24/07/2016

7 Sebab kenapa seseorang hilang semangat atau drive untuk bertindak luar biasa

Salam..

Aku ni bukan terer sangat nak bagi motivasi kat orang..ni pun aku copy daripada grup bisnes aku yang baru aku nak ceburi dan aku rasa ianya ada potensi besar untuk berkembang.. bagi menambah paip pendapatan bulanan aku. Semoga bermanfaat..

Ianya berkenaan dengan matlamat..atau impian..matlamat adalah benda yang sama dan diulang-ulang dalam buku motivasi...sama ada buku terbitan tempatan atau luar negara..pakar akan mengatakan benda yang sama..iaitu untuk berjaya kena ada matlamat...matlamat kena jelas.

Contohnya dalam sebulan berapa kita nak buat tambahan pendapatan...kena anda jumlah tertentu dan jumlah tersebut biarla logik dengan bisnes apa yang sedang dilakukan..dan kenapa seseorang akan gagal dalam mencapai matlamat antaranya:-

1/ Matlamat terlalu kecil- anda berada zon selesa. Tidak ada tekanan. Ini bahaya. Anda mungkin akan sabotaj diri anda dengan tidak bertindak dan menunggu masalah hadir sebelum bertindak semula. Takut-takut anda sedang leka dan lalai.

2/ Matlamat yang tidak jelas atau matlamat sebelum ini telah capai!

3/ Matlamat yang tidak ditulis dan letak ditempat yang mudah nampak.

4/ Matlamat yang anda tidak menjadikan anda excited untuk capainya kerana tidak jelas KENAPA ia penting untuk diri, hidup, keluarga dan orang lain.

5/ Matlamat yang tidak cukup besar sehingga anda rasa senang nak capai.

6/ Matlamat tidak melibatkan manfaat atau demi membahagiakan orang tersayang

7/ Matlamat tidak cukup besar sehingga memberi manfaat terlalu ramai manusia demi menjadikan anda berusaha menjadi manusia sebagaimana hadis Nabi saw- sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak manfaat kepada orang lain.

Tulis semula 101 Matlamat/Impian anda. Tulis sesuatu yang anda tidak pernah lakukan atau alami untuk dicapai. Tulis juga matlamat yang fokus membantu lebih ramai umat.

Allah swt melihat dan malaikat mencatit setiap perbuatan baik buruk kita. Semoga Allah swt gerakkan hati kita buat lebih banyak kebaikan.

Jika mencari kekayaan itu hanyalah untuk diri sendiri, anda boleh rasa syukur dan rasa cukup saat ini.

Tetapi jika niat mencari kekayaan untuk dikorbankan dijalan Allah swt dan agamaNya, anda tidak boleh berhenti berusaha dengan niat untuk korbankan untuk Allah swt dan RasulNya.

Jangan pentingkan diri sendiri tetapi lihat betapa ramainya manusia di sekeliling kita yang kita boleh bantu In sha Allah.

Dan bantu tidak semestinya hanya dengan duit (Jika boleh baguslah!), bantu dengan ilmu, bantu dengan doa, bantu dengan khidmat atau usaha.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff