Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

29/10/2016

Pertengahan Senja

Salam...

Cerita pertengahan senja...

Bila mana umur melebihi 33 tahun dan ke atas ...aku kira ianya umur di pertengahan senja.

Umur di pertengahan senja majoriti boleh dikatakan berada dalam mood yang selesa dan rileks.

Selesa dengan anak2 yang berumur diantara 3 hingga 7 tahun..mungkin akan ada pertambahan anak...Insya Allah.

Dipertengahan senja juga ..akan turut mempunyai kehidupan yang stabil walaupun x semewah mana..namun cukup pakai dan makan minum keluarga.

Kawan-kawan yang sebaya...sesama belajar di kolej dan universiti mempunyai nasib yang sama2.

Memasing sibuk dengan membesarkan anak2 dan menguruskan keluarga.

Kehidupan akan banyak berkisar kepada persekolahan anak2,  pekerjaan dan kekadang balik kampung sebelah isteri mahu pun suami.

Aktiviti lepak mungkin sudah jarang, diganti dengan lepak bersama keluarga ie keluar makan atau bercuti bersama.

Namun amat malang jika umur pertengahan senja masih lagi membuat perangai dan berfikiran seperti masa bujang...ie kerapa melepak bersama kawan2, flirting yang x tau hujung pangkal...yang akhirnya meragut ketenangan diri.

Pada umur di pertengahan senja..perbanyakan amal ibadah lebih baik...cuba fikir sejenak berapa lama masa untuk sampai ke umur pertengahan senja...memori yang 12 tahun dulu pun masih segar dalam ingatan..lihat, betapa cepat masa berlalu.

Tanpa disedari umur dihujung senja sudah tiba...banyak kenalan yang sudah pergi...giliran kita pasti tiba.

Wassalam.

27/10/2016

Kerja Sebagai Programmer

Salam.

Banyak dikalangan member2 aku yang background software engineering bersara awal.

Tapi ada juga yang masih di dalam industri teknologi maklumat.

Sebab musabab mereka bersara awal...adalah merasakan diri mereka dah x segagah dulu untuk membuat koding dan mengompile output..mata pun dah blur...ada yang keluarnya pagi malam baru pulang...duduk di ofis tidak melihat mentari..keluar rumah nampak bulan.. balik rumah pun nampak bulan.

Kadang-kadang masa nak tido pun...bahasa koding masih berlegar-legar di dalam kepala..ibarat bacaan saham di BSKL sehinggalah mata terlelap.

Mungkin ada yang salah faham..dengan mengatakan programmer ni hanya membuat sistem.

Sedangkan mereka perlu ingat seorang programmer perlu mengetahui aliran kerja seseorang, unit atau jabatan sebelum boleh diimplementasikan kedalam sistem.

Maknanya dia kena tahu..pekerjaan seseorang..contohnya untuk membangunkan sistem pendermaan darah..programmer kena tahu work flow kerja seorang pakar darah atau cara pengujian darah dilakukan.

Dengan kata lain programmer kena tahu perkataan-perkataan yang digunakan dalam bidang transfusi darah.

Ada agensi yang tidak faham pekerjaan seorang programmer dengan menjumudkan jawatan berkenaan setara dengan pegawai pentadbiran..i m so pity.

Wassalam

26/10/2016

Sedihnya Bila Dapat Bos Perempuan

Salam,

Waktu pagi yang dingin ... dan tenang aku rasa begitu walaupun banyak kereta yang ulang alik ..suasana pagi yang sejuk dan mendung ..mungkin penangan hujan semalam masih belum reda.

Sampai di tempat kerja member aku Muhyidin ( memang nama sebenar ) hehehe..ajak aku minum di kantin sekolah yang berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa.

Suasana kantin dipenuhi dengan orang ramai .. waktu-waktu begini pelajar sekolah telah pun selesai makan pagi ..so giliran aku la pulak .. terasa diri macam cikgu sekolah la pulak ..

Hakikatnya aku bukan cikgu sekolah .

Sedang rancak berborak tentang kerja .. tetiba Muhyidin bercerita mengenai ketidakpuasan hati tentang ketuanya yang juga seorang wanita.

Untuk menambah bara yang marak ..aku menambah minyak dengan mengatakan seorang leader perempuan lead by emotion.. semuanya nak emosi. hehehehe..

Berbanding dengan lelaki yang suka membuat " keep it simple " . ye aku memang bias tentang hal ni .. rata-rata bos wanita yang aku pernah bekerja dalam 4 orang semuanya mempunyai ciri-ciri yang serupa.

Cara-cara untuk mengatasi bos yang begini adalah : -

1. Kerap berjumpa

Kena selalu update dia apa yang berlaku , walaupun sekadar tunjuk muka.. mungkin ada kerja lain yang dia nak bagi.

2. Buat Bodoh je.

Abaikan apa yang dia cakap, ini boleh dilakukan sekiranya bos berkenaan mempunyai ingatan yang lemah. Bos aku doktor beb!!! faham2 je la .. nak kelentong pun payah.

Dua ni je la .. tips yang aku terfikir buat masa ni .. nanti aku hapdet lain kali.


Wassalam.

23/10/2016

Akhirnya Aku Bergelar Dato'

Salam.

Pangkat dato' adalah anugerah sultan, Agong atau YDP.

Dengan pangkat Dato' banyak projek-projek besar aku boleh dapat..sebab ada; pangkat Dato' depan nama aku.

Bila aku hadiri majlis atau program ...hos akan panggil aku dengan gelaran dato'.

Orang lain xde..aku je yang ada..pergh!!

Dalam meeting anak2 buah pun mulakan dengan sebut gelaran nama aku dulu.

Kira aku ni unik la...nak berjaya kena la jadi orang yang berbeza kan..dengan title ni memudahkan aku untuk mengapai cita-cita aku.hehehe

Kalo ada majlis melibatkan sultan yang bagi aku gelarab Dato' aku kena attend..kalo x nanti diaorang tarik balik gelaran aku..member aku pun dah ada yang kena..

huh!! memang hebat penangan title yang aku dapat ni..

Dulu masa belum dapat dato' tahun 2012 aku kena tipu dalam skim cepat kaya...Oleh sorang dato' dari negeri Kelantan..orang kaya sebuah persatuan seni silat.

Alhamdulillah pada hari khamis 20.10.16 akhirnya aku menjadi datuk kepada salah sorang anak buah aku yang baru melahirkan anak...

Kira anugerah Datuk yang aku dapat ni..adalah disebabkan rahmat Allah.

Wassalam.

22/10/2016

Miss Peregrine And Peculiar Childrens

Salam.

Hadiah buat miqdad selepas bertungkus lumus study final exam...aku promise nak bawak tengok wayang.

Balik rumah aku tanya dia .. berapa markah exam ..setiap kali dia kata 100 peratus..pergh!! optimistik betul ..

So untuk tengok wayang kali ni aku riki Spectrum Ampang...kira panggung wayang yang paling dekat dengan umah aku...KLCC? next time la..x sanggup aku nak pergi sana.. 

Lepas humaira balik kerja ... anak-anak semua aku dah suruh mandi ..ingatkan sempat la layan cerita kartun Stock tayangan start pukul 5.30 pm. 

Kalo x sempat ada cerita Miss Peregrines and Peculiar Chidrens.. aku dah  survey masa tayangan dekat cinema.com.my. 

Harga tiket 13 hinggit untuk aku dan humaira dan 9 hinggit untuk Miqdad dan Tasnim.. dan Insyirah aku pangku je.

Aku sampai sana dalam pukul 6 pm. So terlepas cerita kartun.. kenala tunggu tayangan pukul 8.15 pm. 

Sementara tunggu tu ..sempat la pusing-pusing dan layan anak-anak main game kat situ ..

Keseluruhan isi cerita Miss Peregrines ni ..bagi aku ok la .. xde la bosan..sebab banyak babak yang saspen .. anak-anak pun enjoy.. diaorang kata nak repeat lagi dengan Dr Strange pulak .. So aku kata kalo lepas exam boleh .. sebagai hadiah .. dan minggu depan miqdad sambung pulak dengan exam sekolah agama.. sebelum sesi persekolahan tahun 2016 berakhir. 

Boleh la aku cari alasan nak layan Dr Strange pulak...hehehe

Wassalam. 
My Best Friend Forever
Peminat Dr Strange
Lepak luar panggung sebelum tayangan
Surau Di Tingkat 5, sementara menunggu tayangan solat maghrib dulu. 

Bajet 2017 : Buat Apa Rakyat Marhaem Nak?

Salam..

Jumlah rakyat Malaysia sudah mencapai 29 juta orang.

Kebanyakkan rakyat Malaysia bergaji antara RM 2,500 hingga RM 3,500 sebulan..aku kategorikan mereka ni kelas Marhaem. Itu pun suami isteri terpaksa bekerja.

Kehidupan di bandar dengan gaji sebegitu amat memenatkan.

Lebih-lebih lagi dengan adanya anak yang ramai.

3 teras utama yang diperlukan oleh golongan ini adalah.

1. Penurunan bahan makanan.

2. Kos rawatan kesihatan.

3. Pengurangan kos pendidikan.

3 perkara diatas adalah yang selalu dihadapi rakyat setiap hari.

Bukannya dimulakan dengan membina, menyelenggara atau memberi.

Golongan ini tidak memerlukan pembangunan yang rancak...mungkin negara perlukan...tapi untuk siapa tengok? Dunia?

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2017 bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh".

* Bajet 2016 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

* RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan

* RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan

* Sektor ekonomi terima agihan tertinggi RM25.9 bilion, diikuti sektor sosial RM12.2 bilion, keselamatan RM5.3 bilion, pentadbiran RM2.5 bilion

* Hasil kerajaan Persekutuan 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7 bilion

* Sasaran kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pada 2017

* GST hampir RM30 bilion dikutip setakat 19 Okt 2016

* KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada US$23,100 pada 2012 kepada US$26,891 pada 2015

* Jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

* Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana

* Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin

* Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000

* Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar

* RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar

* RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)

* RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli

* RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil

* RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara

* RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000-RM50,000 seunit, dengan kerajaan biayai RM20,000

* RM275 juta bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40

* Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi bahan api, gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.

* BR1M - isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan kepada RM1,200

* BR1M - isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan kepada RM900

* BR1M - individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan kepada RM450

* RM4.6 bilion bagi memperkasakan program TVET untuk menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri

* Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000

* Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran

* Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan 1ebih mudah, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus

* RM100 juta untuk bina UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak

3 Nasihat Untuk Kehidupan

Salam.

Nak share satu cerita...

Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.

“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat.  Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada  saya, kerana saya akan setia kepada kamu.

Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.

“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”

Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa  cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata,

“Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”

Majikan itu menjawab,

“Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata,

“Saya mahukan tiga nasihat itu.”

Majikan itu menekankan semula,

“Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”

Pemuda itu menjawab,

“Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:

1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.

2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.

3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana  apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.

Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya,

“Di sini   ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”

Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya  yang dia sangat cintai. Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya,

“Ke mana kau pergi?”

Pemuda itu menjawab,

“Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.

Orang itu berkata kepadanya,

“Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”

Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian  dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap. Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar  jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.

Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata,

“Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”

Pemuda itu menjawab,

“Tidak.”

Tuan rumah itu berkata,

“Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal. Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya  dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.

Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,

“Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa  selama ini saya tetap setia kepadanya.”

Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya,

“Saya tetap setia padamu tetapi   kamu menghianati  aku.

Isterinya terkejut, lalu dia menjawab,

“Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabar menanti  kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya,

“Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”

Isterinya menjawab,

“Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”

Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia  mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.

Sahabat, begitulah umpama ALLAH SWT mengajar kita. Apabila DIA meminta kita buat pengorbanan, DIA ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepada-NYA. DIA mau kita memiliki hikmat-NYA yang unik dan juga berkat kebendaan.

"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris, ALLAH yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yang Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.

Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada... dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!. Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya. Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris; tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA

19/10/2016

Wordless Wednesday : Trolak

Salam,

Setiap hari rabu .. blogger seantero nusantara akan mengepost gambar-gambar dan membiarkan ianya sendiri berbicara. 




















Wassalam

17/10/2016

Peperiksaan Akhir Tahun Bermula

Salam

The war begin...

Aku masih ingat lagi...semasa aku menduduki SPM ...tahun 1998..

Pergh!!! terasa ianya penentu kepada masa depan ...sama ada cerah atau gelap...kelam atau kabur..

Aku rasa aku strugle habis-habisan..tekanan daripada cikgu yang mengajar lagi la...mungkin masing2 hendak menjaga subjek yang diorang ajar..mana tau kan...hehehe..endingnya dapatla aku jadi antara 10 pelajar terbaik SPM pada tahun tersebut.

Kemudian semasa diploma dan degree juga perkara yang sama berulang..sampai tidak tido malam dibuatnya....habis exam, balik rumah baru tido.

Memang dasyat penangan exam...sengsara usah dicakap...habis je paper akhir SPM ..semasa keluar dewan...susah nak cakap..terasa.lega yang amat sangat.

Kini giliran Miqdad yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun..malam tadi humaira ajar miqdad subjek Bahasa Melayu dan juga pendidikan Islam.

Kali ni aim miqdad lagi tinggi..aku ingat cukup la sekadar naik satu kelas..iaitu kelas kedua terbaik..tetapi dia aim kelas yang pertama terbaik.

Inya Allah kalo dia berusaha...aku x paksa sangat.

Wassalam.

15/10/2016

Aktiviti Menangkap Belalang

Salam.

Cuti merupakan waktu terbaik untuk luangkan masa dengan anak-anak.

Hari weekday masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi. Aku maksudkan termasukla tanggungjawab anak-anak yang perlu mereka lakukan.

Tanggungjawab sebagai anak mereka perlu ke sekolah dan belajar benda baharu setiap hari. . belajar dan belajar sehinggalah mereka berumur 25 tahun.

Itulah yang aku lakukan...tradisi yang sama mungkin perlu diikuti oleh anak2.

Aku percaya dengan ilmu saja anak2 akan mempunyai masa depan yang cerah...dengan ilmu saja yang dapat memberi mereka makan bila mereka dewasa nanti.

Tanggungjawab ibu bapa pula adalah bekerja sementara anak2 kesekolah.

So hari weekend adalah hari yang aku peruntukan dengan anak2..sementara mereka masih kecil..Seorang kawan aku pernah berkata..." Penat menjaga anak2 adalah penat sementara, penat semasa mereka masih kecil, Bila mereka sudah dewasa...kita akan rindui saat2 mereka kecik...dan saat itu berlalu begitu cepat"

Wassalam.

5 Cara Untuk Berubah

Salam..

Kadang-kadang...kita tidak tahu bagaimana ingin berubah..

Nawaitu dah ada ...tapi masih x berubah..

kenapa ye???

Sebabnya nak berubah perlukan pengorbanan...perkara yang sama tidak akan berubah jika masih melakukan perkara yang sama.

Sebenarnya semiskin mana pun diri kita,
sehina mana pun asal diri kita, seteruk mana pun silam kita...kita masih boleh berubah dengan:-

1.TUKAR CARA BERFIKIR
2.TUKAR KAWAN
3.TUKAR BAHAN BACAAN
4.TUKAR LOKASI LEPAK
5.TUKAR CARA BERTINDAK

Ini akan menentukan siapa kita dimasa hadapan.

Kita masih ada peluang untuk BERSINAR memberi manfaat kepada semua orang.

Wassalam.

14/10/2016

Female Faces & Malaysia Sustainable Cities

Salam.

Lepas solat jumaat di Pulapol ...

Aku riki balai seni lukis negara...untuk makan dekat The Parking tingkat 2.

Makanan not bad...tapi tu bukan citernye..

Yang aku nak citer ...lepas makan aku sempat singgah dekat ground Floor ..terdapat pameran berkenaan...Female Faces and Malaysia Sustainable Cities..

Kiranya..pameran mengenai tokoh wanita yang terdapat dalam negara...banyak nama2 besar..yang aku familiar..Marina Mahathir je la..tu pun sebab dia anak Mahathir..

Pameran akan tamat pada 13 November.

xyah la bawak budak2..pameran ni lebih kepada akademik..agak aku begitu la.

Sedikit gambar yang aku sempat snap.

Wassalam.

13/10/2016

Institut Penyelidikan Perubatan aka IMR, I Was There

Salam...

Ni kiranya kali kedua aku riki IMR..

Kali pertama aku pergi ambik kuih semperit susu yang aku tempah dengan seorang kenalan...semasa bulan puasa yang lalu..

Kali kedua aku pergi sebab nak belajar macam mana nak buat sistem tempahan kenderaan dan fasiliti daripada kenalan kepada kenalan aku tadi.

Rupanya IMR ni mempunyai sejarah seratus tahun...antara institut perubatan yang tertua dalam negara. Daripada tahun 1900 lagi..lama giler beb!..

Tahun depan katanya...ia akan berpindah ke Setia Alam..Shah Alam.

Kira beruntung la aku...dapat jejak sini sebelum ianya dipindahkan.

Wassalam.

12/10/2016

Wordless Wednesday : Sipadan Island

Salam, 

Wordless Wednesday. Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.










































Wassalam

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff