Salam..
Di Malaysia terdapat dua jenis katak..iaitu katak politik dan katak biasa-biasa saja..
Katak politik adalah katak luar biasa..dia akan melompat dari satu kolam ke kolam yang lain..sekiranya kolam berkenaan tidak " selesa "... Hebat katak jenis ini..katak yang pandai cari makan.
Manakala selebihnya adalah katak-katak yang biasa ditemui dimerata-rata ceruk di dalam negara..katak jenis biasa-biasa saja...tiada keunikan yang tersendiri...untuk katak jenis ini kita lakukan ujikaji makmal...
Letakkan katak ini di dalam air mendidih adakah ia akan lari? Tidak. Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.
Apa yang membunuh katak? Air mendidihkah atau katak itu sendiri.
Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi "Boiling Frog syndrome". Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah.
Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dgn sikap yg lama di kala keadaan menuntut anda berubah dan mengambil risiko.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment