Salam
Kali pertama aku riki pesta ni..tempat yang sama pesta buku KL diadakan..sebelum ianya dibuat di MAHA Serdang yang mana aku x pergi tahun ni
Pesta Raya dianjurkan oleh Mood Republik.
Aku riki pada hari ahad...sampai pwtc pukul 4.30 petang.
Sebelum nak masuk dalam dewan pesta korang kenab isi form dulu..kemudian diaorang cop atas tangan..dah macam nak masuk gelap malam gayanye..hehehe.
Strategi ni terbaikla sebab diaorang dapat collect senarai nama untuk digunakan bagi sebarang aktiviti promosi pada masa akan datang.
Artis-artis memang ramai sangat..tapi bukan minat aku..minat aku adalah nak cari baju raya humaira je..
Humaira punyer taste baju raya memang susah nak kena dengann kehendak.
Alhamdulillah..jumpa jugak..di booth JR Niaga.
Dapatla jugak sekali dengan kurta miqdad..aku? Aku xbeli apa2 mungkin aku akan pakai baju melayu yang tahun lepas je.
Jeng jeng jeng...tetiba power trick..pwtc bergelap..nasib baik..keadaan terkawal..petugas disitu memaklumkan dekat aku..pesta ni dah dua hari berlangsung non stop 24 jam..that way la kebarangkalian power blackout boleh berlaku.
X berapa lama kemudian elektrik kembali pulih..dalam 45 minit kemudian tapi tidak memyeluruh..ada sebahagian penjuru dewan masih bergelap..yang mengherankan..pelawat masih lagi sambung shopping..bisnes masih lagi berjalan..aku pula berusaha mencari jalan keluar daripada dewan.
Then aku keluar daripada pwtc dalam pukul 12.30 pagi..pergh!!
Pengunjung masih lagi keep coming memandangkan isnin adalah hari terakhir..Kesimpulannya rekabentuk baju yang ada kat situ aku rasa masih lagi ketinggalan..
Walaupun terdapat ramai artis-artis yang bukak booth...sepatutnya fesyen designer yang bukak booth aku agak begitu..
Mungkin ianya salah satu strategi untuk menarik pelanggan ke sana.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment