Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

31/07/2016

Kisah Budak Paling Bodoh Di Dunia

Salam.

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.
Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

PELANGGAN : “Naper awak cakap macam tu mamak?”
MAMAK : “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”
Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

MAMAK :” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”
Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

SUMARDI : “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

AJOI : “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”
Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Moral Of the story:
1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.

Renung2kan.

Wassalam

29/07/2016

Kisah Katak Yang Biasa-Biasa

Salam..

Di Malaysia terdapat dua jenis katak..iaitu katak politik dan katak biasa-biasa saja..

Katak politik adalah katak luar biasa..dia akan melompat dari satu kolam ke kolam yang lain..sekiranya kolam berkenaan tidak " selesa "... Hebat katak jenis ini..katak yang pandai cari makan.

Manakala selebihnya adalah katak-katak yang biasa ditemui dimerata-rata ceruk di dalam negara..katak jenis biasa-biasa saja...tiada keunikan yang tersendiri...untuk katak jenis ini kita lakukan ujikaji makmal...

Letakkan katak ini di dalam air mendidih adakah ia akan lari? Tidak. Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.

Apa yang membunuh katak? Air mendidihkah atau katak itu sendiri.

Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi "Boiling Frog syndrome". Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah.

Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dgn sikap yg lama di kala keadaan menuntut anda berubah dan mengambil risiko.

Wassalam.

26/07/2016

Buat bisnes pun boleh menjana pencen kubur

Salam.

Tahu tak sebenarnya bila kita buat bisnes, kita lebih senang nk kumpul "bekalan" utk kehidupan di sana?

Tp bagaimana caranya?

Mentaliti org Melayu yg kita kena hapuskan dlm mindset kita adalah "bila buat bisnes, kita kena pandai menipu"

Kita kena kikis mentaliti bila buat bisnes, kita kena guna bomoh utk maju, kita kena mkn rasuah barulah bisnes kita lajuu
Itu ilmu x betul yg selalu di 'sogok' oleh orang2 lama dlm fikiran kita sbb tu ramai org melayu buat bisnes tapi x bertahan lama sbb ilmu bisnes x betul, Ilmu bisnes yg betul adalah ilmu yg "syariah compliance" yang telah digariskan dalam ajaran agama kita sendiri jer sebenarnya

Agama kita ada pernah ajar menipu?

Sebenarnya selagi kita follow apa yg agama kita sarankan sebenarnya itulah ilmu bisnes yg betul

Bila kita follow ilmu bisnes yg betul ni, kita akan "terpaksa" berubah jadi manusia yg lebih baik.

Bila org nampak kita dah jadi baik, sebenarnya kita sedang jadi "duta kecil" utk agama kita sendiri

Orang yg nampak kita baik, padahal kita ni sedang "perbaiki diri" jerr. bukan baik sgt pun.

Maksudnya kat sini, kita boleh menjadi "asbab" utk orang lain jadi baik jgk.

Mungkin Allah amek kita utk "bantu" orang lain berubah Dan buat bisneslah cara paling senang nak paksa diri kita berubah ke arah lebih baik.

Bila buat bisnes, kita akan tahu siapa pemberi rezeki yang sebenar.

Kita mungkin akan start belajar solat dhuha, zikir, tahajud, ckp benda2 +ve, buat benda2 +ve, fikir benda2 +ve jer.

Dan bila buat bisnes jgk, kita akan terasa dari mana dtg rezeki tu. Sbb boss kita adalah Allah.

Utk berjaya dlm bisnes, kita kena bantu orang lain utk berjaya mcm kita jgk, dan kita akan "terpaksa" berjaya

Selagi kita x bantu orang lain berjaya dulu, kita xkan berjaya.

Sbb tu bila kita buat bisnes, kita kena bantu customers kita, kita kena tlg agent kita dan tambah nilai dlm hidup mereka

Bila kita berjaya tambah nilai dlm hidup mereka, InshaAllah mereka dh dpt something dari kita dan bila mereka amalkan benda tu dlm hidup mereka, InshaAllah kita akan dapat sikit

As a conclusion, bila kita buat bisnes, banyakkan "'memberi'" kepada semua orang di sekeliling kita. Konsep 'memberi' tu luas.

Bagi kata2 +ve di fb pun dh di kira memberi.

Bagi kata2 semangat kat agent dan bantu dieorg buat sales pun dh di kira memberi jgk

Bagi semudah2 senyuman pun dh di kira memberi.

Tlg customer selesaikan masalah mereka pun dikira memberi.

Memberi bukan setakat duit dan wang, InshaAllah mudah2 an Allah tgk usaha kita utk sentiasa buat baik dan mudah2 an Allah kira benda2 ni semua sebagai pencen kubur bila kita mati kelak.

Tp Allah Maha Penyayang, sbb takperlu tunggu kita mati pun, skrg pun Allah dah balas balik bila kita buat semua ni. Allah akan bg rezeki yg melimpah ruah dlm bisnes kita, Allah bantu selesaikan masalah kita, Allah bantu bg keberkatan masa kat kita, keberkatan wang dan etc.

My last word is

"bila buat bisnes, jgn kejar wang sahaja tp kejar juga pahala sbb wang adalah matawang di dunia tapi pahala adalah matawang di akhirat. sbb apa kena focus 2-2? sbb bila kita mati ketika buat bisnes, InshaAllah kita dah bersiapkan diri kita utk matawang di "sana" juga'

Perkongsian exclusive getaharab.com

Wassalam.

24/07/2016

7 Sebab kenapa seseorang hilang semangat atau drive untuk bertindak luar biasa

Salam..

Aku ni bukan terer sangat nak bagi motivasi kat orang..ni pun aku copy daripada grup bisnes aku yang baru aku nak ceburi dan aku rasa ianya ada potensi besar untuk berkembang.. bagi menambah paip pendapatan bulanan aku. Semoga bermanfaat..

Ianya berkenaan dengan matlamat..atau impian..matlamat adalah benda yang sama dan diulang-ulang dalam buku motivasi...sama ada buku terbitan tempatan atau luar negara..pakar akan mengatakan benda yang sama..iaitu untuk berjaya kena ada matlamat...matlamat kena jelas.

Contohnya dalam sebulan berapa kita nak buat tambahan pendapatan...kena anda jumlah tertentu dan jumlah tersebut biarla logik dengan bisnes apa yang sedang dilakukan..dan kenapa seseorang akan gagal dalam mencapai matlamat antaranya:-

1/ Matlamat terlalu kecil- anda berada zon selesa. Tidak ada tekanan. Ini bahaya. Anda mungkin akan sabotaj diri anda dengan tidak bertindak dan menunggu masalah hadir sebelum bertindak semula. Takut-takut anda sedang leka dan lalai.

2/ Matlamat yang tidak jelas atau matlamat sebelum ini telah capai!

3/ Matlamat yang tidak ditulis dan letak ditempat yang mudah nampak.

4/ Matlamat yang anda tidak menjadikan anda excited untuk capainya kerana tidak jelas KENAPA ia penting untuk diri, hidup, keluarga dan orang lain.

5/ Matlamat yang tidak cukup besar sehingga anda rasa senang nak capai.

6/ Matlamat tidak melibatkan manfaat atau demi membahagiakan orang tersayang

7/ Matlamat tidak cukup besar sehingga memberi manfaat terlalu ramai manusia demi menjadikan anda berusaha menjadi manusia sebagaimana hadis Nabi saw- sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak manfaat kepada orang lain.

Tulis semula 101 Matlamat/Impian anda. Tulis sesuatu yang anda tidak pernah lakukan atau alami untuk dicapai. Tulis juga matlamat yang fokus membantu lebih ramai umat.

Allah swt melihat dan malaikat mencatit setiap perbuatan baik buruk kita. Semoga Allah swt gerakkan hati kita buat lebih banyak kebaikan.

Jika mencari kekayaan itu hanyalah untuk diri sendiri, anda boleh rasa syukur dan rasa cukup saat ini.

Tetapi jika niat mencari kekayaan untuk dikorbankan dijalan Allah swt dan agamaNya, anda tidak boleh berhenti berusaha dengan niat untuk korbankan untuk Allah swt dan RasulNya.

Jangan pentingkan diri sendiri tetapi lihat betapa ramainya manusia di sekeliling kita yang kita boleh bantu In sha Allah.

Dan bantu tidak semestinya hanya dengan duit (Jika boleh baguslah!), bantu dengan ilmu, bantu dengan doa, bantu dengan khidmat atau usaha.

Wassalam.

11/07/2016

Break kereta Sangkut

Salam...

Apa yang perlu korang fikir jika break kereta korang sangkut..

xlain dan xbukan pasti pasal duit..mana xnya..kalo pergi bengkel kereta, duit mesti terbang.

Raya lepas..macam biasa aku akan pergi servis kereta..sebelum balik raya..nak jalan jauh..takut apa-apa hal berlaku baik servis dulu..balik raya pun dengan jiwa yang tenang.

Sehari sebelum nak servis humaira maklumkan kereta sangkut..lepas free handbreak.

So aku pergi riki bengkel kereta nak tengok apa yang sangkut ..selain tukar minyak enjin dan minyak gearbox.

Rupa-rupanya..breakpump aku yang rosak..so tukar dua2 pump .. Harga dua pump dalam rm 60. Harga saja tau xtermasuk upah portman lagi.

Kemudian dua hari kemudian aku datang balik sebab perkara yang sama masih berlaku.

Portman tu pun bukak la check..tengok2 body pump pulak yang problem..tersumbat katanya..kalau tukar baru dalam RM 350.00.

Pergh!!! Lari bajet raya aku kalo macam ni..

Diam2 portman ni ada sparepart secondhand..so aku kata okay..boleh pasang..kali ni kena RM 180.00.

Okla tu daripada RM 350.00.

So far break xsangkut lagi.

Wassalam.

03/07/2016

Gaji Minima Swasta 2016

Salam.

Pada 1 julai kerajaan telah tetapkan rank gaji untuk penjawat awam dan swasta.

Bagi penjawat awam ianya RM 1,200.00 manakala swasta adalah RM 1,000.00.

Bagi sektor kerajaan ianya bukan menjadi isu masalahnya adalah sektor swasta..ramai majikan akan mengeluh mengenai polisi yang ditetapkan oleh kerajaan ini.

Namun terdapat segelintir majikan swasta yang menggunakan beberapa kaedah untuk menanggani isu ini..antaranya.

1. Menyerapkan elaun bulanan kedalam gaji pokok.jika gaji anda adalah RM 800.00 contohnya sebelum ini dan elaun RM 200.00. Jumlah RM 200.00 berkenaan akan dimasukkan kedalam gaji pokok dan ianya akan tertera dalam slip gaji.

2. Tidak mengambil pekerja secara tetap. Maknanya tidak ada surat lantikan rasmi. Jadi majikan tidak perlu membayar jumlah minima RM 1000.00. Bayaran dikira sebagai upah.. Malah wang caruman pekerja juga tidak perlu dibayar..itu yang berlaku pada aku semasa bekerja sebagai programmer disebuah syarikat IT di Kepong. Aku dibayar RM 1000.00 menggunakan cek dan tiada caruman kwsp. Aku bekerja selama 3 bulan saja kemudian aku bekerja ditempat lain.

Salah satu sebab aku pindah kerja sebab pening kepala buat programming...hehehe.. masa tu tahun 2006.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff