19/04/2016

Kenapa Blogger Perlukan Bisnes Kad

Salam,

Pada hari sabtu yang lepas ... aku menghadiri program Sepetang Bersama Blogger 2016 anjuran Denai Hati dan penaja utamanya adalah MDEC di Dewan Campbell KL.

Buat pertama kali MDEC taja SBB .. nampak gaya MDEC pun dah mengambil serius keterlibatan blogger dalam merealisasikan ekonomi digital negara.

Seingat aku ..MDEC ni organisasi yang bertanggungjawab dalam memberikan STAR RATING ke atas laman-laman web kerajaan. dulula aku ingat begitu...mungkin ada lagi peranan MDEC.

MDEC telah melancarkan projek baru yang dinamakan e-rezeki maknanya mereka akan membantu usahawan dalam menjana pendapatan melalui internet .. lebih kurang begitula idea diaorang.

Berbalik kepada kisah aku di SBB .

Aku antara orang yang terawal datang walaupun adalah orang yang terlewat daftar secara online.

Aku ditempatkan di meja belakang  nombor 27 dan antara meja yang terbelakang sebab daftar lewat .. so next time kalo nak duduk depan dekat stage .. pastikan daftar awal semasa diumumkan SBB akan diadakan.. terus daftar.. dapatlah duduk depan bersama-sama dengan blogger-blogger otai yang dah bertahun setia dengan SBB.

Seperti saudara Encik Titan ..Encik Hasrul Hassan atau abang ensem .. ada aku salam x dengan diaorang ni .. memang hajat hati nak salam.. tapi xkan salam kosong je .. kena la hulur ... hulur bisnes kad sebagai pembuka bicara. baru la lebih sedap nak berborak ...

Malangnya ...bisnes kad aku .. aku x buat ... so ada la a few blogger yang hulurkan bisnes kad dekat aku. bila mereka tanyakan bisnes kad aku ..aku mampu geleng kepala je ... kesian kat diaorangkan.

So aku ambik keputusan untuk buat bisnes kad bukan sebab apa-apa pun .. bila orang dah hulurkan bisnes kad. .. kena la balas balik .

Jadi kalo aku hadir apa-apa majlis atau program senangla sikit .. aku nak  hulur bisnes kad tu .

Dan aku baru siapkan bisnes kad aku untuk aku hantar kedai print.. seperti yang korang boleh lihat di bawah..

Wassalam.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff