Salam...
Minggu lepas akan menghadiri program hari usahawan sekolah miqdad.
Tujuannya adalah untuk mengumpul dana bagi membuat gelanggang sukan sekolah..yang sedia ada beralaskan tar dan berlopak-lopak. Sedih aku tengok.
Baru aku tau..sekolah pun ada masalah kewangan atau bajet untuk penyelenggaraan.
Sememangnya gelanggang berkenaan perlu diganti dengan lantai yang sesuai.
Aku pergi riki dengan miqdad dalam pukul 10..iaitu time kemuncak..program bermula 8.30 pagi..
Pepagi sape yang nak datang beb..
Lagi-lagi hujung minggu...dan keesokan hari isnin adalah hari cuti..cuti peristiwa katanya.
Seronok sakan la..guru-guru yang tiba-tiba pada hari tersebut sudah bertukar profesion sebagai usahawan.
Ye! Ianya hari usahawan untuk guru-guru bukannya untuk pelajar..walaupun ada beberapa orang pelajar yang menolong dengan menjual majalah-majalah lama.
Aku rasa yang perlu diketengahkan disini adalah pembelajaran kepada pelajar bagaimana untuk mencari dan menjual produk..supaya mereka minat untuk menjadi usahawan.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment