Salam..
Satu petang..di pejabat
Sorang kawan aku datang...masa tu aku duduk sembang dengan kawan2 aku yang lain..sambil menunggu masa pulang..
"Saya ada tips nak kongsi..bagaimana nak buat pengucapan awam cara ringkas.".kata Azam pada waktu petang tu...
Dia menyambung lagi.." Tip ni saya dapat masa dengar radio ikim.fm."
Aku pun teruja nak dengar tip yang dia nak bagi.
Maklum la..aku selalu kena berucap atau kena bercakap dalam mesyuarat.kalo ada tips ni mudah la..bagi aku..xde la aku nak kena baca buku tentang pengucapan awam.
Kata Azam lagi ...terdapat 5 perkara yang perlu diberi perhatian..
Pertamanya
Beri salam..kepada audien..boleh juga sebut nama orang kenamaan ..ikut protokol.
Kedua
Ucapan alhamdulillah..sebab masih bersama dalam majlis atau mesyuarat.
Ketiga
Gunakan ayat " seperti yang kita sedia maklum...dan sambung ayat berkenaan..tentang mesyuarat atau program yang akan diadakan..
Keempat
Harapan saya...apa yang anda inginkan daripada program berkenaan.
Kelima
Ucapan "Terima kasih.."
Okay itu saja ..yang diperlukan ..xpayah pening kepala fikirkan tentang teknik yang lain..hanya hafal 5 ni je..
Dan aku telah praktikan..ianya memang berkesan.
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment