjelepuk dengan teruk.

Wassalam.

Kolej Kesihatan Ulu Kinta
Tanjung Rambutan.

12/04/2016

Sepetang Bersama Blogger 2016

Salam,

Aku baru je daftar untuk majlis sepetang bersama blogger yang akan diadakan di dewan Campbell Kuala Lumpur pada 16.4.16 sabtu ni.

Dari minggu lepas lagi ... aku teragak-agak nak join majlis ni. .. sebab apa .. sebabnya aku bukan blogger yang fames sangat nak hadir majlis sebegini .

Setakat ahli Kelab Blogger Ben Ashaari  je ..

Masa Ben Ashaari ajak aku join trip ke taman negara pada bulan lepas pun aku tolak disebabkan sibuk dengan benda lain.

So hari ni aku ambik keputusan join jugakla daftar  program ni .. dengar kata hadiah lumayan yang disediakan untuk cabutan bertuah , dapat baju dan buku Mudahnya Berniaga daripada Dr Azizan .

Boleh tengok di www.sbb.my 

Pergh !!! memang rugi giler kalo aku tak join .. dan kalo aritu aku rasa bosan tahap gabang.. mungkin aku stay sampai tengahari je.. then aku chow!! balik rumah main dengan anak-anak.

Maklumla .. kenalan x ramai.. hehehehe.. kira aku pergi pun lone ranger la ni .. Ben Ashaari ada pun ok jugak ni .. tapi mungkin aku duduk x semeja dengan dia.

Hentam saja la.. yang penting aku dapat berforum dengan otai-otai blogger yang lain dan dengar apa yang diaorang nak merepek atas stage. ... kalo ada isi-isi penting boleh la aku cedok .. kalo xde.. aku keluar pergi toilet la jawabnya.

Ni first time aku nak join program ni.. last year buat kat Saloma aku x join .. sebab patah injured jatuh pokok.

Dan aku dengar,  tahun depan Denai Hati Network nak buat kat oversea pulak.. ini yang terakhir di buat kat dalam negara.

Maknanya peluang terakhir untuk berkumpul dengan blogger Malaysia di tanah air sendiri.

SELAMAT BERJUMPA DI SBB 2016.

Lupa pulak fee masuk RM 30 .. dapat baju , buku lagi .. berbaloi la tu .. walaupun xdpt cabutan bertuah.

Wassalam.


11/04/2016

Copyright Tajuk Buku

Salam.

Tajuk buku adalah salah satu elemen penting dalam bidang penulisan.

Ibarat nama seseorang..begitu juga dengan nama buku.

Pembaca mengenali buku dengan membaca nama pada kulit buku.

Pastikan nama yang diberikan adalah positif dan memberikan rasa curiosity kepada pembaca.

Contoh tajuk buku saya hasilkan seperti..Rahsia Sebutharga dan Rahsia Ecover.

Adakah penulis lain boleh menggunakan tajuk buku yang sama?.

Jawapannya adalah Ya!.

Tidak menjadi kesalahan jika menggunakan tajuk buku yang telah berada di pasaran.

Masalahnya adalah kepada pembaca..yang mungkin diberikan buku lain bila bertanyakan tentang buku anda di kedai buku.

Pernahkah anda mendengar mengenai sebuah pulau yang diberi nama Hog Island di kepulauan Caribean.

Pada asalnya tiada pelawat atau pelancong yang mengetahui kewujudan pulau ini.

Apabila dijenamakan dengan Paradise Island...anda boleh jangkakan berapa ramai pelancong yang datang ke pulau ini.

Itulah kuasa penjenamaan ...begitu juga dengan nama buku anda ..pastikan ianya menarik dan memikat para pembaca.

Pastikan anda mempunyai domain di blogspot untuk nama buku anda atau sewa webhosting yang berbayar.

Wassalam.

08/04/2016

Kenapa Syarikat Penerbitan Tak Nak Terbitkan Buku Anda

Salam.

Kita bertuah kerana di Malaysia penulis yang baru naik boleh dikatakan mudah untuk menerbitkan buku..jika dibandingkan dengan penulis-penulis di barat.

Contohnya buku Harry Potter telah ditolak sebanyak 12 kali sebelum diterbitkan pada kali ke 13.

Persaingan yang sengit dikalangan penulis menyebabkan syarikat penerbitan terpaksa membuat tapisan kepada buku-buku yang berkualiti dan dapat menjana keuntungan kepada syarikat.

Namun perkara utama yang dititikberatkan oleh syarikat penerbitan adalah penjenamaan penulis itu sendiri.

Ini kerana kebanyakkan pembaca buku mempunyai minat kepada penulisan seseorang penulis sahaja.

Contohnya buku tulisan Prof Kamil ...terdapat pembaca yang membeli setiap buku tulisan prof kamil.

Oleh itu pembinaan jenama diri seorang penulis adalah begitu penting bagi pihak syarikat penerbitan untuk mencetak buku anda.

Untuk membuatkan buku anda dikenali dan dibeli..pastikan anda jenamakan diri anda terlebih dahulu.

Wassalam

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff