Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

28/08/2016

Kenali Produk Anda Sebelum Menjual

Sedikit perkongsian.. 

Kepada rakan2 yang baru berjinak jinak dalam perniagaan offline mahupun online..  Apa yang anda kena tahu untuk mulakan perniagaan adalah.

Jika anda pernah membaca buku tulisan Joe Sugarman atau Joe Vitale berkenaan pemasaran..masing2 memperkatakan benda yang sama ...iaitu...kenali produk anda luar dan dalam..baharulah anda boleh mula menjual. 

1. Cintai produk anda ..  Maksud cinta produk anda bukan hanya tahu pada nama sahaja tetapi anda kena tahu segalanya. Yelah kan.. Kalau orang tanya tentang produk anda, dan anda tak tahu nak jawab apa itu dah kurangkan kyakinan pelanggan anda..  Macam pasangan anda jugak..  Kalau anda tak cintakan dia, tak tahu terperinci tentang dia..  Maksudnya hubungan tu tak akan kekal lama.. Opps jadi doktor cinta pulak..  Sebab tu lah,  tak kenal maka tak cinta..  Hehe..

2.  Kenali pelanggan anda..  Ia bermaksud anda perlu kenali pelanggan anda, dia sakit ape, kenapa dia perlu "ambik" produk anda..  Itu akan membantu anda closing (berlaku proses jual beli). Huhu

3.  Sayangi pelanggan anda,  follow up!  Tu yang penting..  Kebanyakan penjual fokus kepada sale baru.  Tapi lupa pelanggan yang dah pun membeli produk mereka.  Jangan!  Sebab 90% pelanggan yang lama akan repeat order kerana mereka dah rasa produk anda!  (Kalau produk baguslah.. Hhe)

wassalam.

Copy from group whatsapp.

27/08/2016

Sedekah Untuk Menambahkan Duit

Sedekah untuk Menambahkan Duit
-----------------------------

Mungkin Ramai yang terfikir,
"Kalau saya sedekah, apa yang saya dapat?".

Sepertimana matematik Allah yang sangat cantik.

Kita memberi 1, Allah balas 10.
Apakah balasan on the spot 10 yang Allah beri?

Akan lahir perasaan
+ Empati diri
+ Bersyukur atas nikmat yang Allah berikan
+ Ikhlas
+ Bersangka baik
+ Sifat ingin membantu
+ Tidak pentingkan diri sendiri
+ Perasaan belas
+ Yakin dengan rezeki Allah
+ Perasaan yang tenang

Mungkin ini yang anda rasa. Mungkin juga ada perasaan yang lain.

Bersedekah bukan untuk mendapat balasan duit semata-mata. Ganjaran nya mungkin dalam bentuk,

+ Anak yang solehah
+ Keluarga bahagia
+ Rezeki yang tidak putus2 dan berkat
+ Dipermudahkan kehidupan
+ Diberi kesihatan yang baik

Dan lain-lain lagi.

Yakin,
Apabila bersedekah, sebenarnya kita adalah KAYA.

Kaya Jiwa, Kaya Hati.

Copy paste dari grup whatsapp al-Manna

24/08/2016

Tidak Berbau Syurga Jika Ada Sifat Ini

Salam..

Sifat Ujub..

Ujub adalah sifat seseorang dimana dia merasa dirinya lebih baik hingga menolak kebaikan orang lain, bangga dan riak dengan dirinya, selesa dengan yang diucapkannya, perkara yang dilakukannya hingga meremehkan dan merendahkan orang lain..

Ujub berbeza dengan sombong, kerana sombong adalah sifat seseorang dimana dia hanya pentingkan dirinya tetapi tidak sampai merendahkan kelemahan orang lain..

sikap ujub lebih terok dari sombong, dan ada pula yang
lebih terok dari kedua hal ini iaitu sifat takbur...

Ujub boleh menghancurkan amal soleh yang telah kita lakukan..

Sifat-sifat ujub adalah..
1.Ujub dengan fizikalnyanya, iaitu dengan merasa dirinya lebih baik, lebih cantik, lebih segala-segalanya..
2.ujub dengan kekuatannya, iaitu dengan merasa dirinya lebih kuat hingga tidak perlu bantuan orang lain..
QS.41:15, Maka adapun kaum Ád, mereka menyombongkan diri di bumi tanpa (mengendahkan) kebenaran dan mereka berkata "Siapakah yang lebih hebat kekuatannya dari kami?" Tidakkah mereka memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan mereka. Dia lebih hebat kekuatanNya dari mereka? Dan mereka telah mengingkari tanda-tanda (kebesaran) Kami.

3.Ujub dengan intelektualnya, iaitu dengan merasa diri lebih cerdas, lebih pintar dan lebih bijaksana dari orang lain..
4.ujub dengan nasabnya, iaitu dengan merasa golongannya lebih baik..
5.ujub dengan hartanya, iaitu dengan merasa dirinya lebih kaya dan lebih mampu dari orang lain..
6.ujub dengan pendapat yang salah, iaitu dengan merasa dirinya paling benar meskipun sebenarnya salah..

Sebab-sebab bersikap ujub adalah ..
1.berkawan dengan orang-orang yang biasa membanggakan dirinya
2.melupakan Allah sebagai pemberi nikmat
3.terlalu semangat hingga melupakan hakikatnya
4.jauh dari hakikat kebenaran
5.terlalu kurang dalam mengagungkan Allah

Cara-cara agar terhindar dari ujub adalah..
1.selalu ingat akan hakikat jiwa manusia
2.selalu ingat akan hakikat dunia dan akhirat
3.selalu ingat akan nikmat-nikmat Allah
4.mengingat akan kematian
5.selalu membaca ayat-ayat suci Al-Qurán
6.selalu ingat dengan orang-orang yang sakit ataupun lebih rendah atau dibawah kita
7.memutuskan hubungan dengan orang-orang yang membanggakan dirinya dan
mencari orang-orang yang baik, selalu mengingat Allah, zuhud..
8.bedoá kepada Allah agar kita terhindar dari sifat ini..

9. dan berdamping dengan para ulama dan assolihin

..dan Semoga Alloh menjauhkan diri kita dari sifat ini..

Wassalam

21/08/2016

Pasaran Luar Negara

Salam.

Tahun 2011 dan 2012 ..saya cuba keluar daripada pasaran tempatan dengan menjual produk yang rare didapati dalam negara untuk dijual kepada pasaran luar negara...melalui platform ebay.

Produk yang saya jual adalah Coklat Durian.

Di mana produk berkenaan saya boleh dapati secara diskaun dan menjualnya semula melalui ebay.

Pada masa itu kaedah penjualan melalui ebay sedang hangat...saya juga tidak teekecuali mencuba platform berkenaan.

Masalahnya dengan ebay...saya terpaksa monitor setiap hari jika terdapat bid daripada pembeli.

Suatu ketika .... Produk Coklat Durian terdapat pembeli dari sepanyol yang membeli melalui ebay..pembayaran melalui paypal.

Saya kemudiannya membeli produk berkenaan daripada pembekal dan menghantarnya melalui pos ofis di KLCC.

Itula kali terakhir saya membuat bisnes dengan produk Coklat Durian.

Faktornya kerana margin keuntungan yang kecil dan tidak menguntungkan.

Contohnya harga Coklat Durian dibeli dengan harga RM 20 ringgit..dan dijual diebay dengan harga RM 60 ringgit.

Kos pengeposan adalah RM 30 ringgit. Saya hanya mendapat keuntungan hanya dalam RM 10 ringgit.

Adakah anda rasa berbaloi? Bagi saya tidak berbaloi..kerana saya perlu memperuntukan masa dan kos pengangkutan untuk ke pajabat pos.

Anda mungkin berfikir...kenapa tidak dinaikkan harga produk berkenaan di ebay..untuk mendapatkan margin keuntungan yang lebih tinggi.

Namun saya tidak berbuat demikian kerana saya merasakan ebay bukan bisnes yang sesuai dengan saya kerana bukan sahaja perlu sentiasa membuka pc untuk melihat bidaan..bahkan kos penghantaran ke luar negara yang tinggi.

Kini apa yang saya buat adalah fokus kepada pasaran tempatan sahaja yang marginnya adalah lebih tinggi dan kadar  kos pengeposan yang rendah.

Wassalam

20/08/2016

Pentingnya Keserasian Dalam Perniagaan

Salam..

Dalam buku chef li iaitu Petunjuk Jalan Kekayaan Chef Li diajar oleh Kia Muhidin mengenai keserasian dalam perniagaan.

Bermakna bisnes apa yang sebati dengan jiwa..contohnya bisnes menjual produk kesihatan atau bisnes pendidikan dengan membuka pusat latihan.

Kalo anda search dalam youtube berkenaan dengan Jack Ma..billionaire Alibaba.

Beliau mengatakan dalam usia 30 tahun buka perniagaan sendiri selepas belajar dan mengambil pengalaman dengan syarikat lain.

Dalam umur 35 tahun tiada lagi trial and error bisnes apa yang sebati dengan jiwa.

Maknanya fokus satu bidang yang kita suka dan sangat ketagih melakukannya.

Sekarang berapa umur anda? Dan apa bidang yang serasi dengan diri anda.

Wassalam

19/08/2016

Motivasi Dari Kisah Khairulnizam

Salam...

Aku xpernah jumpa dengan khairulnizam ni.

Cuma pernah terserempak ketika aku teman humaira kat Pesta Raya KL 2016 di PWTC...dan dekat youtube hotseat imkk dr azizan osman.

Aku cuma dapat memandangnya dari jauh. Orang memang sangat ramai.

Anak2 memang xboleh terlepas pandang.

Dalam hati aku berkata" next time jumpa ..aku akan bergambar dengan dia"

Apa yang spesel dengan dia...

Masa aku nampak di PWTC dia berkerusi roda ..ditolak oleh mungkin ahli keluarga. Berkelulusan hanya darjah enam..katanya " untuk berjaya x perlu belajar pandai.." Beliau hanya mampu mengerakkan tangan sahaja.

Tetapi mempunyai beberapa buah syarikat..dan yang femesnya perniagaan beliau adalah dalam penjualan perfume...dan dijual secara online.

Pendapatannya boleh dikatakan ratusan ribu ringgit..siap ada pekerja lagi..

Pergh!!! Boleh terkesima aku..aku yang serba boleh bergerak tangan dan kaki dan boleh kemana-mana tanpa ditemani seseorang..cuma kaki kiri aku la..problem sikit..akibat jatuh pokok manggis belakang rumah dua tahun lepas...mana mungkin boleh tewas.

So kepada yang ada niat nak berniaga ..mulakan berniaga..mula dari kecil dengan modal yang sedia ada.

Jika yang dah bekerja ...cari masa buat secara part time.

Namun x semua ada gifted berniaga...ada yang dalam darah dagingnya adalah pekerja makan gaji.

Wassalam

18/08/2016

Formula Memulakan Perniagaan Tanpa Produk

Salam...

Formula ni bagi yang xpernah memulakan perniagaan...

Tapi ada niat ingin berniaga..

Zaman dulu jika ingin berniaga memerlukan kedai..

Zaman sekarang untuk berniaga tidak perlu mempunyai kedai.

Kecuali anda berniaga pusat latihan ataub gym centre.

Tanpa produk pun masih boleh berniaga dengan menggunakan konsep dropship iaitu dengan menjual produk orang lain.

Saya sekarang masih dalam perancangan menjadi ejen dropship untuk produk kecantikan dan kesihatan..ianya masih dalam peringkat penilaian produk.  Di mana produk yang dipilih hendaklah terlaris di pasaran.

Yang hebatnya owner dropship akan menyediakan surat jualan..sehinggalah kepada testimoni pengguna.

Apa yang perlu saya lakukan hanyalah membuat pemasaran dan jualan.

Proses pengeposan dan penyimpanan stok akan dibuat oleh owner dropship.

Pengeposan akan dibuat atas nama saya seolah-olah saya yang membuat pengeposan.

Itu untuk produk fizikal..untuk produk digital saya akan  ceritakan untuk sambungan yang akan datang.

Kesimpulannya tiada lagi alasan untuk tidak berniaga..rajin atau tidak je.

Wassalam.

Sistem Sekutu Atau Ejen

Salam..

Dalam dunia perniagaan produk fizikal ianya dikenali sebagai sistem stokis & ejen.

Tetapi dalam pemasaran internet ianya dipanggil affiliate. Kekadang usahawan internet menjenamakan dengan sistem army.

Sistem di mana pemilik produk merekrut ahli untuk menjual produk mereka..dengan memberikan komisen bagi setiap jualan

Jika anda menjual produk fizikal anda akan berperanan sebagai HQ yang hanya menguruskan stok produk untuk diagihkan kepada stokis

Manakala stokis mengagihkan pula kepada ejen.

Dan seterusnya ejen kepada dropship.

Hq hendaklah bertanggungjawab mengajar stokis segala ilmu pemasaran dan jualan..supaya produk sentiasa laku dipasaran dan mendapat tempahan yang berterusan daripada stokis.

Dalam banyak-banyak video hotseat IMKK Dr Azizan Osman.

Kebanyakkan mentee yang berjaya membuat ratusan dan jutaan ringgit adalah kerana menggunakan sistem stokis dan ejen

Bagi produk digital anda juga boleh wujudkan sistem sekutu sendiri atau menggunakan sistem orang lain seperti klikjer.com untuk memasarkan kepada pelanggan.

Wassalam

6:34 pagi
Bukit Ampang

17/08/2016

Solat Dhuha Amalan Wajib Untuk Kaya

Salam..

Kata ulamak...rezeki itu milik Allah..jadi mintaklah rezeki dengan Allah.

Mungkin kita miskin  dengan harta benda ..tapi Allah berikan rezeki kesihatan dan anak2 yang soleh...rezeki umur yang panjang untuk kita menambah pahala pelaburan.

Dalam mana-mana buku motivasi waima dalam seminar Dr Azizan Osman..anda akan digalakkan bersolat dhuha untuk kaya...kerana ianya sebagai kunci untuk membuka pintu kekayaan.

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan.

[sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]

YANG PERTAMA
D o s a  t e r a m p u n

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”

(HR Tarmidzi)

YANG KEDUA
O r a n g  b e r t a u b a t

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

(HR Hakim)

YANG KETIGA
T e r c a t a t  s e b a g a i
o r a n g  t a a t

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."

(HR At-Thabrani)

YANG KEEMPAT

M a s u k  s y u r g a  d a r i
p i n t u  y a n g  k h a s

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

(HR At-Thabrani)

YANG KELIMA

R e z e k i  b e r e s

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”

(HR Abu Darda)

YANG KEENAM

S u d a h  b e r s e d e k a h

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.

Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha."

(HR Muslim)

Pesanan ini untuk diri sendiri terutamanya & keluarga serta teman2 sekelian.

Wassalam

16/08/2016

Kontrak Perjanjian : Pelanggan Di Tengah Malam

Salam, 

Selalunya aku jarang layan pelanggan pada tengah malam.. 

Bukan jarang memang aku tak pernah layan customer di tengah malam..

bagi aku walaupun berniaga online yang kedainya sentiasa bukak 24 jam.. x bermakna kita pun kena bekerja 24 jam.. 

Hujung minggu lagi la .. aku x layan tempahan yang masuk ... bagi aku customer x semestinya selalu betul dan x semestinya nak kena layan. 


Tapi malam tadi ..aku dapat wasap daripada sorang student ... yang ingin beli ebook aku ... dia kata urgent nak buat asignment.. masa tu dah dekat nak pukul satu pagi .. aku tengah layan xmen : The Last Stand. 

Aku bagitau ..pagi besok baru aku emel ebook tu .. tapi dia kata urgent.. so aku gagah jugakla ..bagi link untuk dia muat turun.

Dan disebabkan dia student aku bagi diskaun .. RM 10 ringgit.. aku pun bukan mata duitan sangat..hehehehe

Sebabnya target market aku adalah kepada pemilik syarikat yang aku rasa confirm banyak duit berbanding student. 

Aku lena hampir nak pukul dua pagi ...duk layan insyirah lagi ..anak aku yang berumur 2 tahun.

ps: untuk pembelian ebook pakej lengkap kontrak perjanjian boleh klik disini.

Wassalam. 

Pelanggan Di Tengah Malam

11/08/2016

SOP Menjalankan Bisnes Secara Korporat.


1) Tubuhkan sebuah syarikat. (PLT atau SDN BHD)

ENTERPRISE bukan syarikat. Itu hanya daftar perniagaan sahaja.

2) Berpartner sekurang-kurangnya 3 orang.

Kenapa bukan 2? Apabila hanya 2 orang, dari sudut mencapai kata sepakat, amat sukar untuk di capai.

Partner A -- kata YA
Partner B -- kata TIDAK.

Selepas meeting, dedua tidak mencapai kata sepakat, masam muka, kerja pun tak jadi.

Apabila ada 3 orang, sekurangnya pengiraan majoriti mudah diperolehi.

3) Tetapkan Tugasan (ALP cum shareholder)

Mahu bekerja juga?
Atau sebagai shareholder sahaja?
Sebaik-baiknya, semua shareholder bekerja sekali dengan kepakaran masing-masing yang ada.

Partner 1 -- DNA Marketing -- keluar pejabat. Kalau online (buat marketing online), bawa duit masuk.

Partner 2 -- DNA membuat -- duduk sahaja di tempat production. Lead production. Kalau bisnes roti, partner ni yang akan duduk di bahagian production. Pendek kata, individu ni memang mahir gila bab-bab produk.

Partner 3 --- DNA mengurus -- duduk opis, jaga bisnes. Berapa sales masuk, rekod. Berapa order keluar, rekod. Jaga cashflow. Jaga pengurusan bisnes, filingnya, rekod nya.

4) Apabila tugasan sudah di bahagikan, jalankan tugas masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab.

Dont cross the border. Acah-acah terer nak buat semua. Itu gila kuasa namanya.

5) Tetapkan pegangan saham. Hanya syarikat sahaja yang mempunyai saham. Enterprise memang tiada.

Jika kita yang punya idea (walau tiada modal yang banyak ketika itu), letakkan sahaja porsi saham kita yang paling tinggi.

Lantik diri kita as CEO.
Letak je 60%.
Part ni semua ALP kena setuju.

Maka, partner 2 dan 3 -- 20% saham each.

5) Tetapkan gaji.

Jika ada 3 orang partner yang memang wujud dari syarikat ditubuhkan sehingga syarikat mampu membayar gaji, tetapkan sahaja gaji yang sama kesemuanya.

Partner A.
Partner B
Partner C

Gaji RM2500, seorang. Setel.

6) Dah tetapkan gaji, tetapkan pula, modal berbayar syarikat. Ini kiraan mudah. Letak sahaja 100k. Tapi, masing-masing tiada modal. Guane nak park RM100K dalam syarikat.

Lakukan ini ---

+ Setiap kos perjalanan yang kita pergi untuk urusan kerja, rekodkan.
Contoh : OS ke Sabah. Jumlah kos perjalanan RM500. Jangan claim duit ni. Biar je hangus gitu. Convert RM500 ni as pembayaran saham.

Sebelum pembayaran saham terjadi, kena sign kontrak perjanjian dahulu sesama ALP. Ini wajib. Deal tidak terjadi dengan cakap-cakap mulut sahaja.

Partner 1 -- kena bayar RM60K ke dalam syarikat.
Partner 2 dan 3 - kena bayar RM20K.

Tidak perlu duit tunai pun untuk membayar saham tadi. Apa yang penting, gunakan sahaja cara-cara yang betul untuk membayar.

1) Jangan ambil gaji penuh. Ambil RM1K. RM1.5K bayar kepada syarikat.

2) Jangan claim apa-apa. Semua kos perjalanan dan juga kos-kos yang di keluarkan untuk syarikat, catit. Dan bayar semula kepada syarikat.

3) Keluarkan duit sendiri dan bayar. (Kalau ada duit nak bayar).

Cukup sahaja pembayaran saham kita, kita sudah boleh mula dapat dividen.

7) Di sebabkan itu, sebagai satu syarikat, kita dan partner sudah tiada masa hendak membuat perkara-perkara yang boleh di SOP kan.

Tugas kita sudah mencabar iaitu mengembangkan bisnes bukan membuat produk lagi.

8) Sentiasa jalankan progress meeting. Road map. Forecast. Bajet. Ini tools yang kena ada dan buat.

Wassalam

06/08/2016

Sistem Affiliate & Ejen

====================
SISTEM EJEN & STOKIS
====================

Bagaimana saya berjaya kumpul 20 stokis dan 50+ ejen (still counting) dalam masa hanya sebulan dan menjana sales 5 angka?

Ini ilmu "mahal" saya nak share secara percuma kepada pemilik bisnes sebab saya dulu tertanya-tanya ilmu ni tapi jarang orang share secara terbuka

Takpe saya buat dulu sebab ilmu semakin kita beri semakin banyak yang kita dapat

Nak buat bisnes kita kena ada

M = MENTOR
E = ELMU
S = SISTEM
T = TINDAKAN
I = IMPIAN

Saya nak sentuh tentang S = SISTEM EJEN & STOKIS

Ini adalah strategy apa yang saya buat untuk kukuhkan organisasi Serbuk Al-manna HQ - Gum Arabic

Sebuah bisnes perlu ada STOKIS, EJEN dan DROPSHIP

Tugas kita sebagai CEO / Founder atau nama lain dikenali sebagai HQ perlu banyak habiskan masa untuk sentiasa berfikir, coaching stokis dan ejen ajar mereka cara nak build bisnes dari zero kepada hero dari rm0 kepada rm10k sebulan, fikirkan idea-idea baru dan lain-lain

Untuk permulaan bisnes, HQ hanya perlu focus kepada STOKIS dan EJEN sahaja. Pada tahap ini, HQ "wajib" beri training, coaching, ilmu bisnes dan sediakan marketing tools kepada STOKIS dan EJEN untuk memudahkan mereka buat bisnes

HQ kena lebihkan masa dan bagi 1001% ilmu kepada STOKIS berbanding EJEN sebab HQ kena pastikan STOKIS "duplicate" apa yang HQ buat, dan buat apa yang HQ buat. Sampai satu tahap, STOKIS ini adalah "another half" bagi HQ.

Sebab nanti tugas untuk coaching ejen dan dropshiper akan 100% diambil alih oleh STOKIS. HQ hanya focus production sahaja untuk pastikan stok sentiasa ada dan focus hal-hal lain yang lebih penting.

Selepas EJEN telah di coach oleh STOKIS, EJEN akan berkongsi ilmu apa yang mereka dapat itu kepada DROPSHIPPER pula supaya proses "DUPLIKASI" berlaku dengan lancar.

Maksudnya,

HQ ajar STOKIS -> STOKIS ajar EJEN -> EJEN ajar DROPSHIPPER

HQ = hanya boleh pegang STOKIS
STOKIS = boleh pegang EJEN dan DROPSHIP
EJEN = hanya boleh pegang DROPSHIP

Sebab itu pemilihan STOKIS sepatutnya dibuat dengan ketat kerana STOKIS ini ibarat "ganti" kepada HQ.

Berkenaan dengan kawasan jagaan, sepatutnya tidak ditetapkan kerana STOKIS/EJEN boleh "conquer" 1 Malaysia jika mahu supaya tidak berlaku isu STOKIS JB "curi" customer kat Kelantan. Kita kena amalkan prinsip

"SIAPA BERUSAHA, DIA DAPAT"

"SIAPA CEPAT, DIA DAPAT"

"SIAPA LAJU, DIA DAPAT"

Rezeki Allah sangat luas ibarat ikan di lautan yang tidak akan habis.

Jangan dengki-dengki sesama STOKIS/EJEN/DROPSHIP kerana sifat dengki akan "merosakkan" bisnes kita sendiri.

Ameer Trading
Founder Serbuk Al-manna

Roda Kehidupan

Pada suatu hari, seorang yg bijak meminta kepada seorang tukang emas yang sudah tua renta untuk membuat cincin dan menuliskan sesuatu di dalamnya.

Sang bijak berpesan,
"Tuliskanlah sesuatu yang bisa di simpulkan dari seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu supaya bisa menjadi pelajaran bagi hidupku."

Berbulan-bulan si tukang emas yang tua membuat cincin tersebut merenung.......,
kalimat apa yang patut diukir di cincin emas yang kecil itu.

Akhirnya, si tukang emas mengukir sepotong kalimat, dan menyerahkan cincinnya pada sang bijak.

Dengan tersenyum, sang bijak membaca tulisan kecil di cincin itu. Bunyinya,

      THIS TOO, SHALL PASS

     (Yang ini pun, akan berlalu)

Awalnya sang bijak tidak terlalu paham dengan tulisan itu.
Tapi suatu ketika, tatkala menghadapi persoalan hidup yang pelik, tak sengaja ia membaca tulisan di cincin itu

      "Yang ini pun akan berlalu"

lalu ia pun menjadi lebih tenang

Dan tatkala ia sedang bersenang-senang, ia pun tak sengaja membaca tulisan di cincin itu

     "Yang ini pun akan berlalu"

lantas ia menjadi rendah hati kembali.

Ketika kita mempunyai masalah besar ataupun sedang dalam kondisi terlalu gembira, ingatlah kalimat  :

     "Yang ini pun akan berlalu"

Tidak ada satupun di dunia ini yang abadi.
Jadi, ketika kita punya masalah, jalanilah & janganlah terlalu bersedih.

Demikian juga tatkala kita sedang senang, nikmatilah dan syukuri, jangan lupa diri.

Ingatlah, apapun yang kita hadapi saat ini,
     semuanya akan berlalu.

          Untuk itu :

• Tetaplah  SEJUK
di tempat yang Panas.

• Tetaplah MANIS
di tempat yang begitu Pahit.

• Tetaplah merasa KECIL
meskipun telah menjadi Besar..dan ......

• Tetaplah TENANG
di tengah Badai yang paling Hebat..

Semua yg ada di dunia ini tak ada yang abadi kecuali ketidak abadian itu sendiri.

     "THIS TOO, SHALL PASS"

Selamat menikmati hari yg indah ini ...

      Yang ini pun akan berlalu..

wassalam

04/08/2016

Pelajaran Tauhid Yang Sangat Bernilai

Salam.

Dahulu kala, ada seorang petani miskin memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi.. Sayang si petani miskin itu tidak menjualnya.. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek karena dia tidak menjual kudanya..

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya..

Maka teman-temannya berkata : "Sungguh malang nasibmu, padahal kalau kemarin kamu jual, kamu kaya, sekarang kudamu sudah hilang.."
Si petani miskin hanya diam saja tanpa berbicara...

Beberapa hari kemudian, kuda si petani kembali , bersama 5 ekor kuda liar lainnya..
Lalu teman-temannya berkata : "Wah..! Untung sekali nasibmu, ternyata perginya kudamu membawa keuntungan.."
Si petani  tetap hanya diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru mereka terjatuh dan kakinya patah..
Kawan2nya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa malang, lihat sekarang anakmu kakinya patah.."
Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian terjadi peperangan di wilayah itu, semua anak muda di desa dipaksa untuk berperang, kecuali si anak petani karena tidak boleh berjalan..

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung sekali nasibmu kerana anakmu tidak ikut berperang, kami harus kehilangan anak-anak kami.."

Si petani kemudian berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib baik atau malang..
Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai...
Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini..
Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok..
Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok..
Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita...
Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini..

Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga dapat mengambil iktibarnya..

Wallahua'lam

03/08/2016

Hari Usahawan Untuk Siapa

Salam...

Minggu lepas akan menghadiri program hari usahawan sekolah miqdad.

Tujuannya adalah untuk mengumpul dana bagi membuat gelanggang sukan sekolah..yang sedia ada beralaskan tar dan berlopak-lopak. Sedih aku tengok.

Baru aku tau..sekolah pun ada masalah kewangan atau bajet untuk penyelenggaraan.

Sememangnya gelanggang berkenaan perlu diganti dengan lantai yang sesuai.

Aku pergi riki dengan miqdad dalam pukul 10..iaitu time kemuncak..program bermula 8.30 pagi..

Pepagi sape yang nak datang beb..

Lagi-lagi hujung minggu...dan keesokan hari isnin adalah hari cuti..cuti peristiwa katanya.

Seronok sakan la..guru-guru yang tiba-tiba pada hari tersebut sudah bertukar profesion sebagai usahawan.

Ye! Ianya hari usahawan untuk guru-guru bukannya untuk pelajar..walaupun ada beberapa orang pelajar yang menolong dengan menjual majalah-majalah lama.

Aku rasa yang perlu diketengahkan disini adalah pembelajaran kepada pelajar bagaimana untuk mencari dan menjual produk..supaya mereka minat untuk menjadi usahawan.

Wassalam

01/08/2016

Ada Apa Dengan Dunia

Surah Yunus, Verse 24: إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ وَالْأَنْعَامُ حَتَّىٰ إِذَا أَخَذَتِ الْأَرْضُ زُخْرُفَهَا وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَا أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَا أَتَاهَا أَمْرُنَا لَيْلًا أَوْ نَهَارًا فَجَعَلْنَاهَا حَصِيدًا كَأَن لَّمْ تَغْنَ بِالْأَمْسِ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff