14/06/2016

Motivasi Paling Payah Adalah Istiqamah

Salam...

Lepas balik dari solat tarawih...alhamdulillah dapat aku habiskan..walaupun di pertengahan terdapat tazkirah ramadhan.

Masa tazkirah hampir terlena dibuatnya..lebih-lebih lagi aku dari awal cari port untuk bersandar.

Ustaz yang bagi talk pulak x pandai buat lawak ...lagila kepala aku duk layan mata.

Patutla ceramah ustaz abdullah khairi dan ustaz kazim elias ramai yang hadir..sebab mereka pandai buat lawak ..sebab nak tarik pendengar.

Sekarang aku suka dengar ceramah daripada ustaz wadi anuar ... Mudir akademi al habibul mustafa..yang ni aku boleh layan..walaupun xde lawak.

Berbalik kepada isu istiqamah..dalam sesuatu pekerjaan perkara yang paling sukar adalah membuat sesuatu perkara secara berterusan dan ianya dinamakan sebagai istiqamah.

Begitu juga dalam bidang authopreneur untuk istiqamah dalam menyiapkan sesebuah buku amatlah memenatkan..lebih-lebih lagi jika dilakukan secara sambilan.

Masa yang ada hanyalah disebelah malam dan waktu hujung minggu sahaja.

Buat masa sekarang buku yang berjaya aku siapkan adalah yang dibuat pada tahun 2010..dan pada tahun ini aku telah terbitkan untuk edisi kedua.

Buku ini boleh didapati di kontrakperjanjian.blogspot.com.

Buku2 seterusnya banyak yang masih dalam perancangan..namun atas faktor kurangnya istiqamah..maka sampai sekarang ianya tidak dapat disiapkan.

Wassalam dan selamat bersahur.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff