====================
SISTEM EJEN & STOKIS
====================
Bagaimana saya berjaya kumpul 20 stokis dan 50+ ejen (still counting) dalam masa hanya sebulan dan menjana sales 5 angka?
Ini ilmu "mahal" saya nak share secara percuma kepada pemilik bisnes sebab saya dulu tertanya-tanya ilmu ni tapi jarang orang share secara terbuka
Takpe saya buat dulu sebab ilmu semakin kita beri semakin banyak yang kita dapat
Nak buat bisnes kita kena ada
M = MENTOR
E = ELMU
S = SISTEM
T = TINDAKAN
I = IMPIAN
Saya nak sentuh tentang S = SISTEM EJEN & STOKIS
Ini adalah strategy apa yang saya buat untuk kukuhkan organisasi Serbuk Al-manna HQ - Gum Arabic
Sebuah bisnes perlu ada STOKIS, EJEN dan DROPSHIP
Tugas kita sebagai CEO / Founder atau nama lain dikenali sebagai HQ perlu banyak habiskan masa untuk sentiasa berfikir, coaching stokis dan ejen ajar mereka cara nak build bisnes dari zero kepada hero dari rm0 kepada rm10k sebulan, fikirkan idea-idea baru dan lain-lain
Untuk permulaan bisnes, HQ hanya perlu focus kepada STOKIS dan EJEN sahaja. Pada tahap ini, HQ "wajib" beri training, coaching, ilmu bisnes dan sediakan marketing tools kepada STOKIS dan EJEN untuk memudahkan mereka buat bisnes
HQ kena lebihkan masa dan bagi 1001% ilmu kepada STOKIS berbanding EJEN sebab HQ kena pastikan STOKIS "duplicate" apa yang HQ buat, dan buat apa yang HQ buat. Sampai satu tahap, STOKIS ini adalah "another half" bagi HQ.
Sebab nanti tugas untuk coaching ejen dan dropshiper akan 100% diambil alih oleh STOKIS. HQ hanya focus production sahaja untuk pastikan stok sentiasa ada dan focus hal-hal lain yang lebih penting.
Selepas EJEN telah di coach oleh STOKIS, EJEN akan berkongsi ilmu apa yang mereka dapat itu kepada DROPSHIPPER pula supaya proses "DUPLIKASI" berlaku dengan lancar.
Maksudnya,
HQ ajar STOKIS -> STOKIS ajar EJEN -> EJEN ajar DROPSHIPPER
HQ = hanya boleh pegang STOKIS
STOKIS = boleh pegang EJEN dan DROPSHIP
EJEN = hanya boleh pegang DROPSHIP
Sebab itu pemilihan STOKIS sepatutnya dibuat dengan ketat kerana STOKIS ini ibarat "ganti" kepada HQ.
Berkenaan dengan kawasan jagaan, sepatutnya tidak ditetapkan kerana STOKIS/EJEN boleh "conquer" 1 Malaysia jika mahu supaya tidak berlaku isu STOKIS JB "curi" customer kat Kelantan. Kita kena amalkan prinsip
"SIAPA BERUSAHA, DIA DAPAT"
"SIAPA CEPAT, DIA DAPAT"
"SIAPA LAJU, DIA DAPAT"
Rezeki Allah sangat luas ibarat ikan di lautan yang tidak akan habis.
Jangan dengki-dengki sesama STOKIS/EJEN/DROPSHIP kerana sifat dengki akan "merosakkan" bisnes kita sendiri.
Ameer Trading
Founder Serbuk Al-manna
0 comments:
Post a Comment